Sunday, March 22, 2009

Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor

[9-Nov-2008]

kolam-buatan-utk-rekreasi

::: Ulu Tiram ialah sebuah pekan dlm daerah Johor Bahru. Pekan ini disusuri Tebrau Highway
::: utk ke Kota Tinggi, Desaru, Mersing & juga jalan menuju ke Kuantan & negeri2 pantai timur.
::: Ulu Tiram terletak di simpang 4 di highway ini.. Terletak 18km dari JB dari selatan & 20km dari
::: Kota Tinggi dari utara. Penempatan awal bermula apabila kaum cina membuka ladang "kangchu"
::: di Kangkar, Sungai Tiram. Pada awal abad ke-20, ladang pokok getah pula dibuka oleh British
::: memberi lebih byk peluang pekerjaan bagi kaum cina & india. Kemudian pembangunan tanah
::: FELDA ditubuh di sini bagi kaum melayu memperolehi manfaat daripada tanaman pertanian
::: getah & kelapa sawit. Sejak 1990an perluasan wilayah JB bertambah hingga ke Ulu Tiram &
::: kini menjadi sebahagian projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Antaranya ialah pembinaan
::: Senai-Desaru Expressway yg dijangka siap pada Disember 2008.

Tiram-Indah-1
Tiram-Indah-2
Tiram-Indah-3

::: Pada [3-4/5/2008] yg lalu, kami telah ke salah satu resort tempatan di Tiram Indah Village
::: utk kem kepimpinan / motivasi. Tempatnya cantik apabila kami meninjau di bahagian belakang
::: resort. Rupa-rupanya Tiram Indah begitu luas & mempunyai kemudahan rekreasi yg lengkap spt
::: kolam buatan utk berkayak, dewan serbaguna yg byk, laluan berhalangan, flying fox [masa kami
::: pergi, tak boleh guna], jungle trekking [belakang kampung] merentas Sungai Tiram & pelbagai
::: aktiviti waktu malam yg best spt jalan malam & sesi burung hantu.. [huhu] memang seronok!

lumut-yg-berbunga-di-pinggir-kolam
~

::: complete FP pictures: http://reactivatezul.fotopages.com/?entry=1726092
::: Tiram Village @ Blogspot --> click [link]

2 comments:

  1. cantik nye gmbr pokok tu..tersangat la nyaman

    ReplyDelete
  2. ::: maksud u, lumut tuh ke? atau kat tasik tuh?
    ::: neway, terima kasih byk2 anonymous! [huhu]..

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!