Saturday, August 29, 2009

Malaysia 52

Malaysia Merdeka 52
::: 52 tahun berlalu, alhamdulillah kita semua sihat sejahtera walaupun negara dilanda epidemik
::: selsema yg menakutkan, harapan agar cepat berlalu tanpa menjejaskan kesihatan kita semua.
::: Untuk lihat gambar kolaj Jalur Gemilang, bolehlah ke entry 'Negaraku' dipostkan untuk hari
::: kemerdekaan tahun 2007 [klik sini] terima kasih.. selamat berpuasa & selamat bercuti! yeh!
~

Thursday, August 27, 2009

Berbuka di rumah & Mutiara JB Hotel

buka di rumah sendiri
::: Kelmarin [25/8/09] aku berbuka di rumah dgn menapau makanan dari bazaar Ramadan..
::: berhati2 juga aku beli takut nanti sakit perut mcm hari pertama berpuasa [hehehe] kali nih
::: aku tapau siput sedut masak lemak [favourite nih], ayam merah masak lada hitam, sayur2an
::: with suhun, soya panas yg kemudiannyer dimasukkan ke dlm peti sejuk [huhu] & nasi lebih
::: sbb aku malas nak masak nasi [haha].. simple ajer utk diri sendiri.. alhamdulillah..

buka di Mutiara JB Hotel
::: Malam semalam [26/8/09] pula aku berbuka di Mutiara Johor Bahru Hotel [hehehe] mcm
::: biasa setiap tahun aku & rakan2 berbuka di Mutiara JB, selalunyer 2x dlm bulan Ramadan..
::: utk semalam, hanya 4 org ajer, nanti2 maybe sampai 8 org yg mana rakan2 yg duduk jauh
::: seluruh Malaysia hadir berbuka bersama di hotel tersebut.. kira mcm reunion jugaklaa..
::: Promosi Ramadan Special ini dibuat secara buffet dgn harga seorg dewasa RM60++ dengan
::: RM1.00 didermakan kpd pihak kebajikan. 10% diskaun diberi sekiranyer mempunyai Jcard..
::: mmg sedap & kenyang over the limit, alhamdulillah.. for reservation, call: 07-332 3800.
~ for more info, click the purple words..

Sunday, August 23, 2009

Tag

blogging
::: Askm sumer [huhu] puasa tak hari ni? [hehe] kali nih aku akan menjawab beberapa soalan
::: yg telah diberi & memilih aku utk ditag.. berikut adalah soalan oleh en_me yg mempunyai
::: blog yg cantik & gambar2 yg dicrop serta edit dgn cara tersendiri.. begitu juga perletakan bhs
::: Jepun di setiap entry beliau.. soalan beliau 'kenapa aku berblog?': ermm..

::: 1st time aku berblog ialah dlm myspace [hehe] then kenal dgn kawan2 melalui myspace
::: tersebut yg juga minat abiss dgn fotografi.. daripada situ jugalaa aku diperkenalkan dengan
::: FotoPages. FP byk mengajar aku berfoto malah menambahkan lagi kawan2 di alam maya ini.
::: Di samping juga aku sukee baca komen2 drpd kawan2 tentang foto yg aku ambil & edit, best!
::: Rasa puas dan self-esteem meningkat berkali ganda.. [hehehe] bangga jugaklaa.. kerana
::: komen2 itu jugalaa membuatkan aku terus berfoto.. and then apabila mengetahui FP nih
::: dibuat oleh rakyat Israel, maka aku memindahkan semua gambar dlm FP ke Blogspot spt
::: yg anda baca kini di sini.. why? sbb masa tuh satu2 cara aku memboikot negara tersebut..
::: benda yg mudah nak buat berbanding boikot seluar jeans & telefon bimbit keluaran mereka..
::: satu lagi sbb aku nak pi umrah [huhuhu] kena clearance dosa2 sikit [hehe].. takut jugak..

pizza
::: Tag satu lagi oleh ayie, blog beliau mcm diari hidup.. sonok juga baca.. layout blog yg hitam
::: tuuh juga menarik perhatian aku, sbb aku tak boleh tukar layout hitam [hehehe] disbbkan
::: kebanyakan gambar editing aku byk berbackgroundkan putih.. soo jeles gak tengok [huhu]
::: Berikut adalah soalan2 tag beliau:

::: Anda rasa anda hot? [ekekeke] hot mcm mana tuh? sexy yer? kadang2 tak kadang2 yer..
::: selalunyer tak [hehehe] utk tingkatkan motivasi diri, kenalaa puji diri sendiri.. Upload
::: gambar kesayangan anda, boleh dilihat spt entry sebelum ini.. iaitu gambar ketika aku pi
::: umrah [klik sini]. Mak ayah penah ambik gambar di hotel hilton sblm ini semasa buat haji,
::: so aku rasa excited plak nak capture scenery di tempat yg sama.. kat Malaysia lagi dah
::: planned [hehehe] tapi taklaa sampaii terlupa niat beribadah tuh [huhu].. Kenapa sukee
::: gambar tersebut? sbb selalu teringat Kaabah [Allah swt] & makam Nabi [Muhammad saw]
::: di sana.. Apatah lagi bila tv tayang solat terawih kat Mekah & Madinah, lagilaaa terkesima
::: sayu jadinyer.. bila di sana lain, bila di Malaysia lagilaa lain, paham2 ajerlaa.. sbb tulaa bila
::: ternampak Masjidil Haram & Nabawi dlm gambar, perasaan bersalah tuh tetiba je muncul..

::: Bila kali terakhir makan pizza? [hehehe] sukee soalan nih, kejap lagi aku makan [hahaha]
::: 1 masala, 1 hawaiian tuna RM28 [huhuhu] jangan marah.. apa kes? sbb aku semalam terbeli
::: nasi beriyani berlauk ayam merah yg dah basi [ekekeke] & sbb lapar sgt, aku makan jugak
::: [hahaha] mmg kelakar, tapi separuh ajer sbb takut sakit perut.. nak jadi citer, mmg aku sakit
::: perut jugak pagi sahur tuh, byk kali pi toilet.. terlalu perit sekali [hahaha].. tu lerr.. tapi tak
::: baik tuduh2 di bulan puasa nih, seeloknyer aku lebih berhati2 menapau makanan [hehehe]..

::: Lagu terakhir yg anda dengar? by Aizat - Pergi [ost Talentime] very nice one.. Apa yg anda
::: buat sambil selesaikan tag ini? takde apa2, cuma hidung nih terkemut2 bau pizza kat dapur
::: [hehehe].. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa? penah gak
::: kawan2 sini panggil bro ReActivate [huhu] ok gak tuh.. Siapa No.1 kepada anda? selain Allah
::: & Nabi, no.1 ialah ibu, Bagaimana pula No.3? My sahabat.. Pendapat anda pada angka 4?
::: semoga anda akan menjadi isteri yg paling best di dunia [hehehe] biarlaa sekepala.. erkk?
::: ok next question! Kata sesuatu tentang orang ke 2? bapaku is a hero for everything..

ibadah
::: Ada soalan tag terbaru diterima pada [24/8/09], 5 perkara yang anda suka ttg bulan puasa:
::: 1) tanda bersyukur 2) mendidik nafsu ammarah 3) mendidik jiwa sifat belas kasihan & sabar
::: 4) membersih diri drpd sifat mazmumah 5) memperolehi kecerdasan akal fikiran.. 5 perkara
::: yg best masa bulan puasa: 1) perut boleh trim cepat 2) byk choice makanan nak tapau esp.
::: utk org bujang 3) takder meeting/kursus dlm bulan puasa 4) boleh tido dlm opis dgn alasan
::: puasa 5) boleh balik awal keje utk tapau berbuka [hehe]

::: 5 jenis makanan/minuman yg wajib ada masa berbuka puasa [atau selalu ada]: 1) air soya
::: panas masuk peti ais jadi sejuk [hehe] 2) kurma 3) kuih-muih manis & pedas 4) lauk pauk -
::: ikan my favourite 5) nasi.. 5 perkara yang wajib anda lakukan sblm berpuasa: 1) niat puasa
::: esok hari /sebulan 2) korek hidung kot [haha] tengok2 ada bulu hidung terkeluar tak? 3)
::: minum air byk2 4) bersahur 5) mandi [ekekekeke].. 5 cerita best/xbest puasa anda: 1) yg
::: best ler yer.. terminum air slps balik keje, dah rutin.. terbiasa pulak 2) time berbuka dgn
::: keluarga mmg paling best 3) every year ada berbuka reunion dgn geng2 lama kat hotel 4)
::: tak best, tertinggal sahur.. 5) dan terperangkap dlm trafficjam ketika azan maghrib! tidak!!!

enjoy_reactivatezul
Indah alam dengan rerama,
Cantiknya rerama menambat si hawa,
Bulan Ramadan kini menjelma,
Sambutlah ia dengan penuh taqwa.

Hamba datang dengan satu hajat,
Hajat berdagang di rantau orang,
Semoga dagangan membawa berkat,
Biar berlebih jangan berkurang..

~ pantun from: budiey

Thursday, August 20, 2009

Ramadan 1430 Hijrah

::: Kepada semua pembaca blog ini, selamat berpuasa dan menyambut Bulan Ramadan
::: al-Mubarak yg mulia..."Daripada Abu Hurairah r.a drpd Rasulullah saw Baginda bersabda
::: maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada 10
::: hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan
::: Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (org yg berpuasa) telah
::: meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

Ramadan 1430 Hijrah

::: Sayu terpisah.. hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
::: berhembus angin rindu, begitu nyamannya terhidu wangian kasihMu
::: Sepi tanpa kata.. terdiam dan kaku tak daya Kau kulupa
::: apapun kata mereka, biarkan kenangan berbunga di ranting usia

.
::: Taken from Hilton Hotel, Mecca during my umrah in April 2009..
::: awesome scenery, miss Kaabah; the best ever experience in my life..
::: maybe, I will upload some of my pictures at Mecca on Eid Adha..
::: lyrics from Aizat: Pergi [ost Talentime]
~ miss Kaabah so much.. selamat berpuasa semua..

Sunday, August 16, 2009

Firefly - your community airline

firefly-airline

::: Akhirnyer tercapai impian aku menaiki firefly [huhuhu] best lerr.. malah lebih best drpd
::: penerbangan tambang murah yg lain [paham2 ajerlaa yg mana satu]. Mula2 mmg takut sbb
::: saiznyer yg comel tuh, tapi pandangan aku meleset sekali tatkala menaikinyer.. Badan kapal
::: terbang yg cantik & baru; tiada bunyi-bunyian [hehe], pilot yg cekap, pramugari yg nice to
::: see; sukee tersenyum & juga makanan & minuman ringan 'free' turut disediakan.. waaahhh..
::: mmg best.. Oh yaa, aku berpeluang menaiki firefly nih semasa aku ada kursus di Langkawi
::: baru2 nih.. Nanti aku upload cerita di sana, tungguuuu..
~