Saturday, March 21, 2009

Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan

[22-Apr-2008]

::: Akhirnya.. setelah hampir genap 6 bulan aku menyepi, ntah tetiba timbul pula niat di
::: hati yg berkobar2 utk berkarya sekali lagi di ruangan FP pada pagi ini.. takder yg sooo
::: specialnyer FP ini, cuma sekelumit kenangan utk berkongsi bersama.. begitu jua untuk
::: menambah kenalan dlm bidang hobi yg serupa.. sama2 menambahbaik kualiti hobi yg ado
::: terima kasih kawan2 atas kata2 dorongan & yg mahukan aku 'reactivate' semula di sini
::: maaf seribu kemaafan jikalo diri ini tak berkesempatan membalas komen kawan2 sumer..

keindahan-flora-di-Batu-Maloi-2

::: Kebetulan hari ini, merupakan Earth Day sedunia, aku mengorek/imbas kembali pengalaman2
::: pada tahun 2007 lepas, ketika aku dikatakan 'sibuk' ler jugak [hehehe] dgn tugas2 di luar opis
::: aku paparkan antara pix2 yg dicaptured semasa di Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan.

::: Hutan Lipur Batu Maloi terletak di Hutan Simpan G.Tampin terdiri jenis Hutan Dipterokarp
::: Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna, keunikan di sini terdapatnya gua
::: yg terbentuk di bawah bongkahan-bongkahan batu-batan yg besar di spjg 1 km diberi
::: nama Gua Batu Maloi.. terdpt sebatang sungai yg dikenali sbg Sg.Johol yg mengalir di kwsn
::: ini sesuai sebagai tempat aktiviti berkelah, mandi-manda & beristirehat.. beberapa tempat
::: kemudahan seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan.. *terletak 8 km dari Pekan Johol
::: melalui jalanraya Tampin ke Kuala Pilah, 68 km dari Bandar Seremban.

::: complete FP pictures: http://reactivatezul.fotopages.com/?entry=1517205

malam-di-camp-site-Batu-Maloi-1
keindahan-serangga-di-Batu-Maloi-1
ranger-yg-sedang-mencari-laluan-baru-dlm-gua
keindahan-serangga-di-Batu-Maloi-2
cendawan-nih-boleh-makan-yg-berbulu-tuh-tidak-boleh-dimakan

::: Syoooknyer tatkala berpeluang meneroka gua yg digenangi air separas pinggang &
::: ada gak setinggi dada [sapa yg rendah laa huhu].. actually air sungai di dlm gua tuh
::: taklah sedlm mana, cuma utk menambahkan 'adventure' semasa penerokaan, hujung
::: sungai telah diempangankan bagi menaikkan paras air.. itu yg beshhh tuuh.. walopon
::: begitu, dlm gua payah nak amik pix2 canteekk, byk yg kabur krn tak cukup cahaya
::: kalo pakai flash, terlalu terang plak.. lagipon dlm gua dinasihatkan tidak membawa
::: alat mekanikal spt kamera, takot terjatuh dlm air & terkena percikan air terjun..
~ enjoy..

2 comments:

  1. hi, nk tahu ade homestay berdekatan x kat area situ?

    ReplyDelete
  2. ::: salam m.echah.. saya pun tak tahu yg mana satu m.echah nak.. program homestay - kementerian pelancongan (motour) atau homestay - rumah kg / teres utk disewa.. jika homestay motour bolehlah rujuk : http://www.go2homestay.com

    ::: maaf lambat balas [huhu] :P

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!