Tuesday, August 31, 2010

Malaysia 53

Merdeka 53 - Menara Aqabah

::: Salam Kemerdekaan Malaysia ke-53.. Kali nih lambat pula aku upload entry kemerdekaan [huhuhu] aku
::: guna alasan yang sama: busy lerr.. [hehe] aku dilantik untuk mengemaskini laman sesawang jabatan aku..
::: pening juga nak membiasakan diri dengan software opis aku dan alhamdulillah semuanya dah ok, cuma
::: sekarang aku perlu sentiasa up-to-date apa yang perlu. Lega, bolehlah aku rasa merdeka sikit [huhu]..

::: Bagaimanalah agaknya sambutan merdeka tahun nih? Semalam tunggu juga detik 12 tengah malam, tapi
::: tak ada apa-apa pun di tv, hanya konsert Faizal Tahir di 8tv yang aku tengok. Itupun separuh ajer, sebab
::: aku sibuk melayan editing gambar-gambar aktiviti jabatan. Walaupun begitu, aku sentiasa berasa bertuah
::: menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa menghargai sejarah kemerdekaannya. Tak kiralah apa yang berlaku,
::: suasana persekitaran yang aman harmoni serta kemeriahan keluarga, rakan taulan dan keunikan masakan
::: di negara ini, antara perkara-perkara yang sukar ditinggalkan atau dilupakan begitu sahaja. Walau di mana
::: kita berada, Malaysia tetap di hati..

::: Baru-baru nih, aku telah ditag oleh Eryne. So, aku sertakan sekali untuk entry kali ini. Berikut adalah
::: soalan dan jawapan tag tersebut:

::: Soalan 1: Adakah anda rasa HOT? [hehe] mengancam soalan nih! Setiap manusia perlukan self-esteem
::: tertentu, antaranya ialah menghargai ciptaan Illahi dengan kurniaanNya terhadap diri sendiri. Sesekali
::: apabila melihat cermin, aku akan berkata, wahhh hensemnyer aku! [hahaha] tapi yang banyak kalinya,
::: aku akan berkata bukannya hensem sangat pun! [hehehe].. Apa-apapun, aku suka aku! [huhu]..

::: Soalan 2: Upload wallpaper PC / laptop yg anda gunakan sekarang? Seperti di bawah..

Merdeka 53 - Tag

::: Soalan 3: Kisah di sebalik gambar ini? Sempena hari kemerdekaan, aku jadikan hasil karya editing Jalur
::: Gemilang yang pernah aku bina sewaktu dahulu di FotoPages dan diuploadkan juga di blog ini untuk entry
::: bulan kemerdekaan negara pada tahun 2007. [ link ]

::: Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA? Tak ingat ler, maybe awal tahun agaknya.. aku suka beli pizza saiz
::: medium. Biasanya aku beli 2 [hehe] sebab kalau 1 jenis rasa, nanti cepat muak pula dan aku habis makan
::: selama 2 hari [huhu]..

::: Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar? The Script - The Man Who Can't Be Moved [Airto Cover] [ link ]

::: Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih? Dengar lagu daripada blog aku sendiri [hehehe] so
::: lagu The Script tuh yang paling terkini aku dengar.. sambil-sambil itu aku minum air kosong [huhu] kenalah
::: minum air banyak-banyak, esok taklah kering bibir atau terkena ulser mulut.. err..

::: Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? Encik Zul [hehehe] jangan marah..

::: Soalan 8: 5 rakan bloggers anda secara random: (1) Fareast (2) Azah (3) Bro Jeff (4) Eryne (5) Knizam.

::: Soalan 9: Siapa orang no. 1? Kawan lama di sini. Minat kami sama terutama dalam seni fotografi ini..
::: Aku banyak belajar daripada Fareast dan kami saling mengikuti perkembangan blog masing-masing walau
::: pun sekadar intai-intai celah tingkap ajer.. [hehehe]..

::: Soalan 10: Katakan sesuatu kepada orang no. 5? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Pengalaman bertugas di luar negara membuatkan blog Knizam seperti membaca majalah National
::: Geography. Ikutkan blog beliau, rasanya rumah kami di KL macam dekat-dekat [huhu]..

::: Soalan 11: No. 3 ada hubungan apa dengan siapa? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Beliau adalah orang paling rajin memberi komen di setiap entry aku pada masa dahulu.. Cepat pula tuh
::: beri komen, asal ada entry baru jer, mesti Bro Jeff antara orang paling awal singgah [hehehe]. Lately nih
::: busy kot..

::: Soalan 12: Bagaimana pula dengan no. 2? Kawan lama di sini sejak di FP. Azah nih rajin tul lukis 'doodle'
::: iaitu kartun-kartun yang dilukis secara terus. Memang hebat, aku pun suka gak buat benda-benda macam
::: tuh, cuma aku malas ajer [haha]. Sekarang nih Azah semakin hebat bermain gitar.. Boleh kalah Yuna ni..

::: Soalan 13: Kata-kata cinta dengan orang no. 4? Ngakk boleh, Eryne udah punya suami [hehehe]. Eryne
::: pun kawan lama sejak di FP. Ada banyak blog, tapi blog Precious Moment tuh yang aku suka baca sebab
::: kisah kehidupan hari-hari beliau tuh kadang-kadang sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan aku
::: [hehe].. Thanks Eryne for tagging me..

::: Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu tentang rakan bloggers yang anda pilih. (1) Kawan lama (2)
::: Kawan FP (3) Kawan blog (4) Selalu singgah (5) Hobi / minat yang sama [hehe] jawapan selamat ker?

~ 1Malaysia Menjana Transformasi Selamat Hari Merdeka!

9 comments:

  1. Salam merdeka reactive...saya pon post lwat juga
    entri merdeka.. sbb siapkan doodle merdeka :P

    alamak, ade name sy plak...
    Xhebat lgi main gtar, blajar2 lg. Nt 1 ari
    ade mase lapang, reactive wat doodle tentang reactive, mst menarik..sbb orngnye pon punya
    cerita menarik untuk dikongsi :)

    anyway, thanks being my virtual friend..
    Salam Merdeka ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam & hai!

    Finally, tag sudah dijawab :)
    Saya mmg tunggu entry Zul ni. Lama benor senyap, itulah org bz. Bukan cam saya ni. Hahahaa...
    Sekali nama saya pun termasuk la kat dlm list tu yek :)

    Saya suka gambar desktop jalur gemilang tu. Kreatif, dulu saya x sempat nak tgk kat FP. Ni kira 1st time saya tgk :)

    Thanks for answering the tag. Rajin2 update ya!

    ReplyDelete
  3. nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    ReplyDelete
  4. happy 53rd merdeka!
    may ALLAH SWT continue to bless this nation and see it transform into a better country for all Malaysians regardless of colour and races.
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. salam merdeka bro ... sambut merdeka dalam puasa still meriah ... hope kita anak malaysia maju lebih ke depan ;)

    ReplyDelete
  6. salam merdeka En Zul ... he he he (sama la kita)
    Ada azam baru ka? harap jiwa bertambah merdeka!

    ReplyDelete
  7. slmat medekaa yeyhaaaaaaaaaaaa opsss.pose pose.. kontrol2 hehhe

    ReplyDelete
  8. wallpaper itu cun dan lagu the script tu juga adalah lagu faveret saya. hoho!

    ReplyDelete
  9. selamat merdeka en zul.. lama x menjenguk di sini.. dan selamat hari raya juga..

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!