Sunday, December 12, 2010

Jalan-jalan (사랑해)

Jalan-jalan @ Melaka

::: Actually ada beberapa tarikan pelancong yang belum aku visit di Melaka antaranya ialah River Cruise..
::: Boring jer dengar orang lain bercerita tentang cruise di Melaka River nih, so aku nekad nak naik jugak
::: walau apa pun.. lagipun ada geng yang teman [hehehe] Planned nak naik waktu malam sebab dengar cerita
::: lebih happening dengan lampu. Hmm hujan plak waktu malam, maklumlah musim.. So naik waktu siang..
::: well my 1st impression, not too bad.. very nice actually, kalau photographers naik nih, mesti banyak benda
::: boleh dirakam melalui lensa.. Ada yang kita tak perasan, hanya bila menaiki cruise kita akan nampak..

::: Hujan taklah lama, so malam tuh kami makan ikan bakar di Crystal Bay seterusnya jalan-jalan di Jonker
::: Walk. Ahhh memang masyuk tul layan jalan-jalan di sini, sebabnya barang di Jonker ter-sangatlah murah-
::: murah giler berbanding dengan pasar uptown di tempat lain. Shopping heaven [huhu] orang perempuan
::: yang 1st time ke sini, kalau tak beli, boleh teringat-ingat sampai ke rumah [hehehe].. jangan marah.. Tapi
::: paling aku suka ialah bangunan lama yang dijadikan kedai barangan / restoran - awesomely beautiful!
::: super-duper kool interior designnyer.. kalau boleh ambil gambar, dah lama aku shoot sana-sini.. Teringat
::: plak kopitiam di Jonker yang comel penuh dengan barangan antik.. very nice.

Jalan-jalan @ Sunway Lagoon

::: Maybe dah century aku tak ke Sunway, atlast baru-baru nih berpeluang gak.. macam suasana di pantai
::: memang ramai pengunjung; bermacam-macam 'rupa & bentuk' [hehehe] antara reason tempat ini
::: sentiasa packed apatah lagi waktu musim sekolah.. Sekarang nih tiket gelang kertas dah ditukar kepada
::: gelang berbentuk jam, very nice.. kalau jam betul lagi ok! Tak banyak yang berubah, cuma di bahagian
::: zoo-nyer rasanya lebih best than the national zoo itself [huhu] kawasannya lebih kemas & lebih cantik..

::: The best thing here ialah naik gelongsor air [huhu] giler-giler best! Sampai ada tuh 2x naik [haha] maybe
::: gelongsor tuh agak tersorok dari laluan orang ramai, jadi beratur tak panjang malah cepat. Gelongsor tuh
::: kena letak papan span di dada, maknanya kita bergelongsor secara meniarap.. nampak macam tak ada
::: apa-apa, but once dah slide, terpekik-pekik! [hahaha] sliding macam nak tercampak keluar sebab bila
::: di bahagian lekuk menjunam tuh, memang melayang badan [huhu] best siot!!! tuh yang naik 2x tuh.. Ada
::: photographers from the park amik gambar kita masa melunncur tuh, kalo nak, bayar RM25 [hehe]..
::: oklah tuh.. untuk kenangan.. Anyway lunch kat restoren 'nasi lemak' memang sodap!

Jalan-jalan @ Zoo Negara

::: Last October aku ke Zoo Melaka. Dengar cerita, Zoo Melaka is better than National Zoo.. Betul ker?
::: Tak percaya, comparelah sendiri [huhu] Well masing-masing ada kekuatannya, for me National Zoo is
::: more bigger & more animals than others eventho kawasannya agak terhad. Terbaru pihak zoo telah
::: memperkenalkan tiket gelang kertas macam Sunway masa dahulu.. for me, it is something new. Maybe
::: pihak zoo ada perancangan untuk membahagikan kawasan kerana tak semua tempat dapat dikunjungi
::: 100% dalam masa 1 hari.. Jadi ada pilihan bayaran tiket..

::: Aku perasan juga promo banner di National Zoo nampak menarik sungguh.. Kreatif. Begitu juga dengan
::: logo berupa 'kancil'.. Untuk ke zoo, kena ingat datanglah awal-awal pagi kerana waktu pagi kebanyakan
::: haiwan lebih bertenaga. Kalau datang tengahari, banyak yang tidur kekenyangan [huhu].. Lagi yang terbaru
::: ialah 'kereta tram' untuk pengunjung naiki & boleh berhenti untuk menurunkan & mengambil penumpang di
::: beberapa rest stop.. niceee.. lebih cantik & besar.. Atau aku sorang jer baru tahu pasal nih? [hehehe]..
::: Animal show masih dikendali oleh brader yang sama sebab dia pernah support-acting dalam 'Gitu-Gitu
::: Apek' siri awal [hehehe] but still entertaining to watch.. hopefully next time ada dolphine plak..

Jalan-jalan @ Ikea & Desaru

~  jalan-jalan memang best!