Friday, May 8, 2009
Gua Hira' Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah & Mina di Mekah
::: Salam semua.. kali ini saya ceritakan pula ziarah di Mekah yg melibatkan byk gak tempat2
::: menarik lagi bersejarah spt Gua Hira' di Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah/Arafat & Mina.
::: Gambar unta berhias cantik di atas ni diambil ketika saya menziarah Jabal Rahmah [huhuhu].
::: Alhamdulillah dapat juga saya menunggang unta.. 1st time naik unta, scary gak ye [hehehe]..
::: Teringat kisah ketika Rasulullah saw tiba [berhijrah] di Yathrib [Madinah], disambut meriah
::: oleh penduduk & menawarkan Rasulullah saw tempat tinggal di rumah mereka.. Tetapi utk
::: tidak mengecilkan hati semua, Rasulullah saw melepaskan untanya & memilih tempat tinggal
::: di mana unta itu berhenti.. سبحان الله, unta itu berhenti di tempat Masjid Nabawi didirikan kini..
::: سبحان الله tingginyeerr Gua Hira' ( غار حراء ) di Jabal Nur ( جبل النور ).. itulah kata-kata
::: hati kecil saya ketika pertama kali saya melihat Jabal Nur. Kemudian terfikir saya bgmn lah
::: agaknya isteri Rasulullah saw, Khadijah ra binti Kuwailid ( خديجة ) mendaki untuk memberi
::: keperluan makan/minum, menenangkan & memastikan keselamatan Rasulullah saw yang
::: dikasihi saban hari.. Walaupun saya pernah mendaki bukit/gunung di Malaysia, saya dapat
::: rasakan Jabal Nur ini sangat mencabar krn faktor cuaca & struktur tanah yg berbatu2 tajam
::: apatah lagi seorang wanita berusia 40an mendakinya. Sebak & sedih bila mengenangkan
::: pengorbanan beliau sehinggakan Rasulullah saw pernah bersabda: "Di saat semua orang
::: mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia
::: meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta
::: kekayaannya kepadaku."
::: Gua Hira' adalah tempat Rasulullah saw bermeditasi & tmpt Baginda saw menerima wahyu
::: pertama drpd Allah swt melalui Malaikat Jibril as [surah al-'Alaq]. Saya tidak berpeluang
::: mendakinya kerana faktor2 yg tak dpt dielakkan walaupun pihak rombongan menawarkan
::: kami untuk mendakinya pada waktu malam.. Dengar cerita drpd rakan2, pemandangan dari
::: atas puncak boleh nampak Masjidil Haram yg terang bederang dgn lampu.. سبحان الله
::: Jabal Thur pula adalah bukit yg didaki oleh Rasulullah saw bersama-sama Saidina Abu
::: Bakar as-Siddiq ra ( أبو بكر الصديق ) ketika menyelamatkan diri drpd ancaman orang2
::: Quraisy Mekah ketika berhijrah ke Madinah. Di situ, terdapat sebuah gua dipanggil Gua
::: Thur, tempat di mana Rasulullah saw & Saidina Abu Bakar ra bersembunyi selama 3 hari.
::: Ketika orang2 Quraisy mendekati gua tersebut, seekor burung merpati lantas membuat
::: sarang & bertelur di dlmnya & seekor labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua
::: bagi mengaburi pandangan orang2 Quraisy tersebut tanpa mengesyaki apa2.
::: Sebuah kisah lagi berkenaan Gua Thur ini ialah pengorbanan Saidina Abu Bakar ra dipatuk
::: ular berbisa di kakinya ketika Rasulullah saw sedang tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar ra.
::: Selepas Rasulluah saw mengetahui hal tersebut, Baginda saw menyapukan luka patukan ular
::: dgn air liur Baginda saw & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.
::: Saya juga menziarahi Padang Arafah, tempat jemaah haji, wukuf pada waktu tengahari di
::: hari ke-9 bulan Zulhijjah. Saya lihat Padang Arafah penuh dgn pokok2 hijau yg renek &
::: rimbun serta kemudahan tandas yg serba lengkap. Di sini juga terdapat sebuah bukit iaitu
::: Jabal Rahmah, tempat Rasulullah saw menyampaikan khutbah terakhirnya. Di sinilah juga
::: tempat pertemuan Nabi Adam as & Hawa setelah Nabi Adam as diturunkan di Sri Lanka &
::: Hawa di Jeddah dari syurga. Kerana itulah tempat ini terkenal dengan mereka yang ingin
::: mendptkan jodoh dgn berdoa.
::: Di kaki bukit, banyak unta2 dihias cantik disediakan utk pelancong menunggangnya dgn
::: harga 10 Riyal [huhu].. Sesiapa yg bakal menziarahi Jabal Rahmah ini juga jgn terkejut ye,
::: kerana di sepanjang tangga bukit ini banyak betul pengemis2 meminta sedekah.. Memang
::: kasihan, tapi jika sekali kita beri wang sedekah, yg lain akan berebut2 meminta sampai seluar
::: saya pun ditarik2nya.. Di atas bukit ini pun byk sekali peniaga2 menjalankan perniagaan
::: termasuklah mengambil gambar, sama spt di Bukit Uhud & Masjid Quba di Madinah.
::: Kemudian bas kami membawa kami semua ke Mina sebagai tempat dilaksanakannya
::: kegiatan lontar jumrah dalam ibadah haji tahunan, yang berlangsung sejak matahari terbit
::: hingga terbenam pada hari terakhir ibadah haji.. Beribu2 khemah putih moden dilengkapi
::: aircond dipasangkan secara luasnya di Mina.. Banyaaaaaak sangat! Kerajaan Arab Saudi juga
::: giat membangunkan hotel2 moden bagi menggantikan khemah2 putih ini berdekatan dengan
::: kompleks Jamrah yg turut dibangunkan secara bertingkat2.. Memang hebat!
::: Tak jauh dari jalanraya Mina ini, terdapat 2 buah terowong di Mina yg byk kali meragut
::: nyawa ketika musim haji pada zmn dahulu. Di Mina ini saya lihat betapa jauhnya perjalanan
::: jika berjalan kaki dari Arafah ke Mina ini.. Sebab itu ler ketika usia muda2 inilah sesuai kita
::: melakukan ibadah haji.. Insya-Allah.. Tapi kalau dah tua, memang susah agaknya..
~ Wallahualam, Allah Maha Mengetahui. [for more info, klik perkataan berwarna hijau]
::: [p/s]: thank you very much bro ouled kenitra, saya dah betulkan dah [huhu]..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam bro...
ReplyDeletememang best visit blog bro ni...
makkah n madinah dah serba moden sekarang ek....
saya pernah tengok gambar makkah n madinah zaman tok saya pergi ngan kapal dulu...
mmg banyak beza....
betul la bro....muda2 ni elok pegi haji....
kuderat kuat lg....
saya pon azam nak pegi gak...
insyaallah
seronoknye tgk gambo ziarah ni...
ReplyDeletegambo unta tuh klasik btulaa..:)
* ye btul..mude2 nilaaa kalo ade pluang wat haji..insyAllah!!![smoge kita akan menjadi tetamu Allah lagi dlm usia mude..amin]
makin mantap blog ko ni bro...
ReplyDeletegambar2 dan info yang best
selamat mengerjakan umrah dgn jayanya
wahh..
ReplyDeletesgt comey unta tu..
camne dpt naek unta?cam naik kuda jugak ker?hehee..
btw sgt cekal isteri Rasullah SAW..
kagum..
sgt cantek pic kt sana..
xsabar rasenye nk g nnt..
:)
huhu.. jelesnya tgk gambar2 nih..
ReplyDeleteteringib nak tgk seniri..
bila agaknya ya..
"smoge kita akan menjadi tetamu Allah lagi dlm usia mude..amin"
amin.. setuju ngn makcu..
saya pun tak pandai hdr bro. cuma pakai software free dari internet aje. cuba bro cari dynamic photo hdr.
ReplyDeleteSemaha mano keto se boli
Maha laei kasih sayang omak
Godang mano pun rumah se ado
Godang laei kasih sayang omak
Hebat mano pun tompek kojo ese
Hebat laei kasih sayang omak
Ceghodik mano pun ese
Segak mano pun ese
Bahagio mano pun ese
Banyak duit mano pun ese
Taqwa macam mano pun ese
Semuo itu tangan omaklah mengukirnyo
Tanpa Omak sapolah ese
Tanpa Omak tak adolah ese
Timo kasih Omak
Tak terbaleh se jaso omak
cam mano meleleh air mato se pun
Kasih Omak tak ado bandingnyo.
Tanpa Omak sapolah ese
wei rajin hang karang lam blog aku.
ReplyDeletedan banyak gambar hang d tanah suci.
bila nak balik.
nak order unta sekor dua..
buat naik p kerja.
hahaha...
>> anda beruntung kerana dapat menyaksikan dengan mata sendiri tempat tempat yg kaya dengan sejarah dalam islam...
ReplyDelete>> bukan semua orang berpeluang...
menimbulkan keinsafan dan rendah diri ...
ReplyDeletehappy mother's day =)
wow...cantiknye gmba..
ReplyDeleteharap2 satu hari nanti dpt g makkah n madinah..
tnx 4 info...
besnye..
ReplyDeletemesti seronok kalau dpt naik bukit2 kat situ..sangat mencabar..
nice blog,,
x upload lagi? =)
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah kurang sikit stress...
Info yang menarik untuk disajikan kepada kengkawan..bukan senang nak tahu sejarah Islam jika kita tak lihat sendiri dan melihat perjuangan Rasulullah SAW..
comel je unta tu jadi warna warni dah..hehehe
ReplyDeleteseronok betul sampai buat ibadat dapat plak melawat tempat2 sejarah gini. :) pengalaman berharga betul..
wah! seronoknya dpt jejak kaki kat sana yek.tgk pict en zul nih makin membuak2 hati nak jejak kaki kat sana gak! insyaallah...
ReplyDeletegambar pun cantek2 yek.suka nengok!
family saya pi ari tuh pun snap gitu2 jer.
apa2 pun,byk info saya dpt.tq!
Begitu rupanya gua hira .... baru ni aku tengok. Thanx 4 sharing bro!
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletedapat juga bro mengerjakan umrah.
bila pulak agaknya giliran saya?
+ Salam..pertama kali sy melawat pages nih..
ReplyDelete+ Sangat serOnok baca entry kat sini, terasa ingin sangat nk kesana jugak, insyaallah satu hari nanti..
+ Salams..berhari2 jugak sy amik masa nk abiskan baca entry ni, tapi sgt seronok..cant wait to know ur next update entry..hehe and plus suka tgk that tiny cartOn yg gelek2 kt atas tu..camana nk buat camtu ekk?
ReplyDelete+ btw, yg tu bukan pict sy dan bukan jugak kasut sy,hehe.. i'm just helping my frens for editing her pictures..tapi tak terer pOn, sket2 bole ar..
salamm dari me dikejauhannns.. nice blog
ReplyDeleterindunya Mekah..muga2 dpt kembali lagi ke sana =)
ReplyDelete::: terima kasih lli.. saya pon rindu..
ReplyDelete::: semoga kita akan dpt ke sana lagi..
::: setiap kali balik dari umrah, rasa
::: diri ini fresh ajer.. mcm dilahirkan
::: semula.. very nice feeling..
Assalamu 'alaikum, buat saudara tn punya blog moga umrah dan amal ibadat diterima, mohon izin untuk mengambil bebarapa foto kerana alhamdulillah saya juga berkesemapatan ke sana, tetapi kekurangan bahan bergambar untuk ditunjukkan dalam blog saya kerana saya menggunakan kamera yang tak canggih. Sila balas emel, jazakallahu khair jaza'
ReplyDeleteSyed abu Bakar - syabinyahya@yahoo.com
Assalamualaikum..alhamdulillah semoga amal ibadah kits diterima oleh ALLAH ..Aamiin..izin ye..akak ambil pic utk anak2 sekolah terima kasih...
ReplyDelete