Wednesday, July 28, 2010

Universal Studios Singapore

Universal Studios, Singapore

::: Salam semua, alhamdulillah aku okay, harap rakan-rakan bloggers dan pengunjung blog ini pun begitu..
::: Last entry macam 'emo' jer kan? [hehehe] aku bosan sangat kot.. lagipun aku tak ada idea nak upload
::: cerita yang sesuai dengan gambar kat laut tuh [huhu], jadi untuk menenangkan minda aku yang berserabut
::: nih, aku jalan-jalan ke Universal Studios Singapore pada [24/7/2010] memang best! Dapatlah juga aku
::: jejak kaki ke tempat sebegini canggih yang sebelum ini masa kecil-kecil selalu berangan nak ke taman
::: tema fantasi seperti Disneyland.. ini dah kira bertuahlah nih.. Macam biasalah kalau nak ke Singapura
::: melalui jalan darat, kenalah bertolak seawal yang mungkin, memandangkan trafik keluar masuk antara 2
::: negara ini memang sibuk. Beratur di CIQ Singapura sangatlah lama.. Nak cepat masuk, cuba di Second
::: Link. Aku tiba di CIQ Singapura jam 8.00 pagi dan tiba di Universal Studios jam 11.00 tengah hari!! 
::: 3 jam tuh kalau memandu kereta dari JB boleh sampai ke Seremban dah [huhu]..

Universal Studios - Entrance

::: Untuk pengetahuan, tiket masuk ke tempat ini pada hari Sabtu/Ahad berharga S$72 untuk orang dewasa
::: dan untuk hari Isnin-Jumaat berharga S$66. Aku beli tiket daripada Executive Travel & Tours Sdn Bhd,
::: dan mereka boleh dapatkan tiket berharga S$66 untuk hari Sabtu/Ahad. Kalau nilai ringgit Malaysia, lebih
::: kurang RM154. Dengan pembelian satu tiket tersebut, membolehkan kita menjelajah mana-mana jenis
::: permainan dan bangunan di Universal Studios: Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World,
::: Ancient Egypt, Sci-Fi City & New York [laluan arah jam]. Dengan tiket tersebut juga merangkumi baucer
::: makanan dan runcit [food & retail] bernilai S$5 setiap satu, ambil di kaunter sebelah kiri Universal Studios
::: Store di pintu masuk Universal Studios. Sesiapa yang beli tiket VIP Tour, pengunjung tidak perlu beratur
::: panjang untuk memasuki tempat-tempat tersebut. Harga tiket, aku tak pasti.. Apa-apapun bolehlah rujuk
::: di laman web ini: klik untuk [ tiket ] dan [ peta ].

Universal Studios - Hollywood 1
Universal Studios - Hollywood 2

::: Taman tema pertama yang mula-mula pengunjung akan jumpa ialah Hollywood diadaptasikan daripada
::: Hollywood Boulevard di California, USA. Deretan rumah kedai yang berwarna-warni dan watak-watak
::: kartun dari filem-filem animasi popular terbitan Universal Studios memang cantik dan mempesonakan. Aku
::: sempat jugalah ambil snapshot Woody Woodpecker dan Kungfu Panda. Ada lagi watak-watak lain tapi
::: diorang keluar sekejap jer, mungkin faktor cuaca di Asia Tenggara nih boleh tahan panas [huhu] orang
::: pakai costume tuh lagilah panas.. Ada sekali tuh aku ternampak Frankenstein lalu, tapi tak dapat nak ambil
::: gambar.. Semua kedai, gerai dan barang cenderahati di sini bertemakan Hollywood seperti replika kecil
::: Oscar, reel film dan lain-lain. Bagi orang perempuan, mesti suka watak Betty Boop, kedainya ada di sini.
::: Sebagai tempat permulaan dan pengakhiran, zon Hollywood nih, memang tempat kita akan menghabiskan
::: masa dengan mengambil gambar sahaja [huhuhu]..

Universal Studios - Madagascar
Universal Studios - Far Far Away

::: Diilhamkan dari filem Madagascar oleh DreamWorks, taman tema ini pun berwarna-warni seperti di
::: Hollywood, tapi sayang, belum beroperasi sepenuhnya. Dijangka akan beroperasi penuh pada hujung
::: tahun 2010. Ketika aku di sana, cuma ada satu jer permainan merry-go-round dibuka. Orang dewasa pun
::: boleh tunggang [hehe] antaranya watak-watak kartun seperti Alex [singa], Gloria [badak air], Marty [kuda
::: belang] dan Melman [zirafah]. Di sini ada sebuah pokok besar dan ada kapal terbang di atasnya.. Tak jauh
::: dari situ ada pula sebuah kapal besar gedabak [huhu] sama macam dalam filem.. Di Far Far Away pula,
::: mercu utamanya ialah istana Far Far Away tempat tinggal asal Princess Fiona dalam filem Shrek. Dalam
::: istana ini ada panggung wayang Shrek 4-D bermaksud selain gambarnya 3-D, pengunjung juga akan rasa
::: kesan khas dalam filem tersebut seperti kerusi akan bergerak-gerak bila Shrek naik kuda, air semburan
::: ketika Donkey bersin [hehehe], deruan angin, labah-labah merayap di betis kaki [huhu] memang best dan
::: kelakar! Di luar istana ada Enchanted Airways coaster ride berbentuk Dragon isteri Donkey. Scary!!!

Universal Studios - The Lost World
Universal Studios - Ancient Egypt

::: Di The Lost World, semuanya bertemakan daripada filem Jurassic Park. Kagum tengok design pintu
::: Jurassic Park yang besar tuh, sama macam dalam filem.. Aku check jugalah pintu tuh, boleh tutup atau
::: tak [hehehe] memang tak boleh tutup sebab diperbuat daripada batu konkrit. Yang menarik di sini ialah
::: Canopy Flyer coaster ride untuk 4 orang sahaja.. beratur punyalah panjang rasanya hampir 1 jam lamanya
::: naik coaster tuh tak sampai 3 minit kot [huhuhu].. tapi dah alang-alang sampai di Universal Studios, sabar
::: jerlah.. rugi kalau tak naik. Di sini juga ada Rapids Adventure macam di Sunway Lagoon tuh dengan
::: menaiki bot di air yang deras.. tapi once again ketika aku di sana, tutup pula! Sebab masalah teknikal.
::: Perasan tak aku posing semuanya dengan pose tengah nyonyot botol air kepala dinosaur tuh? [hehehe]..
::: Kalau nak beli, dapatkan di gerai menjual makanan di zon The Lost World. Harganya S$16 kot.. ada air
::: lemon tea dan coke. Di Ancient Egypt pula, filem The Mummy dijadikan sumber inspirasi taman tema ini.
::: Tempat nih cantik tul, macam di Sunway Pyramid pula! Selain replika patung, ada juga pekerja memakai
::: costume ala Firaun untuk kita bergambar. Dalam bangunan seperti temple tuh, ada Revenge of the Mummy
::: coaster ride.. perrghh memang scary! Sebab coaster dia dalam terowong gelap.. memang tak nampak apa
::: di hadapan.. dah laa aku duduk depan sekali [hehe].. menakutkan!!! Habis naik coaster, bolehlah kita lihat
::: gambar kita terpampang di luar bangunan [hehehe] pun menakutkan bila tengok muka masing-masing!
::: Entah bila laa diorang ambil gambar.. Kalau nak beli, sekeping gambar S$18. Hmmm.. pokai..

Universal Studios - Water World 1
Universal Studios - Water World 2

::: Mula-mula tak perasan Water World nih disebabkan banyak taman tema belum beroperasi sepenuhnya.
::: Terjumpa apabila kami mencari-cari lokasi Rapid Adventure, konon-kononnya untuk basahkan diri
::: sebelum balik [hehe].. Akhirnya jumpa Water World, nasib baik jumpa sebab di sini terdapat live show
::: diadaptasikan daripada filem Water World lakonan Kevin Costner. Ada jadual masa untuk live show,
::: mungkin untuk persediaan show mereka, memerlukan masa lebih untuk disiapkan. Pun juga kena beratur
::: panjang, tapi nasib baik menyebelahi kami, show bermula tidak lama selepas kami beratur. Pemandangan
::: di set Water World nih memang mengkagumkan! Again, sama macam dalam filem juga. Kami duduk di
::: bangku bertanda hijau yang tertulis "Wet Zone".. sesiapa duduk di bangku biru "Soak Zone" confirm akan
::: basah dengan air [huhu] sama ada daripada bot yang beraksi atau daripada pelakonnya yang sengaja
::: simbahkan air ke penonton sebelum show bermula.. Apabila show bermula memang banyak adengan
::: tembak menembak, bom mengebom, terbakar sana-sini [huhu] dan basah sana-sini.. Best part, adengan
::: letupan dan kapal terbang keluar dari set Water World tersebut.. awesome!!!

Universal Studios - Sci-Fi City
Universal Studios - New York

::: Di Sci-Fi City pun tak ada apa-apa yang menarik sebab banyak yang belum beroperasi, tapi masih ada
::: yang menarik untuk dilihat seperti landasan roller coaster yang panjang berselerat itu. Haii kalau dapat naik
::: nih mesti best.. Oleh sebab itu, aku naik laa Accelerator yang macam cawan besar berpusing-pusing tuh
::: [hehehe] cuma bentuknya nampak futuristik sikit.. Dengar khabar di zon ini terdapat 3 roller coaster yang
::: bertemakan sci-fi seperti Battlestar Galactica: Human, Battlestar Galactica: Cyclone dan Transformers: The
::: Ride, bunyi memang mengancam, tapi akan dibuka pada tahun 2011. Akhirnya aku dan rakan-rakan tiba
::: di zon terakhir di Universal Studios Singapore nih iaitu New York. Seperti juga di zon Hollywood, zon ini
::: mempunyai deretan rumah kedai yang berwarna-warni.. Dalam banyak-banyak kedai ini, ada terselit
::: sebuah studio daripada Steven Spielberg yang memaparkan teknik kesan khas dalam pembikinan filem
::: beliau. Sekali lagi aku kagum dengan setnya yang kecil tapi penuh dengan aksi. Di sini, pengunjung perlu
::: berdiri sepanjang show, melihat ribut taufan, laut bergelora, gempa bumi, letupan dan kapal laut besar lalu
::: di depan-depan mata [huhu] memang best.. aahhh semualah best! [hehehe]..

::: Bagi pengunjung muslim, di Universal Studios tidak ada surau untuk solat. Jadi solatlah di mana-mana
::: yang sesuai.. aku cadangkan di Romeo Drive terletak di zon Far Far Away, antara Fairy Godmother's
::: Potion Shop dan Goldilocks [rujuk peta] kerana di hujung kawasan itu agak sunyi sikit dan berdekatan
::: dengan tandas. Bawalah kompas untuk kiblat dan sejadah kecil. Walau bagaimanapun terdapat sebuah
::: bilik kecil di sebelah Lost & Found (di Guest Service) dijadikan tempat bersolat [lelaki + perempuan]
::: atau tanya sahaja pekerja di sana, di mana tempat Lost & Found tersebut. Kalau di Warner Borthers
::: Movie World Australia ada pula surau! [huhu]. Untuk makanan di sana, melalui pemerhatian aku, gerai
::: dan restorannya mempunyai menu daging 'pork'. Semestinya minyak atau tempat memasaknya digunakan
::: untuk semua jenis makanan. Jadi faham-faham jer laa.. Tapi menurut laman web mereka, ada tempat
::: yang menawarkan makanan halal, aku tak berapa pasti. Popcorn dan air ajer ler yang boleh kita beli.
::: Nak bawa bekal, simpanlah di dalam beg. Tapi pekerja Universal Studios boleh menghalang pengunjung
::: yang membawa bekalan makanan jika mereka menjumpainya kerana itu adalah peraturan mereka. Jadi
::: bawalah bekal yang simple-simple ajer.. Aku pula berlenggang kangkung ke Singapura, breakfast jer di
::: JB, balik ke Malaysia terus tapau KFC!!! [hehe] lapo gilerr.. terhuyung-hayang aku..

~  for more info, click at words in red.. enjoy!