Saturday, November 20, 2010

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Institut Biodiversiti Bukit Rengit

::: Salam semua.. dah lama aku tak update [huhu] banyak perkara yang tidak dapat aku elakkan sejak
::: beberapa bulan yang lepas antaranya kerja di ofis, kerja di luar ofis & juga bertenet [hehehe] Sekarang
::: barulah aku ada kelapangan masa untuk update.. Minggu depan pun aku outstation lagi di Shah Alam.
::: Di entry yang lalu, ada aku sebut tentang Pahang, so entry kali ini, aku updatekan cerita di Pahang iaitu
::: di Kuala Gandah. Aku ke sana pada [4-6/10/2010] & menginap di Institut Biodiversiti [IBD] Jabatan
::: Perhilitan, Bukit Rengit, Lanchang. Tujuan penubuhan IBD ini adalah bagi memberi latihan kepada warga
::: jabatan, kesedaran awam & penyelidikan terhadap sumber-sumber biodiversiti negara. Ada pelbagai jenis
::: penginapan yang boleh kita tempah seperti bilik berhawa dingin untuk 2 orang, bilik asrama / dorm untuk 4
::: orang atau lebih & tapak perkhemahan. Untuk makan minum - kantin disediakan & boleh dibayar sekali
::: dengan penginapan.

Pusat Konservasi Gajah
Pusat Konservasi Gajah - elephant introduction

::: Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang terletak berhampiran dengan IBD, telah ditubuhkan oleh
::: Jabatan Perhilitan pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah
::: yang telah wujud sejak tahun 1974. Selain melatih warga jabatan, pusat ini juga melatih beberapa ekor
::: gajah jinak untuk membantu dalam proses pemindahan gajah-gajah liar ke kawasan yang sepatutnya.
::: Pusat ini juga merawat gajah liar yang sakit / cedera & memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan
::: oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Tiada bayaran
::: masuk dikenakan tetapi pelawat digalakkan memberi sumbangan bagi membiayai kos operasi pusat ini.

::: Sebenarnya, bukan aku tak pernah melihat gajah tapi kebanyakan gajah di sini kategori 'giant' ler [huhu]
::: Macam gambar di atas, gajah tersebut berumur lebih 80 tahun, memang patut ler besar! Terpegun aku
::: melihat gajah sebesar ini berjalan-jalan di luar kandang. Scary pun ada! [huhu].. Gajah-gajah ini dibawa
::: ke kawasan lapang untuk sesi pengenalan kepada pelawat. Aktiviti ini memang menarik kerana semua
::: pelawat berpeluang mendekati gajah-gajah ini dengan memberi makan & bergambar secara dekat. Seluar
::: biru tuh aku ler bergambar dengan gajah berumur 80 tahun. Nampak kecik, tapi in reality tersangatlah
::: besar!!! [huhu] takut nak dekat.. Kot kena hempap ke.. [hehe].. Ada gak gajah kecik berumur beberapa
::: bulan & 1 tahun lebih. Mereka ini lebih suka bermain-main.. Kalau kena kurung & nampak gajah-gajah
::: dewasa lain buat aktiviti di luar kandang, gajah kecik nih menjerit-jerit nak keluar dari kandang [hehehe]
::: kelakar plak!

Pusat Konservasi Gajah - elephant riding
Pusat Konservasi Gajah - elephant bathing

::: Selepas sesi pengenalan, pelawat berpeluang untuk menunggang gajah-gajah ini di 2 platform. Masa tuh
::: kenalah beratur panjang dengan pelawat-pelawat lain tapi tak lama sebab gajah-gajah ini hanya berjalan
::: secara 1 pusingan yang mengambil masa 5 minit sahaja. Mula-mula aku ingatkan kita menunggang gajah
::: masuk dalam hutan, masuk air ke apa.. [hehe] kenalah ingat tujuan utama pusat ini ditubuhkan, gajah pun
::: penat nak layan kita.. jadi mereka memerlukan pusingan yang pendek & rehat yang secukupnya.. Ada
::: gak keluhan tidak puas hati di kalangan pelawat, emm nampaknya mereka tak faham fungsi pusat ini..

::: Oleh kerana gajah pun kena berehat, sesi mandi bersama-sama gajah dibuat pada waktu petang pada
::: pukul 3pm. Hanya seekor gajah sahaja digunakan untuk aktiviti ini, maka beratur panjang lah sekali lagi
::: tapi kali ini lebih panjang kerana seekor gajah sahaja. Sebenarnya bukanlah aktiviti mandi bersama tapi
::: lebih kepada 'jatuh dalam air bersama gajah' [hehehe] Niat dalam hati nak join tapi kami memberi laluan
::: kepada pelawat luar negara untuk merasai pengalaman tersebut. Sekali lagi ada keluhan diutarakan:
::: kenapa seekor gajah sahaja? jawapannya gajah mempunyai deria yang sensitif apatah lagi jika di dalam
::: air kerana apabila pelatih gajah memberi arahan di dalam air, gajah perlu mendengar satu arahan sahaja
::: di luar air & di dalam air [seperti getaran suara]. Jadi kalau banyak gajah & banyak arahan pelatih yang
::: berbeza dalam air, gajah boleh pening daa.. [huhuhu].. kena faham tuh..

Orang Asli Che Wong
Deerland Bukit Rengit

::: Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ini dalam proses penambahbaikan; banyak pembinaan dibina
::: antaranya bangunan pentadbiran & pusat interpretasi yang baru, tempat letak kenderaan yang sempurna
::: & tempat aktiviti gajah yang lebih luas [ketika lawatan aku itu]. Tidak jauh daripada pusat ini, jangan lupa
::: untuk singgah ke perkampungan Orang Asli Che Wong. Aku dapati perkampungan mereka ini tidak
::: disedari oleh pelawat-pelawat Pusat Konvervasi walaupun terletak di hadapan pintu masuk utama.
::: Mungkin tidak ada promosi yang kuat daripada mana-mana pihak. Uniknya Orang Asli Che Wong ini,
::: walaupun ada sedikit kemodenan tapi kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Melayu. Bahasa mereka
::: mirip bahasa Siam. Antara perkataan yang aku belajar ialah 'salam terengge' bermaksud 'selamat pagi'.
::: Mereka juga agak pemalu dengan orang luar. Usaha daripada pihak Kerajaan, telah membawa masuk
::: 'cikgu' untuk mengajar mereka Bahasa Melayu & cara-cara mencari sumber rezeki dengan penjualan
::: barangan kraf hasil buatan mereka. Gambar di atas dirakam di Pusat Kraf Orang Asli Che Wong yang
::: diusahakan oleh cikgu mereka. Murni tul usaha cikgu tuh..

::: Di antara Pusat Konservasi & IBD, terdapat destinasi pelancongan milik persendirian, iaitu Deerland di
::: Bukit Rengit. Seperti namanya, tarikan utamanya ialah rusa-rusa jinak yang boleh dihampiri, dipegang &
::: diberi makan seperti di gambar atas. Cara unik untuk memberi makan ialah dengan mengangkat tangan
::: yang ada makanan tinggi-tinggi & rusa akan berdiri 2 kaki untuk mengambil makanan tersebut. 1st time
::: aku bagi makan kat rusa & 1st time aku dikelilingi dengan rusa yang banyak.. Semuanya kerumun nak
::: makan roti [huhuhu].. Best lerr.. Selain itu, di Deerland juga ada beruang [sun bear] yang jinak, ular,
::: burung, tikus belanda, monyet & kemudahan-kemudahan lain seperti pakej perkhemahan yang menarik.

:::  for more information, please click at words in green.

~  pengalaman yang best !