Go Top

Saturday, February 6, 2010

Sabak Bernam

Serenity Sabak Bernam
~ Sungai Bernam, Sabak Bernam, Selangor

::: Minggu lepas, aku jalan-jalan ke daerah Selangor iaitu Sabak Bernam untuk berjumpa dgn sabahat lama
::: yang berkerja di sana.. Sebelum ini sahabat aku ada bercerita tentang betapa tenangnya Sabak Bernam
::: dengan suasana desa yang aman damai.. Betul ker? Persoalan di fikiran aku akhirnya terjawab setibanya
::: aku di daerah ini.. ahhh memang tenang sungguh.. Best jugak Sabak Bernam nih ya.. [huhu] kehidupan
::: di sana seakan dalam masa yang diperlahankan yang membuatkan aku tersedar selama ini kebanyakan
::: manusia mengejar duniawi semata-mata untuk pangkat & wang.. tetapi di daerah tersebut, yang penting
::: adalah hati & jiwa yang tenang.. Rasa nak tinggal lebih lama di sana bersama-sama sahabat aku, sayang-
::: nya, ada urusan perkahwinan saudara yang perlu ada hadiri di KL.. emmm balik semula di kota.. kini aku
::: berada di JB, dan tatkala melihat foto di Sabak Bernam, jiwa ini tersentuh lagi.. [huhu] bersastera aku..

::: Mengikut sumber lisan, asal usul nama Sabak Bernam berasal dari perkataan Sebab Berenam yang
::: mengisahkan tentang 6 sahabat dalam perjalanan menyusuri sungai tetapi dihalangi sebatang kayu yang
::: merentangi sungai tersebut. Dengan ikhtiar 6 sahabat tersebut akhirnya kayu itu dapat dialihkan. Disebab
::: kan peristiwa tersebut tempat terbabit akhirnya dinamakan sbg 'Sebab Berenam' & akhirnya berubah
::: menjadi Sabak Bernam. Penduduk awal daerah Sabak Bernam ini asalnya terdiri daripada orang-orang
::: 'Bajau Laut' namun pada hari ini telah berkembang pesat & dihuni oleh masyarakat yang terdiri daripada
::: berbilang kaum. Sejak abad ke-17 Sabak Bernam telah dikenali sbg sebuah jajahan di negeri Selangor.
::: Interesting story about friendships & great place to have a pleasant serenity of life..
~

13 comments:

DrSam said...

nice photos. The first one very dramatic. Good history write up bro.

KNizam said...

makin hebat gambat ko zul. hehe :)

Mohd Hafizd said...

sabak bernam = serembem pon ok~ hihi

aman damai suasananyer kan...i liikkkee~

lme tak hupdate yerr.. =)

~~~ kay ~~~ said...

salam,
pretty nice and cool photos!

pu3 balqis said...

best2... rindu malaysia yang teramat..
=(

ecah said...

mcm selalu..pic encip mmg besh.. saya da tuka l ink..

FarEast said...

info baru ni ... tak pernah tau psl kisah sabak bernam tu

Useriez said...

nice pic~

azah said...

xpenah lg g sabak bernam walopun dkt ngan tg.malim....
cantekk sky =)

iza~de~bintang said...

Seperti biasa, gambar awak sungguh memikat hati ini huhu... tenang sungguh, lengkap dengan sejarah :)

jeff said...

>> mmg dah berkurun tak ke sabak bernam ni bro...
>> masa kecik kecik dulu selalu gak sebab sedara mara arwah ayah ramai kat sini...
>> rasanya sekarang dah tentu banyak perubahan berbanding masa tu...
>> entah entah sawah padi pun dah tak sebanyak dulu...

ouled kenitra said...

versi yang saya dengar sewaktu melawat SB dulu, sabak itu adaklah dapur tempat membakar yang dipounyai oleh enam sahabat. wallahu aalam mungjkin dua2 betul

~~~ kay ~~~ said...

salam,
HAPPY CNY everyone!!!!
Hv a great holiday & for those driving back to their home town...remember! drive safely.
(^_^)

Post a Comment

Please state your name & URL. Anonymous will be deleted. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Penafian: Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan gambar dari laman blog ini. /
Terms and conditions: The owner of this blog irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information / photo displayed and application offered of this blog.