Sunday, March 28, 2010

Danga Bay

Danga Bay - marina club

::: Another sunset in JB, this time at Danga Bay. Termasuk dlm Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia,
::: Danga Bay merupakan bandar air / waterfront perdana dalam projek Iskandar di Johor. Pembangunannya
::: melibatkan campuran hartanah tempat tinggal & komersil sepanjang 25km pantai Selat Tebrau Johor &
::: seluas anggaran 450 ekar tanah. Aku tak pasti bila Danga Bay ini mula-mula dibina & mendapat perhatian
::: warga JB, tapi seingat aku mungkin dalam tahun 2004-2006. Ketika itu Danga Bay terkenal dengan pusat
::: waterfront yang kini dikenali sebagai Marina Club seperti gambar di atas. Rekabentuk dalaman & luaran
::: bangunannya yang hampir sama dengan KLIA, memang mempesonakan. Dahulu, di situ terdapat food
::: court tempatan pelbagai jenis masakan termasuklah nasi campur, best jugaklah.. kemudian telah dipindah-
::: kan ke perkampungan rumah tradisional Melayu Johor dalam kawasan yang sama. Kalau datang hari ini,
::: jangan lupa singgah makan malam di situ yee.. [huhu] best bila makan kat bawah rumah kampung, dalam
::: rumah kampung atau di wakaf-wakaf comel yang disediakan. Ada gambar, tapi byk kali aku makan di
::: sana aku lupa bawa kamera, guna camera h/p jer, so tak berapa clear lerr sebab waktu malam. Paling
::: menarik, dinner di restoran atas kapal, very nice..

Danga Bay - yacht dock
Danga Bay - sunset cruising

::: Others, tempat membeli-belah seperti di uptown KL atau di Pandan City JB ada di Danga. Pelbagai jenis
::: barangan ada dijual dengan harga yang berpatutan & boleh tawar-menawar. Gerai-gerai ini dibuka pada
::: waktu malam sahaja tetapi untuk shopping pada waktu siang, bolehlah ke Festive Street Mall. Macam
::: -macam ada! [huhuhu]. Kalau waktu bulan Ramadan, lagilah banyak gerai-gerai dibuka di perkarangan
::: tempat meletak kereta di sana. Selain itu, terdapat juga pusat permainan ala karnival seperti merry-go-
::: round 2 tingkat, keretapi comel, flying jumbo, spinning cup dll. Memang mengasyikkan terutama bagi yang
::: mengidam naik merry-go-round yang cantik tuh [hehe] ada gak aku nampak orang ambil gambar merry-go
::: -round ni dari dlm kereta yang berhenti di tepi jalan utama. Oleh kerana Danga Bay terletak di sepanjang
::: pesisir pantai Selat Tebrau, aktiviti air seperti cruise, yacht, seafood, jet ski & luncur air boleh dilakukan.
::: Hari tu aku ambil peluang naik cruise [huhu] dengan harga RM10, masa tuh cruise yang terakhir, dapatlah
::: aku shoot sunset di Selat Tebrau. Apa-apapun, Danga Bay nih, very happening pabila malam menjelang..

Danga Bay - seafood cruise
Danga Bay - merry-go-round
~  semua gambar di sini diambil pada hari yg sama.