Tuesday, March 1, 2011

The Engagement

Engagement Ring

::: Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna walaupun rombongan 'tersasar' mencari rumah tuan
::: punya majlis.. [hehe] Yelah pernah pergi sekali ajer lagipun agak jauh drpd rumah si groom nih [eh sapa?] :P
::: Terima kasih banyak-banyak kpd tuan rumah krn menyediakan majlis yg serba indah [yg tidak disangka-
::: sangka siap dengan khemah & santapan lunch masakan tuan rumah sendiri emm yumm!! mmg sedap!! :)

::: I'm so sorry for being away for a long period of time. Nothing much to say, my mind goes blank whenever
::: something that is so personal. I think my pictures can catch more eyeballs than my own words [huhu].. I
::: appreciate so much for the comments, Q&As, wishes. I'll try my best to reply & to visit u guys next time
::: ASAP.. Thank u so much guys.. :)

Hantaran from Groom to Be's
::: Hantarans from the groom to be's: 7 dulang bertemakan warna ungu lembut & bunga mawar putih..

Hantaran from Bride to Be's
::: Hantarans from the bride to be's: 9 dulang bertemakan warna coklat emas & teddy bear kecil..

~  alhamdulillah.. 

Saturday, January 15, 2011

Penyabong, Mersing

Pantai Penyabung
::: Pada 7-8 Januari 2011, aku menjalankan kajian kecil berkenaan pembangunan di Penyabong, Mersing &
::: kawasan sekitarnya. Aku menginap di Pantai Penyabong Resort yang memberikan kemudahan tempat
::: tinggal yang comel, makanan yang lazat & semestinya pemandangan hadapannya yang begitu cantik.
::: Hadapan resort ini terdapat beberapa buah pulau yang terletak berhampiran satu sama lain malah kelihatan
::: sangat hampir dengan pantai Penyabong. Paling hampir dengan jeti nelayan ialah Pulau Semut dalam
::: jajahan negeri Johor seperti di dalam gambar di atas. Tetapi ada juga sumber yang mengatakan pulau
::: tersebut juga dikenali sebagai Pulau Pelanduk. Tengah-tengahnya ialah Pulau Tengah & Pulau Acheh
::: dalam jajahan negeri Pahang. Di Pulau Acheh, terdapat sebuah resort di luar pesisir iaitu Kelong Acheh.
::: Di sinilah ramai kaki pancing menginap sambil memancing.

Pantai Penyabung
::: Penyabong, menurut cerita mendapat nama daripada mainan orang-orang dahulu kala iaitu menyabung
::: ayam & ada juga cerita yang mengisahkan lanun-lanun yang singgah di situ turut menyabung orang! [huhu]
::: Tak tahulah benar atau tidak, tapi memang ada tempat dinamakan Pantai Lanun tidak jauh dari pantai
::: Penyabong di Kampung Penyabong Pantai ini. Pantai Lanun pula mendapat nama daripada singgahan
::: lanun di situ & dipercayai menyimpan hasil rompakan dengan menanamnya di kawasan pantai. Pantai
::: Penyabong biasanya tidak dijadikan tempat bermandi-manda, hanya Pantai Lanun sahaja yang dibolehkan.
::: Tetapi sebelum itu, pastikan keadaan tempat & ombak membenarkan kita melakukan aktiviti di situ. Pada
::: waktu aku ke sana, musim tengkujuh, jadi air lautnya agak keruh & sedikit bergelora.

Penyabung & Teriang Besar
::: Perkampungan di Penyabong iaitu Penyabong Pantai & Penyabong suasananya aman tenteram. Kalau
::: naik motor/basikal memang best. Tidak ramai pelancong pada musim hujan ini, kebanyakannya Penyabong
::: hanyalah tempat laluan untuk ke Pulau Acheh semata-mata. Tetapi penduduk kampung di sini sangatlah
::: peramah & mesra dengan orang luar. Mereka juga berusaha meningkatkan hasil ekonomi terutama dalam
::: sektor pertanian selain bekerja sebagai nelayan & pengusaha keropok lekor. Antaranya seperti ladang
::: penanaman rumput rampia untuk ternakan lembu. Begitu juga di Teriang Besar seperti ladang kelapa
::: sawit diusaha secara berkelompok antara penduduk kampung. Terdapat juga aktiviti berbentuk sukan
::: rakyat yang diadakan setiap tahun di Sungai Teriang Besar seperti acara berakit dari hulu ke muara yang
::: secara tidak langsung menggamit kedatangan pelancong tempatan di kalangan pelajar IPT Malaysia.
::: Bantuan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) & DiGi
::: seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) [ website ] juga dibina bertujuan memberi pendedahan
::: komputer & internet kepada penduduk di situ.

Mersing
::: Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang
::: berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum
::: ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan
::: tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing. Cerita lain ialah dari peristiwa
::: seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana
::: Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya. Untuk
::: memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan
::: kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang
::: menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk
::: di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya
::: dalam lagu Seri Mersing.

Masjid Mersing, METIC & Air Papan
::: Mersing juga sebuah bandar yang tenteram. Menjadi tumpuan pelancong yang ingin mengunjungi Pulau
::: Tioman & pulau-pulau yang berdekatan. Mersing kini telah mengorak langkah dalam usaha memajukan
::: pembangunan ekonominya & mengubah statusnya sebagai tempat laluan ke Pulau Tioman kepada tempat
::: tumpuan utama pelancong. Antaranya mengindahkan pantai Mersing dengan binaan Dataran Pulau, tempat
::: rekreasi & riadah, dataran di sepanjang Sungai Mersing & muaranya. Di sini juga terdapat Kem Iskandar
::: (kem tentera), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sek. Men. Sains Sultan Iskandar, Kem PLKN &
::: Politeknik Mersing yang bakal menambah nilai ekonomi setempat & menambahkan kepadatan penduduk
::: seterusnya memangkinkan lagi kedatangan pelancong dalam menggunakan kemudahan yang dirancang oleh
::: pihak Majlis Daerah Mersing [ website ]. Di kunjungan aku di Mersing sempat aku bersolat Jumaat di
::: Masjid Besar/Jamek Mersing di atas puncak bukit & mempunyai panorama bandar, muara, laut &
::: pulau-pulau yang sungguh indah..

~  another beautiful places in Johor!