Saturday, April 25, 2009

Laut Merah & Jeddah, Arab Saudi

lautmerah2

::: Laut Merah ( بحر الأحمر ) merupakan salah satu laut di Arab Saudi selain Teluk Parsi di
::: Timur. Laut Merah juga adalah sebuah teluk di sebelah barat Jazirah Arab yang memisahkan
::: benua Asia dengan Afrika. Di utaranya terdapat Semenanjung Sinai, Mesir & Terusan Suez.
::: Laut ini tidaklah berwarna merah tetapi dipanggil 'merah' kerana pd waktu2 tertentu sejenis
::: bakteria (Archabactera) 'trichodesmium erythraeum' berkembang menjadi merah. Bapa
::: saudara saya pernah menceritakan beliau melihat laut merah ini berwarna merah ketika
::: berada di atas bukit. Selain bakteria, ada juga pendapat mengatakan terdpt sebuah bukit yg
::: mengalirkan mineral yg berwarna merah ke Laut Merah ini. Menurut ketua rombongan
::: saya pula, Laut Merah mendapat namanya kerana paras airnya yg cetek [huhu] macam2
::: jenis teori ya.. Laut Merah juga terkenal dgn peristiwa Nabi Musa as ( نبي موسى‎ ) membelah
::: laut dgn tongkat untuk menyeberangi laut dari Mesir ke Tanah Arab menyelamatkan
::: kaumnya daripada tentera Firaun yg sedang mengejar.

lautmerah1

::: Di pinggir Laut Merah, Jeddah ini terdapat sebuah masjid yg terkenal dgn jolokan namanya
::: Masjid Terapung. Dikatakan juga masjid pertama yg dibina secara terapung kemudian
::: diikuti oleh masjid2 di lain negara seperti Masjid Terapung Zaharah di Terengganu. Masjid
::: Terapung di Jeddah ini dikenali sebagai Masjid Al-Rahmah yg sebelum ini dipanggil
::: sebagai Masjid Al-Zahrah, bersempena nama puteri Rasulullah saw ( محمّد ), telah
::: menjadi tempat ikon bagi golongan syiah untuk berkumpul sehingga wujudnya beberapa
::: konflik. Oleh kerana itu kerajaan Arab Saudi menukarnya kepada Al-Rahmah. Sejak itu
::: golongan syiah kurang mengunjungi masjid tersebut. Saya lihat air Laut Merah di Masjid
::: Terapung bersih, jernih & berbatu2 kecil. Ada di kalangan member blogger yg telah mandi &
::: snorkelling di Laut Merah spt bro Ghazali di blognya: ghazaaz.blogspot.com bolehlah klik
::: untuk baca pengalaman beliau.

jeddah1

::: Jeddah ( جدّة ) bermaksud 'nenek' iaitu merujuk kepada Hawa yg diturunkan oleh Allah
::: swt dari syurga. Di sini juga terdapat makam Hawa yg boleh dikunjungi. Jeddah merupakan
::: bandar yg kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh. Juga merupakan pintu masuk bagi
::: mereka yg ingin mengerjakan haji & umrah. Jarak antara Jeddah ke Madinah lebih kurang
::: 6 jam, manakala Jeddah ke Mekah lebih kurang 2 jam jika menaiki bas. Sepanjang perjalanan
::: ke Jeddah, mmg mengejutkan apabila melihat bandarayanya dipenuhi dengan pokok2 &
::: rumput hijau yg subur. Di pinggiran jalanraya juga dihiasi dengan pokok2 bunga yg berwarna
::: -warni & mekar berkembang [huhu] amazing leer! Saya perasan ada saluran paip di setiap
::: pokok yg ditanam di Jeddah.. Tak kurang juga hebat bangunan skyscrapper & arca yg cantik.

unta1

::: Best juga ya dapat lihat unta2 liar di padang pasir Arab Saudi [huhu] mcm kat safari ajer
::: rasanya, mmg banyak betul unta! Yang dah mati jadi bangkai pun ada.. Saya tengok bentuk
::: muka bumi Arab Saudi ini byk dilitupi batu2 besar berwarna hitam & kelabu mcm kat kwsn
::: construction atau kuari. Padang pasirnya susah nak nampak kecuali berhampiran dengan
::: Jeddah.. Terdapat juga padang rumput kuning savana mcm kat Afrika tuh.. very niceee view
::: Ada juga monyet spesis 'baboon' kat sana yg saya nampak di sepanjang highway. Pelik rasa
::: mcm manalaa monyet nih boleh hidup kat gurun nih ya.. Ramai pula org berhenti kereta
::: untuk beri makan kat monyet ini.. sayang tak sempat saya nak shoot sbb saya dlm bas..

kolajlawatan
~ klik di perkataan2 berwarna utk maklumat lanjut.

Thursday, April 23, 2009

Qatar Airways, Doha Qatar & King Abdulaziz International Airport

umrah-selfportraitx
::: Kami sekeluarga telah memilih pakej umrah daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
::: yang menawarkan harga berpatutan, tak sampai pun RM5000.. mungkin disebabkan
::: pakej tersebut menggunakan penerbangan Qatar Airways yang lebih murah tiketnya
::: berbanding Malaysia Airlines. Terdapat 1 transit di Doha, Qatar selama 6 jam sebelum
::: berlepas ke Jeddah. Sama juga dengan penerbangan pulang ke Malaysia. Tempat tinggal
::: kami di Madinah & Mekah pun bukanlah 5 bintang, tapi alhamdulillah cukup selesa &
::: agak berdekatan dengan Masjid Nabawi ( المسجد النبوي ) & Masjidil Haram ( المسجد الحرام ).

qumrahkolajjeddah
qumrahkolajdoha
qumrahkolajqatar

::: Pada [6/4/2009] jam 3.35am, saya menaiki penerbangan Qatar Airways berlepas ke Doha,
::: Qatar. Qatar Airways memang best, selain bacaan doa perjalanan sebelum berlepas, Qatar
::: Airways turut memberi cenderahati kepada penumpangnya seperti kain tutup mata [untuk
::: tidur], stokin, earphone, toothpaste/brush dalam satu beg kecil. Bukannya saya tidak pernah
::: menaiki kapal terbang sebelum ini, tapi kebetulan kawan officemate saya pun menunaikan
::: umrah 2 minggu awal daripada saya, telah menaiki penerbangan Malaysia Airlines & apabila
::: kami bertukar2 cerita balik dari umrah, katanya Qatar Airways 'lebih macam2 ada' [huhu]..
xDSC00419
::: Transit di Doha Qatar International Airport selama 6 jam [huhu] memang lama. Kemudian
::: berlepas ke Jeddah & tiba di King Abdulaziz International Airport jam 3.30pm. Perbezaan
::: yang paling ketara antara Malaysia & negara Timur Tengah ini adalah kawasan sekitar
::: airportnya yang berpasir & berbatu2.. coklat & kuning ajer pemandangannya [hehe].. very
::: interesting to see all the differences between Malaysia & middle east countries. Niceee..
~ gambar saya tgh tido sopan tuh [paling atas] captured by my brother..

Monday, April 20, 2009

Umrah

umrah-penantian
::: Assalamualaikum semua [huhu] seperti yg telah dimaklumkan ketiadaan 'saya'
::: di ruangan ini selama 2 minggu dari 6 hingga 18 April 2009, saya telah selamat
::: berangkat ke Madinah - Mekah & pulang ke Malaysia daripada menunaikan fardhu
::: umrah wajib ke atas diri saya.. alhamdulillah.. terkejut juga apabila mula online,
::: banyak pula komen daripada kawan-kawan.. terima kasih ya.. [huhu] insya-Allah
::: jika ada kelapangan, saya akan balas.. *Gambar di atas dirakam semasa berada
::: di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar ketika 'transit' untuk ke Jeddah.
~