Tuesday, August 31, 2010

Malaysia 53

Merdeka 53 - Menara Aqabah

::: Salam Kemerdekaan Malaysia ke-53.. Kali nih lambat pula aku upload entry kemerdekaan [huhuhu] aku
::: guna alasan yang sama: busy lerr.. [hehe] aku dilantik untuk mengemaskini laman sesawang jabatan aku..
::: pening juga nak membiasakan diri dengan software opis aku dan alhamdulillah semuanya dah ok, cuma
::: sekarang aku perlu sentiasa up-to-date apa yang perlu. Lega, bolehlah aku rasa merdeka sikit [huhu]..

::: Bagaimanalah agaknya sambutan merdeka tahun nih? Semalam tunggu juga detik 12 tengah malam, tapi
::: tak ada apa-apa pun di tv, hanya konsert Faizal Tahir di 8tv yang aku tengok. Itupun separuh ajer, sebab
::: aku sibuk melayan editing gambar-gambar aktiviti jabatan. Walaupun begitu, aku sentiasa berasa bertuah
::: menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa menghargai sejarah kemerdekaannya. Tak kiralah apa yang berlaku,
::: suasana persekitaran yang aman harmoni serta kemeriahan keluarga, rakan taulan dan keunikan masakan
::: di negara ini, antara perkara-perkara yang sukar ditinggalkan atau dilupakan begitu sahaja. Walau di mana
::: kita berada, Malaysia tetap di hati..

::: Baru-baru nih, aku telah ditag oleh Eryne. So, aku sertakan sekali untuk entry kali ini. Berikut adalah
::: soalan dan jawapan tag tersebut:

::: Soalan 1: Adakah anda rasa HOT? [hehe] mengancam soalan nih! Setiap manusia perlukan self-esteem
::: tertentu, antaranya ialah menghargai ciptaan Illahi dengan kurniaanNya terhadap diri sendiri. Sesekali
::: apabila melihat cermin, aku akan berkata, wahhh hensemnyer aku! [hahaha] tapi yang banyak kalinya,
::: aku akan berkata bukannya hensem sangat pun! [hehehe].. Apa-apapun, aku suka aku! [huhu]..

::: Soalan 2: Upload wallpaper PC / laptop yg anda gunakan sekarang? Seperti di bawah..

Merdeka 53 - Tag

::: Soalan 3: Kisah di sebalik gambar ini? Sempena hari kemerdekaan, aku jadikan hasil karya editing Jalur
::: Gemilang yang pernah aku bina sewaktu dahulu di FotoPages dan diuploadkan juga di blog ini untuk entry
::: bulan kemerdekaan negara pada tahun 2007. [ link ]

::: Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA? Tak ingat ler, maybe awal tahun agaknya.. aku suka beli pizza saiz
::: medium. Biasanya aku beli 2 [hehe] sebab kalau 1 jenis rasa, nanti cepat muak pula dan aku habis makan
::: selama 2 hari [huhu]..

::: Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar? The Script - The Man Who Can't Be Moved [Airto Cover] [ link ]

::: Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih? Dengar lagu daripada blog aku sendiri [hehehe] so
::: lagu The Script tuh yang paling terkini aku dengar.. sambil-sambil itu aku minum air kosong [huhu] kenalah
::: minum air banyak-banyak, esok taklah kering bibir atau terkena ulser mulut.. err..

::: Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? Encik Zul [hehehe] jangan marah..

::: Soalan 8: 5 rakan bloggers anda secara random: (1) Fareast (2) Azah (3) Bro Jeff (4) Eryne (5) Knizam.

::: Soalan 9: Siapa orang no. 1? Kawan lama di sini. Minat kami sama terutama dalam seni fotografi ini..
::: Aku banyak belajar daripada Fareast dan kami saling mengikuti perkembangan blog masing-masing walau
::: pun sekadar intai-intai celah tingkap ajer.. [hehehe]..

::: Soalan 10: Katakan sesuatu kepada orang no. 5? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Pengalaman bertugas di luar negara membuatkan blog Knizam seperti membaca majalah National
::: Geography. Ikutkan blog beliau, rasanya rumah kami di KL macam dekat-dekat [huhu]..

::: Soalan 11: No. 3 ada hubungan apa dengan siapa? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Beliau adalah orang paling rajin memberi komen di setiap entry aku pada masa dahulu.. Cepat pula tuh
::: beri komen, asal ada entry baru jer, mesti Bro Jeff antara orang paling awal singgah [hehehe]. Lately nih
::: busy kot..

::: Soalan 12: Bagaimana pula dengan no. 2? Kawan lama di sini sejak di FP. Azah nih rajin tul lukis 'doodle'
::: iaitu kartun-kartun yang dilukis secara terus. Memang hebat, aku pun suka gak buat benda-benda macam
::: tuh, cuma aku malas ajer [haha]. Sekarang nih Azah semakin hebat bermain gitar.. Boleh kalah Yuna ni..

::: Soalan 13: Kata-kata cinta dengan orang no. 4? Ngakk boleh, Eryne udah punya suami [hehehe]. Eryne
::: pun kawan lama sejak di FP. Ada banyak blog, tapi blog Precious Moment tuh yang aku suka baca sebab
::: kisah kehidupan hari-hari beliau tuh kadang-kadang sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan aku
::: [hehe].. Thanks Eryne for tagging me..

::: Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu tentang rakan bloggers yang anda pilih. (1) Kawan lama (2)
::: Kawan FP (3) Kawan blog (4) Selalu singgah (5) Hobi / minat yang sama [hehe] jawapan selamat ker?

~ 1Malaysia Menjana Transformasi Selamat Hari Merdeka!

Friday, August 13, 2010

Breaking Fast @ Home

::: Alhamdulillah selamat berbuka semua.. Hari Rabu the 1st day of Ramadan, tak rasa macam letih sangat sebab di Johor cuti
::: umum. Hujan dari pagi sampai malam, jadi banyak berlingkar atas katil sajalah [huhu]. Lagi pun sahur & berbuka masak sendiri,
::: wah.. rajinnya aku [hehe] alaa masak nasi & sardin sahaja.. 2nd day baru terasa sebab dah mula bekerja, dah rutin setiap pagi,
::: hari biasa sarapan dengan member, siang itu sudah terasa lapar.. Pergilah bazaar Ramadan, konon-kononnya nak rasa suasana
::: meriah berbuka puasa. Apabila berbuka, tak sedap pula makanan yang aku beli. Doki [apam balik mini] intinya tiada langsung,
::: apa raa.. Bagaimanamanapun aku bersangka baik, ramai peniaga bazaar bukan tukang masak harian, dibukanya gerai pada
::: bulan Ramadan semata-mata, aku faham. Jadi hari ini, aku pergi pula ke restoran biasanya aku pergi & bungkus apa yang aku
::: biasa makan setiap hari.. Selepas itu, aku jogging di taman rekreasi, wah.. macam hebat pula [hehe]. Ada yang tegur, jangan
::: over, nanti pengsan pula. Terpaksa jogging, sebab sehari sebelum bulan puasa, aku dah tibai 2 bungkus KFC, so teori aku, kalau
::: dah makan banyak, kenalah exercise, mesti diseimbangkan. Sebab itulah aku tak suka makan banyak, nanti aku kena exercise,
::: malas betul. Sampai di taman rekreasi, eh ramai pula yang jogging.. perempuan bertudung pun jogging. Ini yang membuatkan
::: aku bertambah bersemangat [huhu]. Lagi pun aku jogging satu pusingan tasik, dah memadai, asalkan exercise. Okay lah itu..

Breaking Fast @ Home

::: Balik rumah aku siap-siap makanan untuk berbuka. Sambil-sambil itu teringat balik discussion aku dengan officemate wanita
::: sebelum itu. Menurut survey aku, semua wanita bergelar isteri ini, gemar memasak berbanding beli di bazaar.. beruntungnya
::: dapat isteri macam itu. Mulalah aku berangan ada orang tolong masakkan untuk aku, tak pun awek hantar makanan di depan
::: rumah, best pula ya [hehehe].. Tiba-tiba ada orang bagi salam, siapalah gerangan ini ketika orang sibuk hampir berbuka. Rupa-
::: rupanya jiran belakang hantar makanan: sup daging beserta nasi panas lagi! [hahaha] nampak sangat orang lain kasihan tengok
::: orang bujang macam aku ini, makan atau tak [hehe]. Biasalah adat orang bujang, balas balik dengan tupperwear kosong dah
::: berbasuh sahaja [huhuhu].. Tak sempatlah nak beli. Insya-Allah esok-esok aku beli KFC bucket, aku beri kepada jiran aku yang
::: baik hati itu. Belum azan lagi, aku dah rasa excited pula nak merasa makanan, aku pun tuang air dalam mug, selamba sahaja
::: aku terus minum [hahaha] terminum! Rezeki aku, alhamdulillah [hehehe].. Itulah cerita aku pada hari ini. Sekian.

~ Sweeeet!  Selamat berbuka! [huhu]..

Monday, August 9, 2010

Ramadan 1431 Hijrah

Ramadan 1431 Hijrah - Masjid Jamek Pasir Gudang
::: Gambar di atas diambil di tasik Pasir Gudang berhampiran Bukit Layang-Layang, tempat penganjuran
::: Festival Layang-Layang Antarabangsa. Pemandangan menghadap Masjid Jameknya memang cantik.
::: Masjid nih luaran jer nampak besar, tapi sebenarnya mempunyai luas dalaman yang kecil sahaja, ibarat
::: Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Paling best masjid ini aku rasa, tempat meletak kenderaan & tempat
::: berwuduk sangat dekat dengan pintu utama bangunan masjid. Dahulu Masjid Jamek Pasir Gudang ini
::: pada waktu malam dihiasi dengan lampu-lampu neon kecil berwarna kuning [ klik sini ], kini digantikan
::: dengan lampu suluh besar berwarna putih dari tanah. Tasik tersebut pula biasanya tempat aku berjogging
::: apabila ada kelapangan [hehehe].. Memang kawasan ini mempunyai pemandangan sangat cantik..

::: Alhamdulillah.. Ramadan kembali lagi, memang tertunggu-tunggu nikmat & keseronokan bulan Ramadan
::: ini. Semoga di bulan keberkatan ini, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah yang biasanya kita lalai.
::: Sabda Rasulullah saw: ‘3 doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi
::: & orang yang bermusafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

~  Salam Ramadan semua.. selamat berpuasa & berterawih..