Sunday, March 22, 2009

Homestay Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor

[31-Oct-2008]

::: Selepas Raya Aidilfitri, banyak jugak kerja luar yg dibuat.. antaranyer ialah program homestay
::: di Tanjung Piai, Kampung Serkat, Pontian, Johor pada [17-19/10/2008].. Walopon 3 hari
::: sahaja, tetapi pengalaman indah & bermanfaat di sana sukar diperolehi di mana2.. melainkan
::: mereka yg telah melaluinyer.. Tidak sama homestay kampung aku di Melaka; di Tg. Piai, Johor,
::: mempunyai lebih byk pengalaman & tarikan2 menarik yg boleh dilawati utk peserta2 homestay..
::: Idea utk ke homestay timbul apabila sahabat aku & aku menghadiri bengkel program Anugerah
::: Pelancongan negeri Johor.. berkesempatan berjumpa dgn pelbagai org2 kuat pelancongan negeri
::: Johor.. & daripada situlah kami mengenali Cikgu Aziz..

Homestay-Tg-Piai-1
Cikgu-Aziz-ketika-berbual2-dgn-kami

::: Ayah angkat kami dikenali sebagai Cikgu Aziz [Encik Aziz Samad] merupakan antara org kuat di
::: Homestay Tg. Piai.. beliau juga adalah presiden Pengusaha2 Homestay di negeri Johor.. beliau
::: sangatlaaa peramah & rajin dlm menyediakan kemudahan & keselesaan buat kami semua..
::: Di Tg. Piai, terdapat lebih kurang 30 pengusaha homestay [atau lebih] yg berasa seronok dgn
::: kedatangan kami.. Setibanyer di sana, bermacam2 acara telah dirancang dihidangkan antaranyer
::: makan malam sambutan Hari Raya & juga tarian tradisional oleh anak2 penduduk Kg. Serkat..

Homestay-Tg-Piai-3


::: Malam tuh plak kami dibawa sekitar Tg.Piai Resort utk melihat kunang2 atau api2 [fireflies] & ada
::: juga mengambil kesempatan memancing bersama2 ibubapa angkat.. Esok paginyer kami ke Tmn.
::: Negara Tg. Piai iaitu terkenal dgn tarikan 'titik lokasi penghujung benua Asia'.. Sebelah petang kami
::: pula membalas jasa ibubapa angkat dgn aktiviti gotong royong & mengindahkan kawasan sekitar
::: rumah Cikgu Aziz, nadi pusat utk semua aktiviti homestay di sana.. Hari berikutnyer plak, aktiviti
::: demostrasi memasak, bersolek, gubahan bunga, ukiran buah disediakan oleh pihak peserta utk
::: penduduk Kg. Serkat..

Homestay-Tg-Piai-2
peserta-pengusaha-homestay-bergambar-buat-kenangan

::: Terima kasih Cikgu Aziz di atas kesudian cikgu menerima kedatangan kami.. kami berasa sangat
::: seronok ketika berada di sana.. terima kasih segala2nyer, semoga berjumpa lagi pd masa akan dtg..
~
::: Utk info, bolehlaa lawati / klik laman web Virtual Malaysia @ menelefon Johor Tourism (JOTIC)
::: Entry Tanjung Piai & Kukup juga pernah disiarkan di FP aku sebelum ini.. Klik perkataan2 bergaris..

::: complete FP pictures: http://reactivatezul.fotopages.com/?entry=1719121
::: more INFO click: Malaysia Backpackers Destination and Homestay
::: or call Cikgu Aziz Samad at (+607) 696 0220 / +6012-750 2140
::: or call Homestay Coordinator, En. Hamjat Hj. Idris at (+607) 696 0389

1 comment:

  1. cantik lah pic mangroove nih
    pandai lah Bro Zul amik gambar
    hijau daun terserlah btul!

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!