Saturday, April 25, 2009

Laut Merah & Jeddah, Arab Saudi

lautmerah2

::: Laut Merah ( بحر الأحمر ) merupakan salah satu laut di Arab Saudi selain Teluk Parsi di
::: Timur. Laut Merah juga adalah sebuah teluk di sebelah barat Jazirah Arab yang memisahkan
::: benua Asia dengan Afrika. Di utaranya terdapat Semenanjung Sinai, Mesir & Terusan Suez.
::: Laut ini tidaklah berwarna merah tetapi dipanggil 'merah' kerana pd waktu2 tertentu sejenis
::: bakteria (Archabactera) 'trichodesmium erythraeum' berkembang menjadi merah. Bapa
::: saudara saya pernah menceritakan beliau melihat laut merah ini berwarna merah ketika
::: berada di atas bukit. Selain bakteria, ada juga pendapat mengatakan terdpt sebuah bukit yg
::: mengalirkan mineral yg berwarna merah ke Laut Merah ini. Menurut ketua rombongan
::: saya pula, Laut Merah mendapat namanya kerana paras airnya yg cetek [huhu] macam2
::: jenis teori ya.. Laut Merah juga terkenal dgn peristiwa Nabi Musa as ( نبي موسى‎ ) membelah
::: laut dgn tongkat untuk menyeberangi laut dari Mesir ke Tanah Arab menyelamatkan
::: kaumnya daripada tentera Firaun yg sedang mengejar.

lautmerah1

::: Di pinggir Laut Merah, Jeddah ini terdapat sebuah masjid yg terkenal dgn jolokan namanya
::: Masjid Terapung. Dikatakan juga masjid pertama yg dibina secara terapung kemudian
::: diikuti oleh masjid2 di lain negara seperti Masjid Terapung Zaharah di Terengganu. Masjid
::: Terapung di Jeddah ini dikenali sebagai Masjid Al-Rahmah yg sebelum ini dipanggil
::: sebagai Masjid Al-Zahrah, bersempena nama puteri Rasulullah saw ( محمّد ), telah
::: menjadi tempat ikon bagi golongan syiah untuk berkumpul sehingga wujudnya beberapa
::: konflik. Oleh kerana itu kerajaan Arab Saudi menukarnya kepada Al-Rahmah. Sejak itu
::: golongan syiah kurang mengunjungi masjid tersebut. Saya lihat air Laut Merah di Masjid
::: Terapung bersih, jernih & berbatu2 kecil. Ada di kalangan member blogger yg telah mandi &
::: snorkelling di Laut Merah spt bro Ghazali di blognya: ghazaaz.blogspot.com bolehlah klik
::: untuk baca pengalaman beliau.

jeddah1

::: Jeddah ( جدّة ) bermaksud 'nenek' iaitu merujuk kepada Hawa yg diturunkan oleh Allah
::: swt dari syurga. Di sini juga terdapat makam Hawa yg boleh dikunjungi. Jeddah merupakan
::: bandar yg kedua terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh. Juga merupakan pintu masuk bagi
::: mereka yg ingin mengerjakan haji & umrah. Jarak antara Jeddah ke Madinah lebih kurang
::: 6 jam, manakala Jeddah ke Mekah lebih kurang 2 jam jika menaiki bas. Sepanjang perjalanan
::: ke Jeddah, mmg mengejutkan apabila melihat bandarayanya dipenuhi dengan pokok2 &
::: rumput hijau yg subur. Di pinggiran jalanraya juga dihiasi dengan pokok2 bunga yg berwarna
::: -warni & mekar berkembang [huhu] amazing leer! Saya perasan ada saluran paip di setiap
::: pokok yg ditanam di Jeddah.. Tak kurang juga hebat bangunan skyscrapper & arca yg cantik.

unta1

::: Best juga ya dapat lihat unta2 liar di padang pasir Arab Saudi [huhu] mcm kat safari ajer
::: rasanya, mmg banyak betul unta! Yang dah mati jadi bangkai pun ada.. Saya tengok bentuk
::: muka bumi Arab Saudi ini byk dilitupi batu2 besar berwarna hitam & kelabu mcm kat kwsn
::: construction atau kuari. Padang pasirnya susah nak nampak kecuali berhampiran dengan
::: Jeddah.. Terdapat juga padang rumput kuning savana mcm kat Afrika tuh.. very niceee view
::: Ada juga monyet spesis 'baboon' kat sana yg saya nampak di sepanjang highway. Pelik rasa
::: mcm manalaa monyet nih boleh hidup kat gurun nih ya.. Ramai pula org berhenti kereta
::: untuk beri makan kat monyet ini.. sayang tak sempat saya nak shoot sbb saya dlm bas..

kolajlawatan
~ klik di perkataan2 berwarna utk maklumat lanjut.

16 comments:

  1. jeddah suda majulee...
    sy ske gan gambo bro tgh termenung manje dpn masjid terapung...
    adeeehh makin rindulaa nak pi..sobb sob...
    * ait lagu blog pun da btukar.. lebih majuu!!:)

    ReplyDelete
  2. >> kat jeddah rupanya dia...
    >> patut lama tak update...

    ReplyDelete
  3. salam...

    lama betul nn tak berkunjung ke sini..
    walaupon dah agak terlambat, i wish u salam rindu makkah dan madinah.. rindu nya masih belum hilang lagi kan.. pasti akan teringat sampai bila-bila..

    so happy dapat tengok gambar-gambar masjid terapung jeddah.. rasanya nak tengok lagi gambar-gambar makkah dan madinah.. jangan lupa update ya..

    my full version ada di facebook saje.. tak larat nak maintain kedua2nya... add me in.. rasanya u msti ada fecbook jugakkan :)

    ReplyDelete
  4. thnks bro coz singgah myblog..
    btw thnks jgk sbb comment ya..
    :)
    ur blog bez..
    byk cerita n pic2 yg cantek..
    beznye dpt g umrah..
    alang2 dpt amik pic kt sana..
    cantek2 jer..

    ReplyDelete
  5. ~Waahh, trip yg menarik..
    Ntah bila la agaknya nk dpt p sana..
    Nice series la, ada lg x sambungan dia..?

    (,") BTW, sy pn dok tgh nk siapkn final report ni.. Rakan2 lain semua dlm mood exam..

    ReplyDelete
  6. info yang sangat bagus ni zul!Kalau kamu tak cerita, saya pon tak tahu sejarah mengenai laut merah ni..hehe..terima kasih kerana berkongsi =)
    ohh ada juga masjid terapung kat laut merah ni ye..em nak tnya bro zul la yer..kenapa selepas penukaran nama masjid dari al-Zahrah kepada al-Rahmah golongan syiah dah kurang mengunjungi?owwhh..sebab nama la ekh?

    hee tak tahu plak ada hidupan lain spt baboon kt sana?ingatkan unta jer..tulaa kan..kalau tak pergi..kita tak tahu :P

    ReplyDelete
  7. bro..saya dah bertukar ke Blogspot.FP sudah lama ku tinggalkan..BOIKOT ISRAEL.hehe..tak de lah profesional sangat pon dalam blogspot nih.biasa2 je.semuanya saya amik dalam web.just klik je kat gambar tuh nnt keluar lah.leh lah amik dan paste kan kat blog.hehe.

    ReplyDelete
  8. bro, pengalaman menarik.

    biasanya rumput yg di tanam kat tempat sebegini macam 'fragile' tak buleh orang selalu pijak kalau tak habis gondol balik disebabkan semula jadinya tanah berpasir

    ReplyDelete
  9. Dah sampai ke Mekah rupanya..tahniahler sebab berpeluang

    Nice view kat sana...

    ReplyDelete
  10. mmg cantik suasana dkt unta bersepah-sepah dkt padang tu ;) btol! mmg mcm safari =)

    ReplyDelete
  11. musti perasaan bercampur baur kalau daku sampai disini..huhu.

    >>kat bagan lalalng tu nmpk ada je yg mandi tempoh hari. maknanya blh le mandi manda kot.

    ReplyDelete
  12. Entryku kali ini

    Pergi memancing di tepi kali
    Terbit keringat membasahi dahi
    Menghadapi peperiksaan perit sekali
    Diberi percumapun tak ingin ku tempuhi

    ReplyDelete
  13. hu,....hu...
    cantiknye jedah...
    teringin nak p sana...
    insyaallah....

    ReplyDelete
  14. Baru berkesempatan singgah kesini... Pemandangan yang menarik.. Inshaallah satu hari nanti akan kesana.

    ReplyDelete
  15. Kalau kau terjun dalam laut tu musti best lagi kau cerita!

    ReplyDelete
  16. huermmm... ingat kan kat sana lagi tu ari..takpelah..alhamdulillah selamat sampai tanah air..

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!