
::: Pasir Gudang | 5 April 2012 - Malaysia's Longest Swiss Roll finally made in Johor and this attempt has already
::: recognised by The Malaysia Book Of Records. How cool is that? For us nothing special but for 290 students +
::: 7 lecturers from Tourism & Hospitality Department (JPH) of Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) + - others who
::: are so dedicated involved in the making of this giant event or should I say the longest Swiss roll would definitely be
::: something super special.

::: This Swiss roll atau kek gulung ini berukuran 464.48 meter panjang mengatasi rekod lama iaitu 300 meter panjang
::: dibuat oleh GSC Mid Valley Megamalls sempena ulang tahunnya yang pertama di gedung tersebut pada tahun 2000.
::: Kek gulung yang terkini dibuat sempena Karnival Hospitaliti 2012 anjuran bersama JPH PIS dan Majlis Perbandaran
::: Pasir Gudang bertujuan memperkenalkan institusi ini kepada masyarakat luar terutama kepada bakal pelajar lepasan
::: SPM memlih PIS sebagai pilihan pertama dalam melanjutkan pelajaran di menara gading kelak. Selama 84 jam atau
::: 2 minggu, 980 kek gulung ini dibuat yang kemudian sehari sebelumnya dibakar, dibalut dan disimpan di bilik sejuk
::: seterusnya disusun, disambungkan dengan inti nanas dan berlingkar mengikut meja pada hari acara di Kompleks
::: Pusat Bandar Pasir Gudang. Menariknya, di permulaan susunan kek gulung ini, dihiaskan dengan kepala naga air
::: mengikut kepercayaan kaum cina, bersesuaian dengan tahun naga pada tahun 2012 dan konsep 1Malaysia.
::: Sebahagian kek gulung ini disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Darul Hannan Pasir Gudang dan sebahagian
::: lagi dijual kepada orang ramai.

::: Turut memeriahkan karnival, 2 buah pameran daripada pelajar Pengurusan Pelancongan dan Hotel & Katering
::: yang bertemakan interpretasi pelancongan dan inovasi makanan. Best gak pameran nih sebab cara mereka
::: mempersembahkan gerai mereka sangat menarik perhatian. Antaranya ialah cara mereka menginterpretasikan
::: Sarang Buaya Pasir Gudang, Zoo Johor dan Muzium Nelayan Tanjung Balau dengan idea dan pakej acara yang kreatif.
::: Tak kurang juga, idea menghasilkan makanan baru seperti nugget berherba, sambal hitam berperisa epal etc., macam
::: pelik tapi sedaaapppp tau! [huhu]..

::: Karnival Hospitaliti 2012 ini diriuh-rendahkan lagi persembahan-persembahan pelajar JPH PIS dalam pertandingan
::: JPH English Day yang dibuat juga pada hari yang sama sejurus selesainya majlis pengumuman rekod baharu..
::: Agak terhibur pula apabila pengacara English Day asyik sangat mengulang-ulang ayat "when I say marvellous,
::: you say.." jawapan penonton "awesome" [huhu] entahlah.. tapi budak-budak nih memang suka betullah dengan
::: ayat tersebut sampai aku pun terikut-ikut. Tapi oklah sementara mereka kecoh sana sini, pelajar lain sibuk
::: pula memotong dan mengagih-agihkan kek gulung ke dalam bekas / kotak untuk serahan dan untuk jualan..

~





panjangnya kek gulung tu. dapat rasa tak? :)
ReplyDeleteLama nya encik reactivezul pergi. Dah kahwin belum :))
dah lame tak tgk picture menarik kat blog nie.. :)
ReplyDeleteahaaaaaaaaa... lme nyee tak update...
ReplyDeletesedapnyee ..kekk tuu!!
suka mai blog ni.. kemas & teratur..
ReplyDeletewelcome back!!...ke mana menghilang ni bro...
ReplyDeleteZul, saya dah pindah ke laman baru di http://lensahatikenitra.blogspot.com/
ReplyDeleteyayyyy.. bangga sebab saya antara pelajar yang terlibat dalam pembikinan kek gulung nih.. :)
ReplyDelete