Wednesday, November 25, 2009
Kaabah, Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah مكة المكرمة
::: Alhamdulillah Aidiladha 1430 Hijrah kembali lagi, bagi mereka yang mengerjakan
::: ibadah suci haji & umrah di tanah suci pada tahun ini adalah satu pengorbanan yg
::: mulia di sisi Allah swt dengan pelbagai dugaan perlu ditempuhi.. Tak perlulah aku
::: sebutkan di sini kerana semua sedia maklum apa yg berlaku sepanjang tahun ini
::: cabaran demi cabaran bagi umat Islam & dunia secara global.. Begitulah juga yg
::: dpt aku rasakan ketika aku mengerjakan ibadah umrah pada April 2009 yg lalu..
::: Tapi setelah kaki menjejak kaki tanah suci Mekah (& Madinah) ini mmg membuat
::: kan hati tersentuh air mata bergenang tak sangka mendpt jemputan sbg tetamu
::: rumah Allah swt Maha Suci.. semua cabaran secara tak langsung terus hilang krn
::: perasaan bersyukur & gembira mengatasi segalanya..
::: Gambar di atas ketika aku mula sampai di Mekah dlm keadaan yang agak lapang,
::: sehinggalah di penghujung minggunya ribuan orang ramai mula membanjiri ruang
::: tawaf di sekeliling Kabaah spt gambar no.3 bawah ini. سبحان الله macam musim haji
::: pula.. Begitu juga dgn keadaan ketika ibadah sa'i.. Daripada pengalaman umrah yg
::: aku lalui dahulu byk mengajar aku erti keperluan sihat fizikal kerana setiap rukun
::: itu memerlukan kekuatan fizikal & mental. Kerana itulah ketika kita sihat walaafiat
::: inilah amat digalakkan mengerjakan haji & umrah. Insya-Allah kita semua akan ke
::: sana mengerjakan ibadah haji & umrah.. amin..
::: Mmg seronok tinggal di tanah suci ini antaranya kita akan sentiasa ingat kpd Allah
::: swt; selain pahalanya, seronoknya kita selalu bersolat wajib & sunat, membaca al-
::: Quran, menjaga adab & tutur kata, confirm tak merokok [huhu], & semua orang
::: muslim berada di sana berasa selamat sentiasa.. Dlm masa yg sama, aku bersyukur
::: juga tinggal di bumi Malaysia & menjadi orang Malaysia.. Pegawai2 Arab di sana
::: lebih suka dgn org Malaysia terbukti apabila mereka melebihkan org Malaysia dlm
::: byk perkara. Bukan pilih kasih tapi tatatertib kita dlm menurut rukun haji/umrah
::: dgn sempurna serta sopannya org Malaysia.. sampaikan polis kat sana boleh suka-
::: rela ambik gambar aku pula masa kat Mekah [hehe] takut jugak bila dia offer nak
::: tolong ambik gambar.. cuak abis.. Ada gak aku bertemu dgn org Arab Saudi yg agak
::: peramah memuji2 Malaysia & org muslim Malaysia ketika aku berjalan menuju ke
::: masjid.. & byk menawarkan minuman teh Arab kpd aku semasa aku tgh duduk
::: menunggu solat Isya'.. apa2pun jgn takbur, alhamdulillah syukur.. terima kasih..
::: Byk gak incident yg menarik perhatian aku di sana spt cuacanya yg panas kering,
::: kalo sidai baju mmg kering mcm biskut.. ada gak aku bagi burung merpati makan
::: roti di luar tingkap hotel kami, esoknya roti yg tak abis tuh jadi keras mcm batu..
::: [hehe] kelakar pulak.. lotion mmg kena pakai sbb kulit muka, kaki & tangan mmg
::: cepat kering & mengelupas.. pakai ler waktu nak tido [huhu] Jgn risau bila memijak
::: ruang tawaf dlm Masjidil Haram sbb lantainya tidak panas spt kita memijak di bhgn
::: luar, itu mmg panas kenalah pakai selipar/kasut. Makanan org Arab mmg sedap spt
::: kebab & roti mcm roti prata [huhu] sedap betul jika dicicah dgn marjerin.. Tapi kita
::: org Malaysia kalo boleh nak gak sambal ye tak? [huhu].. KFC & Baskin Robins pun
::: ada kat Mekah & Madinah.. beratur kena ikut muhrim; lelaki lain perempuan lain..
::: very interesting [huhu].. Sama ada di Madinah atau Mekah, mmg setiap selepas
::: waktu solat fardu, akan disusuli dgn solat jenazah.. Di Mekah jenazah akan diusung
::: keluar dari Masjidil Haram ke ambulans.. ramai jemaah yg tolong mengangkatnya..
::: Selain itu keselamatan hendaklah diutamakan juga krn bagi org asing spt kita, jgn
::: mudah utk percaya sesiapapun.. ada org asing mengambil peluang atas kelemahan
::: kita, hati-hati ya..
::: Sebagai org muslim kita tahu ada byk mazhab yg membezakan kita org Malaysia
::: & negara2 lain. Apapun perbezaan mazhab, kita masih bersaudara dlm Islam..
::: Kadang2 bila berlainan mazhab nih mmg satu perkara yg pelik buat mereka yg
::: 1st time melihatnya mcm aku gak ler [huhuhu] bagi org Turki mereka gemar
::: berjalan satu kumpulan dgn bendera kumpulan sama ada dipegang atau dilekat
::: kan di pakaian mereka. Bila time sa'i mereka berjalan berpegang tangan sederet
::: beramai2.. 1st time juga di sana aku lihat org Iran berpakaian tradisional spt yg
::: kita lihat dlm tv; berjubah & berserban besar.. begitu juga dgn org Afrika yg
::: boleh dicam dgn pakaian mereka berwarna-warni.. Bagi org Indonesia, mereka
::: byk memakai baju melayu bersulam2 di kolar & leher dgn butang dari atas ke
::: bawah.. Tapi kalangan muslim lelaki byk memakai jubah putih yg dibeli di sana.
::: Org Malaysia pula byk menggantungkan beg kecil di leher dgn Jalur Gemilang
::: kecil [huhu].. Org putih mmg susah nak nampak; berjambang panjang warna
::: blonde, mata biru & boleh didetect bila mereka bertutur dlm bhs Inggeris..
::: Org Cina pun ada 2-3 org aku jumpa [huhu].. Kebykan jemaah lelaki yg aku
::: jumpa semuanya baik2 belaka & bantu-membantu antara muslim.. very2 nice..
::: Suasana di kota Mekah [2009] skrg aku rasa masih dlm proses construction
::: menaiktaraf kemudahan tetamu Allah yg menjalani ibadah khususnya haji &
::: umrah. Byk bangunan di keliling Masjidil Haram diruntuhkan utk pembinaan
::: pelebaran ruang luar Masjidil Haram & utk pembinaan bangunan penginapan
::: yg baru & selesa.. Ada gak bangunan skyscrapper yg tingginya mcm menara
::: berkembar KLCC plak, betul2 di hadapan Masjidil Haram.. mmg kontroversi
::: tapi dah pun hampir siap.. Semua construction ini dijangka siap sepenuhnya
::: pada tahun 2031.. [correct me if I'm wrong] Utk maklumat lanjut bolehlah klik
::: ke laman web ini: Millenia Muslim & Flickr by SG-SSC. Dengar khabar LRT
::: pun akan dibina menghubungkan kompleks Jamrah, Arafah & Masjidil Haram.
::: Antara arkitek yg terpilih membuat presentation adalah org Malaysia [UIAM].
::: Jadi mereka yg alah pada debu, eloklah membawa sekali topeng mulut & hidung
::: spt topeng cegah H1N1.. Apa yg pasti, projek pembesaran Mekah menggunakan
::: teknologi tinggi ini adalah bagi menaiktaraf infrastruktur yg ada ke tahap lebih
::: baik dlm memberi keselesaan kpd jemaah haji & umrah generasi akan dtg..
~ Selamat Hari Raya Aidiladha semua.. maaf zahir batin..
::: [p/s]: all pictures were taken by ReActivateZul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eid mubarak..
ReplyDeleteslamt myambut Aidiladha..
~rindu sgt2 kat sini, tempat terindah yg sgt2
meninggalkan kesan yg mdalam...:)~
salam aidiladha dari kami sekeluarga :) seronok baca pengalaman bro zul kat sana.. insyaallah ada rezeki harapla dapat sampai ke sana..
ReplyDelete~lawak tul yang sidai baju kering macam biskut tu....hhahahaha
wah...dah smpi yer kt tanah suci. mesti rasa seronok sangat kan dpat menjejak kaki dan melaksanakan umrah kt tanah suci...menjadi impian setiap umah Islam nak kesana..
ReplyDeleteso cmmner sambutan raya haji kt kg? nih baru balik makan jamuan korban..pagi td dah gotong royong rmai2 melapah lembu..pengalaman baru..thanks kat orng2 kampung yang ajar melapah dan memproses internal part lembu tuh =)
salam aidiladha~
tak ada orang 'sound' masa amik gambar dlm masjid? saya dulu masa nak masuk masjid nabi pengawal tahan kerana ada kamera
ReplyDelete: a'ar tak kene sound ke? ehehe Bro nice LA... setiap manusia ade pengorbanan tersendiri...saLAm...-sani http://enciksani.wordpress.com/
ReplyDeletesalamm maal hijrah (minggu depan).. ehehe
ReplyDelete