Sunday, December 6, 2009

Gunung Arong, Tanjung Resang, Mersing, Johor II

Arong II - self portrait
~ aku baru perasan aku bergambar di pokok yg sama dgn gambar pd [14/3/09] [klik sini] kelakar plak [hehe]..

::: Pada [21/11/2009] aku mendaki lagi Gunung Arong di Tanjung Resang, Mersing, Johor
::: bersama-sama sahabat baik aku & kumpulan pendaki yang lain. Kali ni kami diiringi oleh
::: beberapa orang renjer Hutan Simpan Johor. Gunung Arong semakin lama semakin dikenali
::: ramai terutama kepada penggemar rekreasi hutan & pendakian. Krn itu pihak renjer telah
::: mengambil langkah proaktif utk memelihara & melindungi hutan simpan ini daripada rosak
::: dijelajahi oleh orang ramai. Antara sebab pihak renjer sukar utk membuat kawasan Gunung
::: Arong ini sebuah kawasan rekreasi adalah kerana byk kawasan sekelilingnya telah dimiliki
::: oleh orang kampung secara tidak sah iaitu memiliki tanah tanpa didaftarkan kepada pihak
::: negeri Johor, menyukarkan lagi kerja-kerja pemuliharaan & rekreasi dibuat.. Ketinggian
::: Gunung Arong adalah 120m [ada juga dicatat lebih 200m] jauh lebih rendah berbanding
::: Gunung Ledang 1276m, Gunung Belumut 1010m, Gunung Pulai 600m & Gunung Lambak
::: 510m semuanya gunung2 terkenal di Johor. Aku tak pasti berapakah tahap ketinggian
::: sesebuah kawasan yg boleh digelar sebagai sebuah gunung. Apa yg pasti pemandangan di
::: puncak Gunung Arong adalah yg paling indah berbanding gunung-gunung lain di Johor.
::: Pemandangan yang menghadap Laut China Selatan & pulau-pulau kecil mmg spectacular
::: & breathtaking.. Lebih menarik lagi di puncaknya terdapat byk tempat2 [spot] utk para
::: pendaki lebih jelas melihat pemandangan di bwh. Cuma baru2 ini tempat2 tersebut telah
::: ditutup oleh pihak renjer buat sementara waktu utk mereka membina pagar keselamatan
::: memandangkan tempat2 itu terletak di tepian gaung yg curam & membahaya. Sptmana yg
::: telah disealkan dgn yellow tape dlm gambar. Yep, aku bernasib baik pada pendakian yang
::: lepas [14/3/2009] dapat juga aku melihat pemandangan dari spot tersebut.

Arong II - mountain climbing 1
Arong II - Tanjung Resang
Arong II - mountain climbing 2

::: Gambar pertama tuh aku ler [hehehe] macam biasa posing sikit semasa dalam pendakian.
::: Gambar kedua adalah himpunan kolaj semasa dlm perjalanan ke Gunung Arong yg tidak jauh
::: dari tempat penginapan kami, Resang Indah Chalet. Kami melalui kwsn kampung & di kaki
::: gunung terdpt sebuah air terjun yg sedang dlm pembinaan utk dijadikan tmpt mandi-manda
::: beserta dgn kemudahan asas. Gambar ketiga semasa aku & sahabat aku mandi laut di pantai
::: Tanjung Resang [huhu] siap melompat lagi [hehe].. pantainya sgt landai, menghadap pulau2
::: kecil yg cantik & kalau surut memang jauh nak menapak. Gambar ketiga pula ketika kami di
::: puncak Gunung Arong. Agak sesak sedikit kerana jumlah pendaki yg ramai, tempatnya juga
::: kecil & dipenuhi pokok. Tadi aku cerita, ada spot yg lebih best utk melihat pemandangan
::: tetapi telah ditutup buat sementara. Jadi tak byk gambar pemandangan dapat aku rakam.
::: Aku bernasib baik dpt rakam seekor lipan yg berbentuk ganjil.. awesome! [huhu].. Gambar
::: keempat yang terakhir itu adalah gambar lama semasa pendakian yg lalu yang menunjukkan
::: pemandangan indah di spot yg dahulunya boleh didaki. Paling best tentang Gunung Arong ini
::: adalah tidak terlalu tinggi maka boleh didaki oleh semua peringkat umur walaubgmnpun di
::: kawasan yg telah ditutup itu, laluannya agak mencabar kerana terdapat gaung yg curam;
::: pemandangan di puncak begitu cantik menghadap laut & pulau; pantai Tanjung Resang &
::: Teluk Gorek/Godek memang best utk mandi-manda; & bandar Mersing & Taman Negara
::: Endau Rompin tidak jauh dari tempat ini. Well, enjoy climbing & be careful always, safety first!

Arong II - at the peak
::: utk info pendakian klik Gunung Arong part I atau klik pada perkataan berwarna & labels/tags

6 comments:

  1. thnks bro coz komen kt page aku..tulah..aku rase da lame ko xkomen blog aku..ape2pon aku sgt2 berminat aktiviti pnjt2 gunung nie..rase mncabar jer..tp kpuasan la dapat coz dpt nikmati pmndangan yang indah n cantek..btw ade org nk amik pakej fotografi bole la contact no aku yg kat blog tu yer.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..tq sbb sudi jengah blog aku yg tak seberapa. snap a lot tu hasil ilham en. kaled http://mkhalidibrahim.wordpress.com/ (maybe ko kenal kot). yg pegang frame gmbr tu beliau ler..hehe. kira mcm komuniti la. gambar tu aku snap ms terjumpa diorg kat melaka hari tu (outing diorg kt melaka tu diberi nama The Departure, kira first anjuran diorg la). mungkin lain kali blg le join outing diorg. Frame2 gmbr tu mcm props la..hehe.
    err..faham tak bro citer aku ni..hahaha.

    yg artis pompuan tgh nyanyi tu anna rafali.

    terimas kases..huhu.

    ReplyDelete
  3. bestnyer...saya penah panjat gunung ledang jer..tuh jer the only gunung yang dipanjat secara proper..hehe..yg laen2, bukan gunung pon..bukit untuk orng joging jer..

    mesti meriah yang amat kan...gmbo2 pon lawa2..mesti jadi kenangan terbaek tahun nih kan..

    saya kt Jb smpi 18hb nih...suggest ler tmpt2 untuk diexplore for short time period...hihi

    ReplyDelete
  4. lama dah x panjat gunung2 ni ... last sekali bukit tabuh kat melati tu ... tu pun nak tercabut kepala lutut ... hehe

    ReplyDelete
  5. : woahhh..jauh perjaLanan Luas pemandangan..best ek bro...thanks singgaH bLog enciksani yah..eheheh ..saLam saTu MaLaysia...

    ReplyDelete
  6. lama saya tak panjat gunung, rasanya kalau diminta naik lagi banyak kali jugak kena pikir. kalau tak silap last sekali masa kat korea 2 thn lepas, panjat gunung gwan ak. walaupun tinggi tapi tidaklah terlalu mencabar dan seronok mendakinya. kekadang orang tua dengan selamba aje potong kita. (naik gunung dah kira macam hobi biasa orang korea termasuk org tua).

    naik gunung lagi.....ontahlah...

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!