Go Top

Sunday, March 28, 2010

Danga Bay

Danga Bay - marina club

::: Another sunset in JB, this time at Danga Bay. Termasuk dlm Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia,
::: Danga Bay merupakan bandar air / waterfront perdana dalam projek Iskandar di Johor. Pembangunannya
::: melibatkan campuran hartanah tempat tinggal & komersil sepanjang 25km pantai Selat Tebrau Johor &
::: seluas anggaran 450 ekar tanah. Aku tak pasti bila Danga Bay ini mula-mula dibina & mendapat perhatian
::: warga JB, tapi seingat aku mungkin dalam tahun 2004-2006. Ketika itu Danga Bay terkenal dengan pusat
::: waterfront yang kini dikenali sebagai Marina Club seperti gambar di atas. Rekabentuk dalaman & luaran
::: bangunannya yang hampir sama dengan KLIA, memang mempesonakan. Dahulu, di situ terdapat food
::: court tempatan pelbagai jenis masakan termasuklah nasi campur, best jugaklah.. kemudian telah dipindah-
::: kan ke perkampungan rumah tradisional Melayu Johor dalam kawasan yang sama. Kalau datang hari ini,
::: jangan lupa singgah makan malam di situ yee.. [huhu] best bila makan kat bawah rumah kampung, dalam
::: rumah kampung atau di wakaf-wakaf comel yang disediakan. Ada gambar, tapi byk kali aku makan di
::: sana aku lupa bawa kamera, guna camera h/p jer, so tak berapa clear lerr sebab waktu malam. Paling
::: menarik, dinner di restoran atas kapal, very nice..

Danga Bay - yacht dock
Danga Bay - sunset cruising

::: Others, tempat membeli-belah seperti di uptown KL atau di Pandan City JB ada di Danga. Pelbagai jenis
::: barangan ada dijual dengan harga yang berpatutan & boleh tawar-menawar. Gerai-gerai ini dibuka pada
::: waktu malam sahaja tetapi untuk shopping pada waktu siang, bolehlah ke Festive Street Mall. Macam
::: -macam ada! [huhuhu]. Kalau waktu bulan Ramadan, lagilah banyak gerai-gerai dibuka di perkarangan
::: tempat meletak kereta di sana. Selain itu, terdapat juga pusat permainan ala karnival seperti merry-go-
::: round 2 tingkat, keretapi comel, flying jumbo, spinning cup dll. Memang mengasyikkan terutama bagi yang
::: mengidam naik merry-go-round yang cantik tuh [hehe] ada gak aku nampak orang ambil gambar merry-go
::: -round ni dari dlm kereta yang berhenti di tepi jalan utama. Oleh kerana Danga Bay terletak di sepanjang
::: pesisir pantai Selat Tebrau, aktiviti air seperti cruise, yacht, seafood, jet ski & luncur air boleh dilakukan.
::: Hari tu aku ambil peluang naik cruise [huhu] dengan harga RM10, masa tuh cruise yang terakhir, dapatlah
::: aku shoot sunset di Selat Tebrau. Apa-apapun, Danga Bay nih, very happening pabila malam menjelang..

Danga Bay - seafood cruise
Danga Bay - merry-go-round
~  semua gambar di sini diambil pada hari yg sama.

16 comments:

Mohd Hafizd said...

w/pon kmera hp, gmba ttp lawaaaaaaa =)

nice info bro..

seafud cruise tuh mcm best jer..hihi

ReActivate said...

::: Thank you Hafizd.. saya pakai kamera biasa
::: jer Fizd, bukan kamera h/p [hehehe] Kamera
::: h/p tuh, masa saya pi dinner di sana pd waktu
::: mlm di hari lain.. gambar dlm entry ni, lepas
::: shoot, saya terus balik rumah [huhu]..

~ ReActivate

Little Darkstar said...

lagu ngan post...sesuaiii... =)

ecah said...

merry go round tu santekkkk...

pu3 balqis said...

penah pergi danga bay dulu2..
tapi skang dah lain kot...

erm.. rindunya.. bila lagila plak bleh jejak kaki di johor.. =)

~~~ kay ~~~ said...

RE: alhamdulillah kay dah kembali sihat...thanks.

wahhh..chantekkk sungguh!!
terkesima kay dibuatnyer.....
dulu pernah menetap di BBU (bandar baru uda) tapi x berkesempatan nak pergi bila dah kembali ke shah alam rasa macam rugi sgt2... insyaallah bila ade masa akan sampai ke sana.
(^_^)

jeff said...

>> sampai hari ini masih belum berkesempatan nak shoot kat danga bay ni...
>> tak pe tak pe...
>> ada rezeki sampailah daku...

Eryne said...

RE: thanx for commenting at my blog... saya mmg suka benda2 santek hehehe... :)

Danga Bay, tempat wajib utk saya bawak anak2 saya berjalan setiap kali ada kesempatan. Skrg ni je dah kurang sket ke sana, sbb anak no.2 saya boleh menangis meraung kalu ajak balik. :p
Cumanya, harga tiket utk setiap permainan tu agak tinggi pada saya, sekali ride RM4. Tak termasuk kapal viking & matterhorn. Itu lagi mahal! Jadik setiap kali ke sana, saya kena spend lebih kurang RM30 utk anak saya seorang shj ye. Skrg anak dah 2, maka cost itu perlu ditambah... huhuhu...

Ouled Kenitra said...

saya rasa dah sampai masanya zul upgrade kpd dslr. you have da skill. anglepun biasanya menambat perhatian mata saya.

dslr banyak yg dah murah skang ni.....(he he macam racun aje...)


Entryku kali ini

Tenaga ditagih sepanjang hari
Kerja bermula semenjak pagi
Sekian lama teguh berdiri
Akhirnya lerai tiada lagi

lan said...

salam zul,,,shat ker..cantik2 picas kat sini...ada masa nt sy tringin nak p sana...nt bleh la sy kontek zul ea

Makcu said...

whoahh sangat2 mnyentap gambonyee....
tak sabolaa nak kesana ni

enciksani said...

best... cantek..gambar2 Leh wat poskad nih ehehe Lawa...

mshafie said...

saya dah lama tak jenjalan..apa lagi pengang kamera..

enciksani said...

saya sokkong meri go around juga... Tuan, terima kaseh byk k... byk sgt puji puji2 tu..saye budak baru berLajar...bertatih Lagi...thanks a Lot.. n terus La menyokong enciksani...

tunbegia said...

nice travelogue about kampung senibong, kong kong, kg pasir putih, stulang laut, dll,

keep it up bro, salammm

FarEast said...

itu hari ke danga bay x jumpa plak tmpt2 ni :(

Post a Comment

Please state your name & URL. Anonymous will be deleted. Thank you.

 

Penafian: Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan gambar dari laman blog ini. /
Terms and conditions: The owner of this blog irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information / photo displayed and application offered of this blog.