Wednesday, May 20, 2009

Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah مدينة رسول الله

nabawi1
::: Masjid Nabawi dari arah kiblat. Bawah kubah hijau itu adalah tempat makam Nabi Muhammad saw.

Madinah al-Munawarah
::: Madinah al-Munawarah ( المدينه ) adalah tempat terletaknya Masjid Nabawi & makam
::: Nabi Muhammad saw. Dahulu, Madinah dikenali sbg Yathrib & ditukar kepada Madinah
::: [bandar yg diterangi] slps peristiwa Hijrah. Madinah terletak 600km di sebelah utara bandar
::: Mekah. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam menggunakan bas. Mcm
::: dari KL nak ke Perlis jauhnya cuma pemandangan di Arab Saudi, gurun ajer di mana2.. Byk
::: perhentian R&R 'sdn. bhd.' di sepanjang perjalanan, jadi usah risau jika ada yg nak terkucil
::: [hehe], lapar atau ingin bersolat. Setibanya di Madinah, سبحان الله cantik sungguh bandarnya.
::: Kami tinggal di Feroz Hotel, alhamdulillah kami selesa malah lokasinya sangat dekat dgn
::: Masjid Nabawi..

::: Kisah sejarah bermula apabila Rasulullah saw & Saidina Abu Bakar ra bersembunyi di dlm
::: gua di Bukit Thur selama 3 hari keluar turun menuju ke kota Quba [2 batu drpd bandar
::: Madinah & terletak dlm daerah Madinah], disambut meriah oleh penduduk di situ sambil
::: mereka menyanyikan ayat yg biasa kita lafazkan setiap kali sambutan Maal Hijrah:

::: Bulan Purnama [Muhammad saw] telah tiba di kalangan kita, dari arah "Thaniyyat al-Wada'a"
::: Segala kesyukuran [kpd Allah] di atas anugerahnya kpd kita, selagi seseorang menyeru ke jalan Allah,
::: Wahai engkau yg diutus kpd kami, kau datang dengan perintah yg ditaati,
::: Kau membawa berkat kpd bandar ini, selamat datang yg terbaik.


::: Maka lahirlah 2 golongan Islam di Madinah iaitu Ansar: penduduk asal Yathrib [Madinah] &
::: Muhajirin: golongan yg mengikuti Rasulullah saw berhijrah dari Mekah. Di Quba, Baginda saw
::: membina Masjid Quba, masjid pertama dlm sejarah Islam. Setelah itu, Rasulullah saw
::: menuju ke kota Madinah & berlakulah peristiwa unta Baginda saw dilepaskan utk memilih
::: tempat tinggal Baginda saw yg baru kerana penduduk Madinah ketika itu berebut2 mahukan
::: Rasulullah saw tinggal di rumah mereka. Akhirnya unta Baginda saw berhenti di kawasan
::: pengeringan buah kurma yg dimiliki oleh Sahil & Suhail, 2 orang anak yatim. Mereka mahu
::: menghadiahkan kpd Rasulullah saw tetapi Baginda saw bertegas enggan menerimanya tanpa
::: sebarang bayaran. Akhirnya tanah itu dijual kpd Baginda saw.
.
nabawi2
::: Antara pintu utama Masjid Nabawi untuk kaum lelaki.
nabawi3
::: Orang ramai keluar dari masjid selepas solat fardhu.
nabawi12
::: Masjid Nabawi pada waktu malam. 24 jam dibuka untuk beribadat.

Masjid Nabawi
::: Kemudian Baginda saw mengarahkan pembinaan masjid di atas tanah tersebut & dikenali
::: sbg Masjid Nabi Muhammad atau Masjid Nabawi. Selepas pembinaannya, azan mula
::: berkumandang dipercayai pertama kalinya oleh Bilal si Habsyah di masjid ini. Kini Masjid
::: Nabawi telah berubah & bertambah luas saiznya bagi menampung jumlah kedatangan
::: jemaah. Peta Google Masjid Nabawi: [klik sini].

::: Rekabentuk dalamannya masya-Allah mmg cantik, air-ventilationnya disalut warna emas,
::: setiap tiangnya ada aircond & berkarpet merah di semua tempat. Bumbungnya ada yg boleh
::: dibuka [waktu malam & subuh] & ditutup [waktu siang] begitu juga sebahagian kubahnya.
::: Air zam-zam juga berada di mana2 sahaja di dlm Masjid Nabawi yg disimpan di dlm tong2
::: berwarna kuning lembut [khaki]. Ada yg sejuk & ada yg biasa. Al-Quran pun ada di mana2
::: utk dibaca oleh para jemaah. Belilah sebuah al-Quran yg menyerupai al-Quran masjid ini utk
::: disedekahkan atas nama kita atau orang lain utk dibaca oleh para jemaah. Pahalanya sangat
::: banyak kerana di sini, tidak putus2 orang membaca al-Quran. Jika didapati al-Quran dibeli
::: tidak sama dgn di Masjid Nabawi, tak mengapa, nanti ada pekerja masjid akan menghantar-
::: kannya ke masjid2 lain sekitar Madinah utk dibaca jua.

::: Suara imamnya juga merdu & sedap bila dibaca. Waktu subuh, zuhur & asar, bacaannya
::: pendek, manakala waktu maghrib & isya' bacaannya seamat panjang.. Tiada doa selepas solat
::: fardhu, selalunya selepas setiap solat fardhu, ada solat jenazah lelaki atau perempuan.
::: Kebanyakan orang Arab mengaji al-Quran tidak bersuara, mungkin jika kuat boleh
::: mengganggu orang sebelah. Mmg best betul solat di sini.
.
nabawi4
::: Bumbung berbentuk payung di tengah2 masjid, boleh dibuka & ditutup. [h/p shot]
nabawi7
::: Bumbung payung di luar masjid dlm proses pemasangan.
nabawi10
::: Kubah hijau di Pintu No.41, pintu masuk bersebelahan dgn makam Nabi saw. [h/p shot]
.
Makam Rasulullah saw
::: Ketika jejak kaki pertama kalinya di perkarangan Masjid Nabawi, bestnyeeerr, sukar utk
::: diluahkan dgn kata2. Saya tak masuk menggunakan pintu utama, tapi saya masuk di Pintu
::: No. 41 [syaf paling depan, sebelah kiri masjid], pintu masuk bersebelahan dgn makam
::: Rasulullah saw di bawah kubah hijau. Itulah jejak kaki saya yg pertama dlm Masjid Nabawi
::: seingat saya, kerana bapa saya yg menunjuk arah masuk, beliau pernah ke sini sebelum ini.
::: سبحان الله sebak di dada ketika melihat makam Rasulullah saw di kanan saya setelah masuk di
::: Pintu No. 41. Memang tak dinafikan mata berair sebaik sahaja saya berdiri di pagar emas
::: yg menutupi makam. Apatah lagi apabila saya melihat lubang di pagar tersebut utk melihat
::: terus ke dlm pagar iaitu binaan makam Rasulullah saw yg diselimuti dgn kain hijau bertulisan
::: kan ayat al-Quran berwarna emas. Di sinilah umat Islam yg menziarahi disuruh mengucap-
::: kan salam kpd Rasulullah saw: "assalamualaikum ya Rasulullah" drpd kita sendiri & juga
::: drpd kiriman keluarga atau sahabat-handai di Malaysia..

::: Di sebelah makam Nabi saw adalah makam sahabatnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra
::: & sebelah makam Saidina Abu Bakar ra, adalah makam sahabatnya lagi, Saidina Umar al-
::: Khattab ra. Semuanya di dlm lingkaran pagar emas yg sama. Terdapat tulisan nama mrk
::: di atas setiap lubang di pagar ini. Terdapat beberapa orang hafiz al-Quran & pak guard
::: berkawal di makam ini bagi melancarkan perjalanan orang ramai yg berdoa, bersolat sunat &
::: mengucapkan salam di sepanjang pagar makam dan laluan Pintu No. 41. *saya tak pasti atau
::: tidak no. pintu ini.. maaf kalo tersilap, sesiapa yg tahu harap beritahu.

::: Kaum wanita dilarang sama sekali berada di kawasan ini. Ini bertujuan utk menjaga kesucian
::: kawasan makam Rasulullah saw & makam ini terletak di syaf hadapan iaitu syaf utk orang
::: lelaki bersolat fardhu. Tetapi, kaum wanita masih dibenarkan menziarahi makam
::: Rasulullah saw di kawasan belakang makam pada waktu2 tertentu sahaja. Tak silap saya
::: antara pukul 10 pagi hingga sebelum masuk zuhur setiap hari. Nanti ada pagar halangan
::: didirikan pada waktu tersebut memisahkan wanita & lelaki. Menurut cerita ibu saya, selalu
::: nya jemaah wanita dari Malaysia akan diutamakan dahulu, diikuti jemaah wanita Indonesia.
::: Di situ, kaum wanita bolehlah berdoa, bersolat sunat & mengucapkan salam kpd Nabi saw.
.
nabawi6
::: Pintu No.41, makam Nabi Muhammad saw di sebelah kanan pintu ini.
nabawi11
::: Di luar perkarangan Pintu No.41 selepas solat subuh. [h/p shot]
nabawi5
::: Bahagian dalam masjid, berhawa dingin & peralatan disalut kuning emas. [h/p shot]

Ar-Raudah an-Nabawiyah
::: Dlm masjid, sejuuukk ada aircond & bau harum semerbak minyak wangi attar.. Slps ziarah
::: makam Nabi saw, saya terus menuju ke Raudah, kawasan yg disebut oleh Rasulullah saw di
::: antara rumah Baginda saw & minbarnya ada sebuah taman iaitu sebahagian drpd taman2
::: di syurga. Kawasan Raudah boleh dikenalpasti dgn karpetnyer yg berwarna putih kehijauan
::: berbanding karpet yg lain di dlm masjid yg berwarna merah. Lokasinya antara makam Nabi
::: saw hinggalah ke minbarnya [ada binaan tinggi bertangga biasanya bilal akan azan di sini].
::: Kaum wanita juga boleh bersolat sunat di sini pada waktu2 tertentu. Kawasan ini juga sesak,
::: & biasanya agak lengang selepas tengah malam hingga 3 pagi. Jika sesak, solatlah di mana2
::: sahaja di dlm Masjid Nabawi nescaya sekali solat [fardhu atau sunat] pahala 1000x solat di
::: masjid2 lain kecuali Masjidil Haram. Jika 40x solat fardhu berturut2 di Masjid Nabawi, maka
::: bebas dari api neraka, bebas dari azab & bebas dari kemunafikan. Insya-Allah. Amin..
::: Kedudukan tiang2 di Raudah: [klik sini].

Jannatul Baqi
::: Makam Baqi ( جنة البقيع ) adalah kompleks makam para sahabat & ahli keluarga Nabi
::: Muhammad saw. Dikatakan golongan yg dikebumikan di sini akan dibangkitkan dahulu
::: semasa akhirat, mereka tidak akan dihisab & terus masuk ke syurga. Terletak di barat laut
::: Masjid Nabawi, kiri jauh makam Rasulullah saw. Kompleksnya besar & dipagari tembok batu
::: & pagar besi. Kaum wanita hanya dibenarkan di luar pagar tembok sahaja. Tiada batu tanda
::: nama & binaan di setiap makam, yg ada hanyalah batu tanda biasa tanpa nama kerana ini
::: adalah menurut fahaman Wahabi di Arab Saudi.

::: Di Baqi, terdapat makam Saidina Usman bin Affan ra, isteri Baginda saw: Aisyah, ibu susuan:
::: Halimah, ibu saudara: Fatimah binti Asad [bonda Saidina Ali ra], bapa saudara: Abbas bin
::: Abdul Muttalib, putera lelaki: Ibrahim bin Muhammad [meninggal semasa masih bayi], cucu
::: lelaki Baginda saw: Imam Hasan [salah satu 2 pemuda penghulu syurga] yg dikasihi.. Byk lagi
::: keluarga, sanak saudara & sahabat Nabi saw di Baqi ini termasuklah golongan Muhajirin &
::: Ansar. Untuk lihat makam2 ini dlm foto: [klik sini] & peta kedudukan makam: [klik sini].
.
nabawi8
::: Kompleks Makam Baqi byk dikunjungi oleh golongan syiah.
nabawi13
::: Jam di dataran serta senireka ukiran di menara masjid.
nabawi9
::: Dataran perkarangan di luar pintu masuk pagar utama Masjid Nabawi.
.
Kesimpulan
::: Berfoto di Masjid Nabawi masih lagi diragui larangannya. Sekarang di papan tandanya, tiada
::: larangan utk berfoto. Mungkin kerana di zaman teknologi ini, kamera sudah berubah, kat h/p
::: pon ada kamera. Pak guard dia dah tak larat nak halang kot. Entahlah. Tapi perlu diingatkan
::: melalui pemerhatian saya, ada beberapa tempat, pak guard mengambil tindakan seperti
::: mengambil kamera atau h/p utk diperiksa. Tempat2 itu adalah: [1] kawasan kaum wanita:
::: termasuk kaum wanita sendiri tidak boleh berfoto di kawasannya [2] Makam Rasulullah saw:
::: pernah nampak pak guard memanggil jemaah dari India atau Bangla utk memeriksa h/p
::: mereka selepas kantoi mengambil gambar.

::: Sentiasa hati2, kerana di sini macam2 jenis orang di seluruh dunia Islam berkumpul. Jangan
::: terlalu percayakan orang lain. Peniaga2 di sini pon macam2 perangai gak [huhu] sbb mereka
::: suka tak bagi baki wang yg kita beri. Jadi, sediakan wang kecil yg secukupnya. Kalo tak bagi
::: jugak, kata jer "haram haram!", nanti dia akan bagi baki kita [huhu] tapi lepas tuh diorg kata
::: kita "bakhil" [hehe] dgn mengukir senyuman di muka mereka.

::: Saya lihat bandar Madinah nih aman, moden, sistematik, lebih terurus berbanding bandar
::: Mekah. Seronok tinggal di Madinah, udaranya nyaman, berangin & dingin sedikit. Rasa mcm
::: nak tinggal lama di Madinah. Soooo beautiful & very peaceful place!
~ Madinah, tempat pilihan Rasulullah saw.. Wallahualam, Allah Maha Mengetahui..

15 comments:

  1. subhanallah....
    cantik2 tempat di madinah nih...
    masjid di madinah bukak 24 am...masjid di malaysia lepas isyak jer dah kunci....ish..ish....

    sy tgk gambar pon dah teringin sangat nak pergi sana...patut la bro yg dah pernah pergi kat sana rasa x nak balik...

    banayak gak bro tahu pasal sejarah madinah ek...

    harap2 sebelum mati dapat la saya sampai sana....

    ReplyDelete
  2. >> masjid nabawi ini antara masjid yg tercantik di dunia...
    >> sayang tak dpt ambik gambar makam Rasulullah...

    ReplyDelete
  3. Rasa tenang dan seronok je tengok gambar2 sekitar Masjid Nabawi... Bilah agaknya nak sampai disini..?

    ReplyDelete
  4. dulu masa pegi nak amik gambar takut. so amik la dalam keadaan cam spy, abih senget menget gambo.


    Entryku kali ini

    Benih satu biji
    Bawa pergi semai
    Bola satu biji
    Kejar ramai-ramai

    ReplyDelete
  5. cantiknye.....
    ley r nnt amek gmbr cni masuk lam esemen^^
    keep it up!

    ReplyDelete
  6. Banyak keinsafan bila kita lihat sendiri apa yang kita pernah belajar dalam buku sejarah

    ReplyDelete
  7. website baru oleh orang lama... mantap2 :)

    ReplyDelete
  8. subhanaLLaH..indah..destinasi impian..

    ReplyDelete
  9. saya teringin sangat nak ke sini ... tapi masih x ader rezeki ... cuma dapat baca artikel dari org lain ... saya rasa koleksi masjid nabawi dalam entry cukup nice =)

    ReplyDelete
  10. untung ko dah ke tempat2 suci macam ni...

    ReplyDelete
  11. Salam Akh Zul. Ana minta izin copy satu dua gambar untuk wallpaper hp. Syukran.
    - Hamba ALLAH, S.Petani-

    ReplyDelete
  12. ::: Salam Anonymous dari sungai petani, boleh
    ::: ajer copy.. thanx singgah & pilih gambar
    ::: saya.. have a great day!

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.....thanx 2 u, MR reactiveZul.
    terubat rindu sy pd tanah suci pas view blog awk ni, ermmm bila kat sana rasa tenang sgt, cam xnak balik ja..
    untuk kwn2 yg len, sy doakan anda cepat dan dimurahkan rezeqi utk ke sana.....amin, pergilah....sonok sgt, xtergambarkan....;)

    ReplyDelete
  14. kalau dok sana rasa tenang dan damai je sbb x mcm kat KL ni hiruk pikuk...cuaca nampak panas tapi sebenarnya udaranya sejuk... :)
    insyallah semoga dapat ke sana lagi...amin!
    dali_nabawi

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!