::: Sempena cuti umum ini, aku luangkan masa jalan-jalan lagi untuk mengambil gambar sekitar kampung
::: nelayan di bandar perindustrian Pasir Gudang. Siapa sangka dalam bandar yang moden seperti ini masih
::: lagi mempunyai kampung nelayan yang aku rasa terpelihara sepertimana kali pertama aku menjejak kaki
::: di tempat tersebut pada tahun 2002. Kerap kali aku singgah 'makan angin' di sini kerana udaranya yang
::: sepoi-sepoi bahasa, pemandangan laut, hutan bakau, jeti yang kadangkala sibuk, warung kopi & bot-bot
::: nelayan malah kapal dagang yang besar yang kabur-kabur kelihatan, memang menenangkan. Ada juga
::: deruan jet ski memecah hening suasana tapi seronok juga lihat aksi-aksi sukan lasak di tempat-tempat
::: sebegini. Memang tak sangka. Kebanyakan pengunjung adalah dari Johor Bahru, Singapura & penduduk
::: tempatan yang biasanya datang untuk memancing, bersukan air & makan makanan laut.
::: Menurut cerita, nama 'Kong Kong' diperolehi daripada kisah seekor harimau besar yang mengganas di
::: kampung nelayan di situ. Tak pasti pula Kong Kong itu adalah daripada perkataan orang Melayu, orang
::: Cina atau orang Asli yang juga menetap sekitar kawasan tersebut. Selain itu, ada juga pendapat, nama
::: tempat ini berasal dari perkataan 'Jerongkong'. Memang agak unik nama-nama tempat di Pasir Gudang ini
::: [huhu]. Kong Kong Laut adalah sebuah tempat persinggahan untuk pemancing & peminat-peminat sukan
::: laut dengan kelengkapan bot & jet ski yang boleh disewa. Di sini juga terkenal dengan makanan lautnya
::: iaitu Kong Kong Tai Son Seafood Resort yang turut menyediakan tempat untuk penginapan.
::: Satu lagi tempat yang menarik di Pasir Gudang ialah Kampung Pasir Putih terletak berhampiran dengan
::: Tanjung Puteri Golf Resort dan Pelabuhan Johor. Pasir Putih sangat terkenal dengan restoran makanan
::: lautnya yang mudah diperolehi. Jika hendakkan pemandangan menghadap laut, pilihlah restoran di hujung
::: kampung ini yang terletak di atas pinggir pantai & laut iaitu Pasir Putih Seafood & Kedai Makan Rahmat
::: Pemandangan di waktu malam memang cantik sebab lampu-lampu dari kapal, bot & kawasan pelabuhan
::: memang jelas kelihatan. Kadangkala bila bot lalu, kita boleh dengar bunyi ombak memecah pantai.. very
::: nice.. oh ya, makan pon sodap! [huhuhu]..
~ Selamat bercuti-cuti Malaysia!
kong-kong laut dan kg pasir putih..............rindunya tempat ni...........
ReplyDeletedulu kg pasir putih slalu gak p....kongkong laut kadang2 jer...............
tp spt kata bro...mmg tempat yg menarik la...
ntah bila nak p lagi.................
gong xi fa cai.............
penah mkn ikan siakap deep fry kt pasir putih..seddaapppp~
ReplyDeletehehhe
bnyk jalan bro..best lahh...nice shot~
heee.... nostalgianyeeeeee.....
ReplyDeletekedai mkn rahman ni dr dlu sampai skang.. mmg klasikk jugak!
cambest jer..hurm.... nak try r... sementara bermastautin sebentar kat juhur nieyh..heh
ReplyDeletesalam & morning;
ReplyDeletewahhh, sungguh chantek...
terkesima kay menatapnyer!
(^_^)
ada info yg berguna ... hmm, jetty tu kalau shoot outdoor utk wedding sgt cantik ;)
ReplyDeletesaya bekerja berdekatan dgn kg pasir putih, lebih kurang 5min perjalanan dr opis ke sane... kalu kawan belanja makan, xde tempat lain dituju melainkan ayam penyet & juga rahmat... :)
ReplyDelete>> kau ni not bad la bro...
ReplyDelete>> tau je tempat tempat yg menarik...
>> aku rasa kena refer kat blog kau la kalau nak ke mana mana...
>> kebanyakan tempat nampak cantik pulak tu...
whoa aku selalu la makan ikan kat kedai rahmat kg pasir puteh tuh. adessss rindu siot. hehe :)
ReplyDeleterinduw nyer kat kampung pasir puteh huhuhu...
ReplyDelete