Go Top

Sunday, February 21, 2010

Senibong

Senibong - Beach

::: Di pinggir bandaraya Johor Bahru, Kampung Senibong adalah salah satu destinasi makanan laut yang
::: terkenal di kalangan masyarakat setempat dan Singapura. Daripada aku mula-mula bekerja di Johor ini,
::: sehinggalah sekarang Senibong sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung terutama sekali pada waktu
::: malam hingga dinihari. Dahulu Senibong pada pandangan aku, agak kurang bersih, tapi pada hari ini pihak
::: jawatankuasa kampung telah memainkan langkah yang positif menjaga kebersihan malah tempat meletak
::: kenderaan juga telah diurus dengan baik. Pengunjung yang ingin ke sini, perlulah membayar RM2.00 untuk
::: parkir kenderaan. Restoran 'terapung' di Senibong juga bertambah cantik dengan dekorasi bumbung yang
::: yang menarik, lampu berwarna-warni dan ruang makan yang luas menghadap Selat Tebrau.

Senibong - Dock

::: Dahulu, restoran yang terkenal, Restoran Makan Indah Selalu Nasi Lemak terletak agak ketengah ke
::: laut [huhu] teringat pula aku cerita P. Ramlee 'Pendekar Bujang Lapok' begitulah bentuk restoran tersebut.
::: Tapi kini, semua restoran telah disusun serata dan restoran yang mula-mula pengunjung nampak selepas
::: tempat parkir ialah Restoran Selera Senibong Seafood diikuti dengan deretan restoran makanan laut yang
::: lain hingga ke penghujung jambatan kayu, satu-satunya yang menghubungkan kampung ke seberang.
::: Selain itu, terdapat juga restoran yang agak privasi untuk pengunjung seperti Senibong Seafood Village.
::: Seperti di Kong Kong Laut dan Pasir Putih, pemandangan Senibong sangat cantik ketika waktu malam
::: iaitu cahaya lampu dari Singapura, bandaraya JB, kapal kecil, bot dan rumah kelong 'fish farms'.

Senibong - Collage
~

11 comments:

Little Darkstar said...

cantik gambar.. Hmm, jelesnya.hihi...
Kalau reactiveZul kahwin, tak perlu upah photografer, dia cukup hebat menangkap saat2 terindah =)

ouled kenitra said...

pernah sekali makan kat sini. mmg waktu malam view mmg perfect

ouled said...

OP - official photographer

Useriez said...

nice pic~

dana cute said...

rasanyer dulu masa kt johor penah gk mkn kt situ... tp masa tuh tak secantik skrg nih....

re: hehehe kebetulan nama model saya dkt sama ngn nama pelakon tuh ek... eheheheh

ecah said...

mana pic makanan lautttttttt..hiks..i loike seafood okes..nnt blanje cik ecah tau:D

lan said...

cantik2 view nie,,teringin lak nak p

~~~ kay ~~~ said...

bila kay ke selatan tanah air boleh ler ke tempat tuh nanti...menarik.
(^_^)

Eryne said...

satu lagi tempat yg dah lama saya x pergi...
waaa... skrg dah kena bayar parking ek? dulu x pun, tapi serius.. mmg keta melambak time malam... satu je x best kat senibong nih, time makan kengkadang angin laut yg baunya agak kurang menyenangkan singgah ke hidung...
sbb tu la lame saya x berkungjung ke sana...

jeff said...

>> kau ni bro...
>> ada je tempat...
>> dah macam walking map pula dah...
>> mesti satu peta malaysia dalam kepala ni...:D

KNizam said...

yeap makan nasi lemak ngan seafood kan. masa aku kat jb jaya jusco tu belum siap lagi. permas jaya pun belum tambak lagi hehe :)

Post a Comment

Please state your name & URL. Anonymous will be deleted. Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Penafian: Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan gambar dari laman blog ini. /
Terms and conditions: The owner of this blog irresponsible to all trouble and damage which arise by the result from information / photo displayed and application offered of this blog.