Sunday, May 3, 2009

Masjid Quba, Bukit Uhud, Ladang Kurma & Masjid Qiblatain di Madinah

umrah-madinah1
umrah-madinah1a

::: Masjid Quba ( مسجد قباء ) adalah masjid pertama dibina oleh orang Islam slps Rasulullah saw
::: berhijrah dari Mekah ke Madinah. Baginda saw telah menghabiskan masa selama 20 malam
::: [selepas hijrah] bersolat & beribadah kepada Allah swt di masjid ini. Rumah Saidina Ali ra
::: bin Abi Talib terletak di belakang Masjid Quba, Rasulullah saw selalu menunggu Saidina Ali ra
::: sampai, sblm mulanya solat fardu. Masjid Quba didirikan berdasarkan takwa seperti mana yg
::: disebut di dlm al-Quran, surah al-Taubah (108-109).

::: Berdasarkan hadis, antara fadilat mendirikan solat di Masjid Quba ialah spt sabda Nabi saw:
::: Sesiapa yg bersuci [mengambil wuduk] di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu
::: mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah.
::: [Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad
::: Makkiyyin: 15414]. Bestnya pahala masjid nih! Jika anda sampai di Madinah, jangan lupa ya
::: singgah di Masjid Quba & solat sunat di dlmnya..

umrah-madinah2
umrah-madinah2a

::: Pada [23 Mac 625] tahun ketiga Hijrah, berlakunya Perang Uhud ( غزوة أحد‎ ) di antara
::: tentera Islam Madinah (700 org) dipimpin oleh Rasulullah saw & tentera Quraisy Mekah
::: dipimpin (3000 org) oleh Abu Sufyan, Khalid al-Walid & Ikrimah Abi Jahl di sekitar Bukit
::: Uhud. Menurut sejarah, dalam Perang Uhud ini, tentera Islam telah kalah akibat keingkaran
::: tentera pemanah [archer] Islam supaya tidak bergerak daripada Bukit Rumat sama ada
::: menang atau kalah sehingga diperintahkan. Tetapi setelah melihat sebhgn tentera musyrik
::: melarikan diri akibat dipanah oleh mereka, mereka keluar drpd tempat persembunyian di
::: Bukit Rumat untuk mengambil senjata & harta yg ditinggalkan oleh pihak musuh. Tanpa
::: disedari, secara tiba-tiba, tentera berkuda [cavalry] Quraisy datang menyerang mereka.
::: Akibatnya, 70 orang tentera Islam telah syahid termasuklah Hamzah Abdul Muttalib &
::: dikebumikan di hadapan Bukit Rumat [kini makam ini telah berpagar]. Bukit Rumat dulunya
::: mempunyai bangunan di atasnya tetapi kini telah tiada.. begitu juga dgn makam Hamzah
::: Abdul Muttalib 100 tahun dahulu mempunyai masjid di atasnya tetapi telah dirobohkan oleh
::: pihak Kerajaan bagi mengelak bidaah.

::: Menurut muttawif kami, Rasulullah saw sangat sedih slps peristiwa itu, sehinggakan Bukit
::: Uhud telah berkata2 kpd Rasulullah saw untuk menawarkan seluruh Bukit Uhud menjadi
::: emas sebagai ganti kematian tentera syahid tersebut. Baginda saw menolaknya [kalau org
::: lain mesti kata nak! nak! huhu] & kerana itu, Allah swt menurunkan wahyu menyampaikan
::: khabar gembira, mereka yg mati itu adalah syahid & dimasukkan ke dlm syurga. Kemudian
::: barulah Baginda saw gembira & tidak bersedih lagi. Bukit Uhud [Jabal Uhud] ini berukuran
::: 8km panjang, besar sungguh!, breathtaking view, bergurun batu-batu coklat & berpasir &
::: terdpt sebuah gua dikatakan tempat Rasulullah saw berehat semasa peperangan berhenti
::: seketika.

::: Ada yg memanggilnya bukit, ada pula gunung. Apapun, Bukit Uhud mencintai Rasulullah saw
::: & begitu juga sebaliknya spt mana dlm hadith: dari Anas bin Malik ra, Rasulullah bersabda:
::: Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yg mencintai kami dan kami juga mencintainya.
::: [disetujui oleh Al-Bukhari & Muslim]. Bukit Uhud juga adalah salah satu bukit / gunung di
::: syurga.

umrah-madinah3
umrah-madinah3a

::: Tak sah jika tidak membeli buah kurma jika di Arab Saudi [huhu] apatah lagi apabila
::: berpeluang melawat ladang kurma di sana.. Buah kurma yang banyak fadilatnya, mestilah
::: kurma nabi atau kurma najwa. Dikatakan kurma nabi kerana Rasulullah saw sendiri telah
::: menyebut ketika memegang buah kurma ini: "Inilah kurmaku". Fadilat memakan kurma
::: nabi ini sebagai pelindung drpd ilmu sihir dengan memakannya sebanyak 7 biji sehari
::: [sambil berselawat ke atas Nabi saw].

::: Kurma nabi di Malaysia mmg mahal harganya sehingga boleh mencecah >RM100 bagi 1kg.
::: Di Madinah pun begitu tetapi lebih murah, sekitar >RM60 bagi 1kg. Itupun boleh dapat lebih
::: murah sekiranya anda pandai mencari kedai. Saya lihat juga pokok kurma di Arab Saudi nih
::: sebijik macam pokok kelapa sawit di Malaysia yek [huhuhu] cuma rasa buah ajer yg berbeza,
::: satu manis, satu lagi berminyak.. adik beradik, lain mak bapak kot.. Untuk pengetahuan
::: semua, nilai Ringgit di Malaysia lebih kurang sama dengan nilai Riyal di Arab Saudi.

umrah-madinah4
umrah-madinah4a

::: Satu lagi masjid yg bersejarah dlm Islam ialah Masjid Qiblatain ( المسجد القبلتین ), masjid yg
::: mempunyai 2 kiblat. Masjid ini telah didirikan oleh Bani Salamah & ketika itu masih berkiblat
::: kan Baitulmuqaddis di Palestin. Kiblat Baitulmuqaddis telah menyebabkan orang Islam diejek
::: oleh kaum Yahudi yg juga beribadah berkiblatkan Baitulmuqaddis. Oleh kerana itu, Allah swt
::: telah menurunkan wahyu memerintahkan Rasulullah saw & orang Islam menukarkan kiblat
::: ke arah Kaabah, Baitulharam di Mekah. Ketika jemaah sedang bersolat di masjid ini, seorang
::: penyampai telah menyampaikan khabar berita pertukaran kiblat tersebut, & ketika bersolat
::: dikatakan imam memusingkan badannya ke arah Kaabah di Mekah & diikuti oleh para
::: jemaah. Semenjak drpd itulah, masjid tersebut diberi nama Masjid Qiblatain.

::: Masjid Qiblatain ini cantik sangat, mungkin warna karpetnya berwarna merah menyala tidak
::: seperti masjid lain di Madinah [kecuali Masjid Nabawi] yg biasanya berwarna hijau. Menurut
::: sumber juga, kiblat lama dahulu adalah bertentangan 180° dgn kiblat baru Kaabah. Jadi,
::: kiblat lama itu, kini adalah di pintu masuk utama Masjid Qiblatain.
~ Wallahualam, Allah Maha Mengetahui. [for more info, klik perkataan berwarna hijau]

11 comments:

  1. "Memang seronok ke Tanah Suci Mekah dan Madinah." Itu kata2 dari Ibu Mertua yang baru balik dari menunaikan Haji Januari lepas. Mulutnya tak lekang bercerita tentang Madinah dan Mekah serta Jeddah. Sekurang2nya sekarang dah nampak visualnya. Terimakasih Zul.

    ReplyDelete
  2. Berjalan sambil beribadat. Aktiviti yang terbaik.
    First time aku tengok gambor dari Bukit Uhud .... aku sentiasa tertanya tanya keadaan muka bumi perang tu sejak dari dulu lagi

    ReplyDelete
  3. wei.buat umrah lagi?
    berapa kali umrah dah nie.
    bley la aku p.lepak dengan hang.
    bley lama skit zul.

    ReplyDelete
  4. hmm, structure bangunan mmg marvelous ;) beruntung dpt jejak kaki dkt sana ... ehem, x ader bawa baik kurma utk org sini ke? hehe

    ReplyDelete
  5. tenang btul tgk gambo2 kat entri ni...
    rasa nak terbang je trus kat sana.. ek ekk ..
    insyAllah akan terbanglee..
    suke sgt kat pemndgn dr atas bukit..waaa...

    ReplyDelete
  6. wahhh..
    canteknye..
    sangat kagum..
    :)

    ReplyDelete
  7. >> mmg mengasyikkan tengok gambar ni bro...

    ReplyDelete
  8. Salam sdr Zul
    Gambar dan info yg sangat mengasyikkan

    ReplyDelete
  9. bro saya rasa perkataan yg betul ialah mutawwif (org yg memandu kita melakukan tawaf) mutawwil tu dah lain pulak rasa maknanya

    :-D

    Entryku kali ini

    Secawan air sekeping roti
    Pengalas perut diwaktu makan
    Digerakkan hati ingin bercuti
    Rupanya kebaikan TUHAN suratkan

    ReplyDelete
  10. wah....bro respek laa...gambar menarik dan banyak info2 yg aku dapat...

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!