Thursday, April 23, 2009

Qatar Airways, Doha Qatar & King Abdulaziz International Airport

umrah-selfportraitx
::: Kami sekeluarga telah memilih pakej umrah daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
::: yang menawarkan harga berpatutan, tak sampai pun RM5000.. mungkin disebabkan
::: pakej tersebut menggunakan penerbangan Qatar Airways yang lebih murah tiketnya
::: berbanding Malaysia Airlines. Terdapat 1 transit di Doha, Qatar selama 6 jam sebelum
::: berlepas ke Jeddah. Sama juga dengan penerbangan pulang ke Malaysia. Tempat tinggal
::: kami di Madinah & Mekah pun bukanlah 5 bintang, tapi alhamdulillah cukup selesa &
::: agak berdekatan dengan Masjid Nabawi ( المسجد النبوي ) & Masjidil Haram ( المسجد الحرام ).

qumrahkolajjeddah
qumrahkolajdoha
qumrahkolajqatar

::: Pada [6/4/2009] jam 3.35am, saya menaiki penerbangan Qatar Airways berlepas ke Doha,
::: Qatar. Qatar Airways memang best, selain bacaan doa perjalanan sebelum berlepas, Qatar
::: Airways turut memberi cenderahati kepada penumpangnya seperti kain tutup mata [untuk
::: tidur], stokin, earphone, toothpaste/brush dalam satu beg kecil. Bukannya saya tidak pernah
::: menaiki kapal terbang sebelum ini, tapi kebetulan kawan officemate saya pun menunaikan
::: umrah 2 minggu awal daripada saya, telah menaiki penerbangan Malaysia Airlines & apabila
::: kami bertukar2 cerita balik dari umrah, katanya Qatar Airways 'lebih macam2 ada' [huhu]..
xDSC00419
::: Transit di Doha Qatar International Airport selama 6 jam [huhu] memang lama. Kemudian
::: berlepas ke Jeddah & tiba di King Abdulaziz International Airport jam 3.30pm. Perbezaan
::: yang paling ketara antara Malaysia & negara Timur Tengah ini adalah kawasan sekitar
::: airportnya yang berpasir & berbatu2.. coklat & kuning ajer pemandangannya [hehe].. very
::: interesting to see all the differences between Malaysia & middle east countries. Niceee..
~ gambar saya tgh tido sopan tuh [paling atas] captured by my brother..

6 comments:

  1. salam..pe kabar??sihat??kenal tak saya ??arrembawi.wah.sudah bertukar ke Blogspot?bagus2saya pon dah bertukar ke blogspot gak.cuma skng nih tak di update dgn gambar sebab tak sempat.hehe..
    ape pon dgr2 g umrah??semoga mendapat umrah yang mabrur.insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

    saya do'akan bro dpt menunaikan Haji pulak... nanti bleh share picture kat sini... kire sbg kado (gift) buat mereka yg akan smpi ke Tanah Suci & Bandaraya Bercahaya.... all the best!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah......
    dah pegi umrah dah pon bro..

    ReplyDelete
  4. Wah! Tahniah bro ..... dapat beribadat sambil mengembara! Best tu

    ReplyDelete
  5. owh pi umrah rupenyeee.. bestnyeeeee..... rindu btul kat mekah...
    waaaa..lagu blog pun lebih menginsapkan hehheee....

    ReplyDelete
  6. Bagi sesaorang yang x pernah kemana2 seperti uols ni, kena lama digest/imagine apa yg ditulis. Sopan je tidur!

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!