

::: Salam semua.. kali ini saya ceritakan pula ziarah di Mekah yg melibatkan byk gak tempat2
::: menarik lagi bersejarah spt Gua Hira' di Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah/Arafat & Mina.
::: Gambar unta berhias cantik di atas ni diambil ketika saya menziarah Jabal Rahmah [huhuhu].
::: Alhamdulillah dapat juga saya menunggang unta.. 1st time naik unta, scary gak ye [hehehe]..
::: Teringat kisah ketika Rasulullah saw tiba [berhijrah] di Yathrib [Madinah], disambut meriah
::: oleh penduduk & menawarkan Rasulullah saw tempat tinggal di rumah mereka.. Tetapi utk
::: tidak mengecilkan hati semua, Rasulullah saw melepaskan untanya & memilih tempat tinggal
::: di mana unta itu berhenti.. سبحان الله, unta itu berhenti di tempat Masjid Nabawi didirikan kini..


::: سبحان الله tingginyeerr Gua Hira' ( غار حراء ) di Jabal Nur ( جبل النور ).. itulah kata-kata
::: hati kecil saya ketika pertama kali saya melihat Jabal Nur. Kemudian terfikir saya bgmn lah
::: agaknya isteri Rasulullah saw, Khadijah ra binti Kuwailid ( خديجة ) mendaki untuk memberi
::: keperluan makan/minum, menenangkan & memastikan keselamatan Rasulullah saw yang
::: dikasihi saban hari.. Walaupun saya pernah mendaki bukit/gunung di Malaysia, saya dapat
::: rasakan Jabal Nur ini sangat mencabar krn faktor cuaca & struktur tanah yg berbatu2 tajam
::: apatah lagi seorang wanita berusia 40an mendakinya. Sebak & sedih bila mengenangkan
::: pengorbanan beliau sehinggakan Rasulullah saw pernah bersabda: "Di saat semua orang
::: mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia
::: meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta
::: kekayaannya kepadaku."
::: Gua Hira' adalah tempat Rasulullah saw bermeditasi & tmpt Baginda saw menerima wahyu
::: pertama drpd Allah swt melalui Malaikat Jibril as [surah al-'Alaq]. Saya tidak berpeluang
::: mendakinya kerana faktor2 yg tak dpt dielakkan walaupun pihak rombongan menawarkan
::: kami untuk mendakinya pada waktu malam.. Dengar cerita drpd rakan2, pemandangan dari
::: atas puncak boleh nampak Masjidil Haram yg terang bederang dgn lampu.. سبحان الله


::: Jabal Thur pula adalah bukit yg didaki oleh Rasulullah saw bersama-sama Saidina Abu
::: Bakar as-Siddiq ra ( أبو بكر الصديق ) ketika menyelamatkan diri drpd ancaman orang2
::: Quraisy Mekah ketika berhijrah ke Madinah. Di situ, terdapat sebuah gua dipanggil Gua
::: Thur, tempat di mana Rasulullah saw & Saidina Abu Bakar ra bersembunyi selama 3 hari.
::: Ketika orang2 Quraisy mendekati gua tersebut, seekor burung merpati lantas membuat
::: sarang & bertelur di dlmnya & seekor labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua
::: bagi mengaburi pandangan orang2 Quraisy tersebut tanpa mengesyaki apa2.
::: Sebuah kisah lagi berkenaan Gua Thur ini ialah pengorbanan Saidina Abu Bakar ra dipatuk
::: ular berbisa di kakinya ketika Rasulullah saw sedang tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar ra.
::: Selepas Rasulluah saw mengetahui hal tersebut, Baginda saw menyapukan luka patukan ular
::: dgn air liur Baginda saw & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.


::: Saya juga menziarahi Padang Arafah, tempat jemaah haji, wukuf pada waktu tengahari di
::: hari ke-9 bulan Zulhijjah. Saya lihat Padang Arafah penuh dgn pokok2 hijau yg renek &
::: rimbun serta kemudahan tandas yg serba lengkap. Di sini juga terdapat sebuah bukit iaitu
::: Jabal Rahmah, tempat Rasulullah saw menyampaikan khutbah terakhirnya. Di sinilah juga
::: tempat pertemuan Nabi Adam as & Hawa setelah Nabi Adam as diturunkan di Sri Lanka &
::: Hawa di Jeddah dari syurga. Kerana itulah tempat ini terkenal dengan mereka yang ingin
::: mendptkan jodoh dgn berdoa.
::: Di kaki bukit, banyak unta2 dihias cantik disediakan utk pelancong menunggangnya dgn
::: harga 10 Riyal [huhu].. Sesiapa yg bakal menziarahi Jabal Rahmah ini juga jgn terkejut ye,
::: kerana di sepanjang tangga bukit ini banyak betul pengemis2 meminta sedekah.. Memang
::: kasihan, tapi jika sekali kita beri wang sedekah, yg lain akan berebut2 meminta sampai seluar
::: saya pun ditarik2nya.. Di atas bukit ini pun byk sekali peniaga2 menjalankan perniagaan
::: termasuklah mengambil gambar, sama spt di Bukit Uhud & Masjid Quba di Madinah.


::: Kemudian bas kami membawa kami semua ke Mina sebagai tempat dilaksanakannya
::: kegiatan lontar jumrah dalam ibadah haji tahunan, yang berlangsung sejak matahari terbit
::: hingga terbenam pada hari terakhir ibadah haji.. Beribu2 khemah putih moden dilengkapi
::: aircond dipasangkan secara luasnya di Mina.. Banyaaaaaak sangat! Kerajaan Arab Saudi juga
::: giat membangunkan hotel2 moden bagi menggantikan khemah2 putih ini berdekatan dengan
::: kompleks Jamrah yg turut dibangunkan secara bertingkat2.. Memang hebat!
::: Tak jauh dari jalanraya Mina ini, terdapat 2 buah terowong di Mina yg byk kali meragut
::: nyawa ketika musim haji pada zmn dahulu. Di Mina ini saya lihat betapa jauhnya perjalanan
::: jika berjalan kaki dari Arafah ke Mina ini.. Sebab itu ler ketika usia muda2 inilah sesuai kita
::: melakukan ibadah haji.. Insya-Allah.. Tapi kalau dah tua, memang susah agaknya..
~





::: [p/s]: thank you very much bro ouled kenitra, saya dah betulkan dah [huhu]..