Monday, August 9, 2010

Ramadan 1431 Hijrah

Ramadan 1431 Hijrah - Masjid Jamek Pasir Gudang
::: Gambar di atas diambil di tasik Pasir Gudang berhampiran Bukit Layang-Layang, tempat penganjuran
::: Festival Layang-Layang Antarabangsa. Pemandangan menghadap Masjid Jameknya memang cantik.
::: Masjid nih luaran jer nampak besar, tapi sebenarnya mempunyai luas dalaman yang kecil sahaja, ibarat
::: Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Paling best masjid ini aku rasa, tempat meletak kenderaan & tempat
::: berwuduk sangat dekat dengan pintu utama bangunan masjid. Dahulu Masjid Jamek Pasir Gudang ini
::: pada waktu malam dihiasi dengan lampu-lampu neon kecil berwarna kuning [ klik sini ], kini digantikan
::: dengan lampu suluh besar berwarna putih dari tanah. Tasik tersebut pula biasanya tempat aku berjogging
::: apabila ada kelapangan [hehehe].. Memang kawasan ini mempunyai pemandangan sangat cantik..

::: Alhamdulillah.. Ramadan kembali lagi, memang tertunggu-tunggu nikmat & keseronokan bulan Ramadan
::: ini. Semoga di bulan keberkatan ini, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah yang biasanya kita lalai.
::: Sabda Rasulullah saw: ‘3 doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi
::: & orang yang bermusafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

~  Salam Ramadan semua.. selamat berpuasa & berterawih..

5 comments:

  1. Salam & hai Zul,
    Cantik gambar masjid tu, mmg betul pun keluasan dalam masjid tu agak terhad. Kalu tiba time semayang Jumaat, sure jalan kat situ jammed sbb byk kereta parking kat kawasan tu kan...

    Anyway, selamat menyambut ramadhan al-mubarak ye, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat anda sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ... rezeki kita jumpa ramadhan lagi tahun ni ... selamat berpuasa kepada semua umat islam dalam blog anda dan terutama sekali zul & family ... maaf jika saya ada terkasar bahasa ke selama kita berkawan ;)

    salam

    ReplyDelete
  3. dorang kater start last year dah x buat lagi festival layang2 kat pasir gudang.. last year buat kat taman dato onn ghiteww..

    ReplyDelete
  4. ::: salam en.me, festival layang2 antarabangsa ke-15 saya rasa telahpun dibuat di Bukit Layang2 Pasir Gudang pada 26-27 Jun 2010 (Sabtu & Ahad) sempena pengisytiharan PG sebagai perbandaran. i think it was a small event for 2 days only.. saya pon lambat tahu psl tuh.. no big news about it.

    ~ link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_MPPGdiisytiharperbandaran1Julai/Article

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!