Tuesday, May 25, 2010
Go Green: Tanjung Piai Mangrove Clean Up
::: Pada 17 April 2010, aku joined program Go Green: Tanjung Piai Mangrove Clean-up di Taman Negara
::: Tanjung Piai, Pontian, Johor. Program ini telah dianjurkan oleh sebuah IPT bertujuan memberi kesedaran
::: betapa pentingnya hutan paya bakau dalam kehidupan di samping mengekalkan ekosistem serta menjaga
::: kebersihan hutan dan pesisiran pantai di Malaysia. Seramai 60 volunteers terlibat, dari pelbagai peringkat
::: umur tiba di perkarangan Pusat Interpretasi Taman Negara Tanjung Piai diberi penerangan oleh pegawai
::: tentang hutan paya bakau Tanjung Piai dan hidupan liarnya. Untuk melihat gambar-gambar sekitar Taman
::: Negara Tanjung Piai ini, bolehlah lawati entry aku yang lepas: klik sini Tanjung Piai dan Pulau Kukup
::: dan Homestay Tanjung Piai. Pada mulanya program ini dibuat untuk penanaman benih pokok bakau
::: tetapi telah ditukar setelah mendapati penanaman benih sudah terlalu banyak dilakukan oleh para aktivis
::: sehinggakan tiada tempat lagi untuk ditanam. Pegawai di sana menyarankan program pembersihan hutan
::: paya bakau lebih bagus dilakukan memandangkan banyak sampah-sarap terkumpul di pesisir pantai hutan
::: paya ini. Lagipun fungsi hutan paya bakau memang bertujuan sebagai penyekat sampah selain penghalang
::: hakisan serta tempat tinggal anak-anak ikan.
::: Memang penat memungut sampah [huhu] walaupun aku jalan di belakang sekali [orang depan dah habis
::: pungut huhu]. Dengan cuaca panas melampau dan perjalanan kaki yang jauh memang mencabar fizikal
::: dan mental tapi hasilnya amat membanggakan kami semua setelah hutan paya bakau ini kelihatan lebih
::: bersih berbanding sebelumnya. Setelah makan tengah hari, kami ke Tanjung Piai Honey Bee Farm yang
::: terletak tidak jauh dari Taman Negara. Cikgu Aziz Samad, presiden pengusaha Homestay Tanjung Piai
::: membawa kami serta diberi penerangan serba ringkas oleh pengusaha-pengusaha Honey Bee Farm.
::: Menariknya, demostrasi memegang papan sarang lebah memukau perhatian semua, malah kami juga
::: diberi peluang untuk mencuba. Kemudian kami berpeluang mencuba merasa madu lebah 'fresh' yang baru
::: dikeluarkan dari rumah lebah. Sedap betul! Cuma bahagian dinding sarang lebah itu tidak perlu ditelan
::: kerana sifatnya seperti chewing gum yang kenyal. Lama jugaklah aku kunyah sebelum aku diberitahu
::: benda tuh tak payah telan [huhuhu]..
::: Aku telah ditag oleh Eryne baru-baru ini. Berikut ialah soalan dan jawapannya: (1) Apa yang anda akan
::: buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda? sedih dan marah (2) 6 orang di hati anda? ibu,
::: bapa, kakak, adik, sahabat dan kawan aku (3) Anda rasa anda comel? kadang-kadang [huhu] (4) Single
::: or taken? single (5) Blog yang anda suka? photography blog (6) Adakah bilik anda kemas setiap hari? ya
::: setiap hari (7) Lagu terakhir yang anda dengar? Akim AF7 - Inilah Cinta (8) Last text message? 'cuci huhu'
::: [texting with my buddy about Astro Ria] (9) Last phone call? 7.20 am - from my dad (10) Hari terakhir
::: anda menangis? tak ingat tapi adalah hari tu masa tengok filem kartun Astro Boy [hehe] sedih ler cerita tuh
::: (11) List lima color favorite anda? kuning, oren, biru, hijau, coklat.. (12) Orang terakhir anda ber-YM?
::: dah lama tak online, tak ingat tapi kawan2 opis jer laa (13) Game paling anda suka? PC: command &
::: conquer; PS2: defjam NY street fight; real-life: dah pupus (14) Adakah anda peminat MCR? tak faham..
::: (15) Apa perasaan anda jawab tag ni? alamak! [hehe] (16) Anda rasa tag ini best? ok. Semua soalan tag
::: ini boleh rujuk di blog Eryne, klik sini. Terima kasih Eryne, ingat juga kepada saya.. anyway minta maaf
::: banyak-banyak sekiranya jawapan saya tak seberapa.. sekarang ini saya kurang sihat sebab demam baru
::: nak kebah.. alhamdulillah hari ni dah ok sikit..
~
Labels:
forest,
johor,
waterscape
Thursday, May 20, 2010
Monitor baru: AOC e936Vw
::: Aku nak share tentang masalah yang aku hadapi dengan komputer monitor aku, Acer AL1916 19 inci
::: sejak setahun yang lalu. Monitor aku akan blank out setiap 5 minit dan aku terpaksa menunggu beberapa
::: minit untuk on semula monitor. Kebelakangan ini, sesi blank out berlaku lebih kerap tak sampai 5 minit dah
::: pun off. Mula-mula ingatkan masalah overheating pada graphic card, tapi setelah dibuka casing; bersihkan
::: habuk sawang semua, masalah masih berlaku. Kemudian aku bawa monitor ke office, sambung dengan pc
::: office, pun masih sama. Setelah mencari jawapan di beberapa forum di internet, aku rasa inverter atau
::: lampu backlight dalam monitor aku ada problem; rosak mungkin. Sedih betul ler.. Aku rasa aku selalu
::: mengangkut pc dan monitor aku setiap kali aku pulang ke KL. Proses angkat-mengangkat itu kot yang
::: menyebabkan monitor aku malfunction. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa aku tak bawa laptop,
::: sebab aku memang takde laptop [hehe] yang ada pun, 3 laptop aku dah ketinggalan zaman; masalah
::: karbon bateri yang takde spare-part dan semuanya dah rosak.
::: Oleh sebab dalam bulan ini aku terlalu banyak tugasan office yang memerlukan penggunaan komputer,
::: terpaksalah juga aku beli monitor baru [huhu].. Pencarian monitor baru di JB bukanlah semudah di KL,
::: lagipun di pertengahan bulan, duit dah ciput [hehehe].. Minggu lepas di KL, pi Lowyatt beli benda lain,
::: tak terfikir pun fasal masalah monitor aku. Ketika itu monitor aku tak seserius mana. So, di Landmark
::: aku beli monitor AOC e936Vw 18.5 inci; sedikit kecil saiz skrinnya berbanding yang lama. Harga pun
::: boleh tahan: RM399 tunai dan +2% jika kad kredit. Perbezaan paling ketara, dulu skrin TFT, sekarang
::: skrin LED. Terang pula skrinnya [huhu] dan resolusi LED memang cantik dan lebih sharp. Aku tengok
::: gambar-gambar di blog aku dah lain jadinya.. Tapi aku berpuas hati dan from today aku kena jaga betul-
::: betul monitor baru ni. Yang lama, akan dibaiki di Lowyatt.
~ more info about AOC e936Vw monitor click here.
Labels:
anything
Saturday, May 8, 2010
Sungai Kampar White Water-Rafting, Gopeng, Perak
::: Keesokan harinya, 4/4/2010 kami melakukan aktiviti white water-rafting di Sungai Kampar, Gopeng,
::: Perak diselia oleh Traverse Tours atau lebih dikenali RiverBug sebagai instructor / rafter-pro. Untuk
::: pengetahuan, aliran Sungai Kampar juga merupakan sebahagian aliran sungai Gua Tempurung. Kami
::: bertolak ke checkpoint permulaan dengan menaiki lori [hehehe] memang seronok! Belum lagi rafting, tapi
::: dah rasa 'adventure'nya apabila lori memasuki kawasan kampung & bukit yg berbonggol-bonggol jalan-
::: nya. Setelah hampir 20 minit perjalanan kami tiba & terus diberi penerangan oleh Max tentang prosedur
::: keselamatan & cara-cara yang betul mengemudi rafting boat. Sebelum itu semua peserta dikehendaki utk
::: mengisi borang jaminan keselamatan. Kemudian kami diminta memilih topi keledar & jaket pelampung
::: keselamatan yang sesuai & mengangkat rafting boat yang berat itu ke tebing Sungai Kampar. Rafter-pro
::: kami bernama Ari menjadi anchor pengemudian boat kami.
::: Di permulaan rafting, kami dilepaskan satu-satu bagi mengelakkan boat kami berlanggar satu sama lain.
::: Seperti gambar di atas, itulah permulaan kami ketika rafting [huhu] memang adventure! 3 gambar di atas
::: diketuai oleh rafter-pro Den, Max & Ikram. Berhempas pulas jugaklah kita orang handle boat untuk
::: ke kanan, kiri & ke belakang [hehehe] penat tapi nasib baik ada rafter-pro yang mengawal keseluruhan
::: pengemudian. Mereka jugalah yang akan memberitahu di mana tempat-tempat yang perlu kami berhati-
::: hati dengan memasukkan kedua kaki kami di celah boat untuk mengukuhkan kedudukan kami di atas
::: boat ketika berdayung. Jika tidak, kami boleh tercampak ke dalam sungai yang deras. Kalo anda perasan
::: di dinding luar boat ada tali panjang yang diklip untuk dipegang sekiranya boat melalui kawasan bahaya.
::: Apabila tiba di kawasan bahaya, rafter-pro akan menjerit 'boom boom!!!' secepat kilat kami mengalih
::: kedudukan dari atas bahu boat ke lantai boat sambil memegang tali yang diklip di tepi. Manakala dayung
::: kami di halakan lurus ke sisi boat. 4 gambar di bawah adalah keadaan 'boom boom' rafting kami [huhu]
::: scary!!! Satu boat masuk dalam air [hahaha] best giler! Peringatan: topi keledar keselamatan perlu dipakai
::: selalu & jangan dibuka sehingga tamat aktiviti.
::: Di checkpoint tertentu kami berehat & minum seketika sambil ambil gambar. Di sini juga kami disuruh
::: mengapungkan diri dalam air sungai, membiarkan air sungai membawa tubuh kami. Di hujung nanti, ada tali
::: perangkap untuk menahan kami. Oh ya, pasal gambar, gambar-gambar yang ditulis 'RiverBug' itu diambil
::: oleh jurufoto RiverBug di atas batu di tepi sungai. Semua gambar yang diambil oleh RiverBug dijual kpd
::: peserta [dibayar secara pakej] & dimasukkan ke dalam CD di akhir aktiviti. Satu CD berharga RM200.
::: Gambar-gambar yang lain daripada kamera aku sendiri [hehehe] diambil oleh aku, Ari & rakan-rakan.
::: Masa inilah bergunanya kamera kecik, tahan lasak & kalis air. Jangan risau kerana setiap boat ada
::: menyediakan beg kalis air untuk meletak barang-barang seperti kamera dll. Oleh kerana boat kami paling
::: akhir sekali bergerak, maka Ari buatkan aktiviti khas untuk kami iaitu 'banana ride'. Kami disuruh duduk
::: di bahu boat dengan satu kaki di dalam, satu kaki di luar. Semua daripada kami duduk di sebelah kiri.
::: Kemudian entah macam mana, tiba-tiba Ari terbalikkan boat!!! [hehehe] Semua orang tenggelam & ada
::: yang berada di bawah boat, [termasuklah aku] panik siot! Tapi memang seronok! [huhu] Peringatan,
::: 'banana ride' ini hanya boleh dilakukan semasa di kawasan air sungai yang tenang sahaja yaa.. & pakai
::: seluar khas yang tidak mengelembung bila masuk air atau yang susah terlucut bila kita cuba memanjat
::: masuk ke dalam boat bila kita dari dalam air [hehehe].. Anyway, pengalaman di Gopeng, Perak memang
::: best & sukar dilupakan!!!
::: Sungai Kampar White Water-Rafting berskala Gred 1-3 untuk tahap kesukaran. Paling mencabar di
::: Malaysia ialah Sungai Selangor: Fraser Hills Gred 2-5; Sungai Telom: Cameron Highlands Gred 5; &
::: Sungai Singgoh: Temenggor Gred 5. Manakala Sungai Padas: Sabah Gred 3-4. More info about white
::: water-rafting in Malaysia click here [.pdf]
~ more info about the Sungai Kampar white water-rafting package click here atau di perkataan berwarna.
Labels:
perak,
waterscape
Saturday, May 1, 2010
Gua Tempurung Caving, Gopeng, Perak
::: Salam semua, maaf jikalau terlambat update blog ini disebabkan sibuk ke sana sini sepanjang bulan April
::: yang lepas. Pada 3-4 April 2010, aku join aktiviti caving & rafting di Gopeng, Perak. Buat permulaan ini,
::: aku upload gambar-gambar sekitar aktiviti caving di Gua Tempurung. Kalau tak tahu kat mana lokasi
::: Gua Tempurung, senang ajer.. bersebelahan dengan PLUS Highway sebelum tiba di Tol Ipoh jika dari
::: KL. Memang besar gedabak gua ni, mesti tak boleh miss. Petunjuk arah pun ada di mana-mana. Kami
::: tiba di tapak perkhemahan betul-betul beberapa meter dari bukit batu kapur di mana Gua Tempurung
::: terletak. Selain tapak perkhemahan, kawasan Gua Tempurung ini ada menyediakan kemudahan asas
::: untuk pengunjung seperti dewan terbuka, kedai makan / cenderahati, surau & tandas awam. Untuk
::: masuk ke gua, pengunjung dikenakan tiket bayaran antara RM6-RM22 bagi orang dewasa berdasarkan
::: jenis pakej tour. Macam kami, kami memilih pakej Grand Tour RM22 selama 3 jam setengah perjalanan
::: bagi aktiviti caving.
::: Menurut tour guide kami, Gua Tempurung merupakan gua yang terbesar & terpanjang di Semenanjung
::: Malaysia. Berukuran 1.9km panjang & 120m tinggi. Diperolehi nama bersempena dengan tinggalan
::: tempurung kelapa yang banyak di dalam gua dibawa oleh pihak komunis Malaya yang menjadikan gua ini
::: sebagai tempat persembunyian. Menurut wikipedia pula, namanya diambil dari bentuk gua seperti bentuk
::: tempurung kelapa. Semasa caving, banyak juga bukti-bukti peninggalan orang dahulu pernah tinggal dalam
::: gua ini seperti tulisan Cina di batu dalam gua. Nasib baik ada peserta berbangsa Cina, apa yang boleh
::: diberitahu beliau, hanyalah tarikh catatan tersebut ditulis pada tahun 1950an & selebihnya sukar ditranslate
::: ke bahasa Melayu kerana ayatnya yang berpuisi.
::: Untuk permulaan caving, memang seronok sebab dapat lihat rupabentuk dalam gua diindahkan dengan
::: lampu berlainan warna. Takjub jugalah melihatnya [huhu] & terkesima bila kami mendongak tinggi laluan
::: tangga menuju hampir ke puncak siling gua.. Tinggi bebenar! Setelah jauh berjalan, sampailah ke satu
::: tempat di mana tiada lagi lampu [huhuhu] masa tulah baru rasa adventure berjalan dengan lampu picit ajer.
::: Bukan setakat berjalan, tapi merangkak dalam air [banyak mencangkung lorr - penat!], masuk lubang
::: keluar lubang & menggelongsor ke bawah. Dalam keadaan cahaya yang terhad, bila menggelongsor
::: memang scary sebab tak nampak apa di bawah. Yang pasti ramai jugak yang terpele-ot & terguling-
::: guling bila jatuh [hehehe] tak kiralah perempuan atau lelaki termasuklah aku. Tinggi siot jatuh! Paling best
::: bila mula berjalan dalam air macam kat Gua Batu Maloi pulak rasanya tapi Gua Tempurung lagi lama
::: berjalan dalam air, cuma tak berapa dalam. Akhirnya kami tiba di pintu gua yang besar [rasanya yang
::: menghadap highway - tak nampak sebab banyak pokok]. Perjalanan balik, kami melalui laluan yang lain
::: [masih laluan berair] & tiba di anak sungai bersebelahan dengan tapak perkhemahan kami. Lebih
::: kurang 4 jam caving memang best [huhuhu] rasa nak buat lagi!
~ more info about the Gua Tempurung tour package, click here atau di perkataan berwarna.
Subscribe to:
Posts (Atom)