Saturday, May 1, 2010

Gua Tempurung Caving, Gopeng, Perak

Pemandangan pagi di tasik Gua Tempurung

::: Salam semua, maaf jikalau terlambat update blog ini disebabkan sibuk ke sana sini sepanjang bulan April
::: yang lepas. Pada 3-4 April 2010, aku join aktiviti caving & rafting di Gopeng, Perak. Buat permulaan ini,
::: aku upload gambar-gambar sekitar aktiviti caving di Gua Tempurung. Kalau tak tahu kat mana lokasi
::: Gua Tempurung, senang ajer.. bersebelahan dengan PLUS Highway sebelum tiba di Tol Ipoh jika dari
::: KL. Memang besar gedabak gua ni, mesti tak boleh miss. Petunjuk arah pun ada di mana-mana. Kami
::: tiba di tapak perkhemahan betul-betul beberapa meter dari bukit batu kapur di mana Gua Tempurung
::: terletak. Selain tapak perkhemahan, kawasan Gua Tempurung ini ada menyediakan kemudahan asas
::: untuk pengunjung seperti dewan terbuka, kedai makan / cenderahati, surau & tandas awam. Untuk
::: masuk ke gua, pengunjung dikenakan tiket bayaran antara RM6-RM22 bagi orang dewasa berdasarkan
::: jenis pakej tour. Macam kami, kami memilih pakej Grand Tour RM22 selama 3 jam setengah perjalanan
::: bagi aktiviti caving.

Suasana waktu senja & pagi di Gua Tempurung
Sekitar camping site Gua Tempurung

::: Menurut tour guide kami, Gua Tempurung merupakan gua yang terbesar & terpanjang di Semenanjung
::: Malaysia. Berukuran 1.9km panjang & 120m tinggi. Diperolehi nama bersempena dengan tinggalan
::: tempurung kelapa yang banyak di dalam gua dibawa oleh pihak komunis Malaya yang menjadikan gua ini
::: sebagai tempat persembunyian. Menurut wikipedia pula, namanya diambil dari bentuk gua seperti bentuk
::: tempurung kelapa. Semasa caving, banyak juga bukti-bukti peninggalan orang dahulu pernah tinggal dalam
::: gua ini seperti tulisan Cina di batu dalam gua. Nasib baik ada peserta berbangsa Cina, apa yang boleh
::: diberitahu beliau, hanyalah tarikh catatan tersebut ditulis pada tahun 1950an & selebihnya sukar ditranslate
::: ke bahasa Melayu kerana ayatnya yang berpuisi.

Sepanjang aktiviti caving di Gua Tempurung
Di pintu Gua Tempurung

::: Untuk permulaan caving, memang seronok sebab dapat lihat rupabentuk dalam gua diindahkan dengan
::: lampu berlainan warna. Takjub jugalah melihatnya [huhu] & terkesima bila kami mendongak tinggi laluan
::: tangga menuju hampir ke puncak siling gua.. Tinggi bebenar! Setelah jauh berjalan, sampailah ke satu
::: tempat di mana tiada lagi lampu [huhuhu] masa tulah baru rasa adventure berjalan dengan lampu picit ajer.
::: Bukan setakat berjalan, tapi merangkak dalam air [banyak mencangkung lorr - penat!], masuk lubang
::: keluar lubang & menggelongsor ke bawah. Dalam keadaan cahaya yang terhad, bila menggelongsor
::: memang scary sebab tak nampak apa di bawah. Yang pasti ramai jugak yang terpele-ot & terguling-
::: guling bila jatuh [hehehe] tak kiralah perempuan atau lelaki termasuklah aku. Tinggi siot jatuh! Paling best
::: bila mula berjalan dalam air macam kat Gua Batu Maloi pulak rasanya tapi Gua Tempurung lagi lama
::: berjalan dalam air, cuma tak berapa dalam. Akhirnya kami tiba di pintu gua yang besar [rasanya yang
::: menghadap highway - tak nampak sebab banyak pokok]. Perjalanan balik, kami melalui laluan yang lain
::: [masih laluan berair] & tiba di anak sungai bersebelahan dengan tapak perkhemahan kami. Lebih
::: kurang 4 jam caving memang best [huhuhu] rasa nak buat lagi!

 more info about the Gua Tempurung tour package, click here atau di perkataan berwarna.

19 comments:

  1. haku baru je balik dari gua niah, kehh

    salamm n thanx singgah ke blog haku yang xde apa2,

    ReplyDelete
  2. salam,
    wahhh bestnyer...!!
    kay yg asal dari Perak pun belum pernah pergi..huhuuuu
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. huhuhu..idak le teman nak p meredah gua cenggini..kene kurus sekurus2nye dulu kot baru muat nak p buat caving ni..hahaha.

    ReplyDelete
  4. menarik..
    dah lama tak ikut adventure macam ni..
    mmg ada team yang organize ker??
    dah dapat semangat sikit..
    SLR memang jadi impian saja..
    tetap sayang my compact!!!!

    ReplyDelete
  5. penah pegi (2009)... memang seronooookkkk! :D

    ReplyDelete
  6. ~ Wow, x takut masuk air or berlaga2 dgn dinding gua ke dok bwk masuk kamera dlm tu..? Lighting mengancam..

    (,") Merci..

    ReplyDelete
  7. bro zul, best sangat! teruja je tgk aktiviti kali ni.. jarang jumpa org dok buat aktiviti caving ngan rafting ni.. selalu dok tgk org panjat gunung ngan masuk hutan je. paling suka gambar first tu yang nampak reflection kat atas air tu.. mmg cun!

    ReplyDelete
  8. macam best jer.
    huhu.
    lain kali nak g gak ar.

    ReplyDelete
  9. Gua tempurung dalam wish list adventure trip, tapi hajat masih tidak kesampaian. Tiap kali ke utara hanya jeling-jeling aje. Tour tu disyaratkan untuk group aje atau ada bil. peserta yang minima bro?

    ReplyDelete
  10. Salam wak..ape kabar? Lama tak jengah sini. Masing2 sibuk.

    Amboi...macam biasalah saya akan selalu terkesima dengan foto-foto lawa yang awk ambil.. Subhanallah, cantiknya pemandangan kat sana. Tenang jer. Seronoknya boleh joinn xtvt camtu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    nice blog anyway...
    u mentioned about water rafting dkt Sg Kampar..i guess dkt Gopeng Resort pun ada..
    Gopeng Resort nice place.
    bnyk aktiviti ada dkt situ

    Regards,
    Inda

    ReplyDelete
  12. huhuhu best ler tmpat ni,,apsal x roger2 masa p tmpat ni....

    ReplyDelete
  13. pic 1st tu mmg teruja kalau tgk ;) cantik & sgt relax ... info yg bro bg pun mmg sgt berguna :)

    ReplyDelete
  14. xtvt caving kat gua tempurung pun best gak..mula2 tu just naik turun tangga je ...pas tu g men gelonsor,rangkak2 dah...hahaha....mmg best

    ReplyDelete
  15. bro, kawasan perkhemahan dekat area gua tempurung je ke? sewa berapa?

    ReplyDelete
  16. nak buat aktiviti kat sana...leh hubungi en.atan 019-5714363...dia akan uruskan aktiviti ngan tempat tido...memang sempoi ngan brader nie...rileks jer dia...

    ReplyDelete
  17. ::: Assalam ameer yusri, maaf lambat balas. link merah di cerita saya dah tak valid.. ameer boleh google je pakej gua tempurung atau layari website riverbud kampar. Atau saudara Anonymous di atas ini juga boleh bantu ameer. Enjoy the trip!

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!