
::: 5 km dari bandaraya Johor Bahru, terdapat sebuah tempat yang menarik bagi aku iaitu Stulang Laut.
::: Asalnya sebuah perkampungan nelayan seperti Senibong tetapi telah dipindahkan ke Stulang Baru kerana
::: pembangunan yang pesat bandaraya JB. Stulang Laut terkenal dengan The Zon sebuah pusat membeli-
::: belah 'duty free zone' yang mana, kalau nak masuk ada laluan untuk pemeriksaan kastam. Tapi bagi aku
::: Stulang Laut ini mempunyai pesisir pantai yang sangat cantik! Pohon-pohon kelapa yang ditanam di tepian
::: pantai beserta dengan laluan pejalan kaki, sambil melihat pemandangan Selat Tebrau memang mengasyik-
::: kan [huhuhu] Bukan orang 'couple' jer yang selalu lepak di sini, malah keluarga pun ada juga terutama di
::: pantai berhadapan dengan Foon Yew High School. Ada yang berkelah dan ada juga yang mandi-manda!
::: Terpulanglah sesiapa yang nak mandi [huhu] Pada hari biasa, kita boleh lihat orang menjala di waktu air
::: surut. Restoran makanan laut pun banyak dan ada yang agak ekslusif seperti di Jalan Tanjung Puteri. Yang
::: best aku rasa Mee Rebus Stulang Laut dan ofcourse restoran yang menyediakan shisha / water smoke
::: pipe dengan pelbagai perasa [hehe].. Apa-apapun, pemandangan waktu malam di sini memang cantik!

::: Tidak jauh dari Stulang Laut, kita boleh nampak Tambak Johor yang begitu famous [huhuhu] dengan
::: kontroversi mengenai isu jambatan bengkok. Menurut sejarah, Tambak Johor ini siap dibina untuk laluan
::: kenderaan bermotor pada tahun 1924 dan pernah dibom oleh pihak British pada Perang Dunia II bagi
::: menghalang kemasukan tentera Jepun ke Singapura. Selain itu, tambak ini juga sangat terkenal dengan
::: kesesakan lalulintas yang melampau [huhu] pada sewaktu ketika dahulu. Sekarang, Kompleks Kastam,
::: Imigresen dan Kuarantin (CIQ) siap dibina dan telah digunakan kini telah mengurangkan kesesakan di
::: Tambak Johor. Jika anda semua ke JB, terutama di Stesen Keretapi JB dan Plaza City Square, dah tak
::: sesak macam dulu. Kereta pun boleh parking berdekatan di tambak bagi mereka yang ingin mengambil
::: gambar macam dalam gambar di atas ini [huhu] Dari situ kita boleh lihat dengan lebih jelas lagi Woodlands
::: di Singapura. Bagi yang tak pernah ke Singapura, bangunan ada atap yang terkeluar-keluar itu [sebelah
::: bangunan flat] adalah kompleks kastam Singapura. Tapi CIQ Malaysia lagi cantik [hehehe].. Oh ya CIQ
::: ini bersambung dengan Stesen Keretapi JB serta ada skybridge untuk ke Plaza City Square. Very nice!
::: Gambar CIQ pada waktu malam di atas diambil ketika dalam pembinaan dari Hotel Naza JB.
~ all pictures taken by me troughout the years




