Friday, December 18, 2009

Sarang Buaya, Pasir Gudang, Johor

Sarang Buaya dan Tanjung Langsat
::: more pictures at mppg.gov.my

::: Sarang Buaya ini adalah di bwh pentadbiran Majlis Perbandaran P.Gudang. Luas keseluruhan
::: Sarang Buaya adalah seluas 8 ekar, ia dibina di dlm kawasan hutan paya bakau berhampiran
::: dengan pelabuhan dan zon bebas cukai Tanjung Langsat. Sebanyak 12 buah kolam khas telah
::: dibina yg boleh menempatkan secara keseluruhannya sebanyak 3,000 ekor buaya daripada
::: pelbagai saiz dan sebanyak 592 ekor buaya tembaga shj akan ditempatkan di sarang buaya
::: untuk dipelihara serta dipamerkan untuk pengunjung di kawasan ini. ~ info drpd mppg.gov.my

Sarang Buaya - Buaya Tembaga 3
Sarang Buaya - Buaya Tembaga 2
Sarang Buaya - Buaya Tembaga 1

::: Yg menarik tempat ini adalah lokasinya yg berhampiran dgn pantai Pasir Layar & pelabuhan
::: Tanjung Langsat yg indah. Bagaimanapun kedua2 tmpt tersebut tidak boleh dimasuki oleh
::: orang ramai atas sebab2 keselamatan. Angin sepoi2 bahasa & pemandangan laut paya bakau
::: adalah satu kelebihan kpd pelancong yg datang berkunjung. Sarang Buaya masih lagi dalam
::: pembinaan bagi menyediakan kemudahan asas yg sempurna spt jambatan menyeberangi
::: paya bakau ke lokasi, tempat parkir kereta & kafeteria menghadap laut & pelabuhan. Begitu
::: juga dgn buaya, masih belum byk lagi, malah difahamkan pihak pengurusan akan meletakkan
::: lebih byk spesis haiwan lain selain buaya spt burung2 di Sarang Buaya.

::: Utk ke sini agak keliru sedikit memandangkan petunjuk lokasinya masih belum dibetulkan.
::: Jika anda dari KL, terus sahaja mengikut lebuhraya P.Gudang hingga ke simpang 3. Belok
::: kanan & terus sehingga nampak papan tanda. Jika sesat, tanyalah pengawal keselamatan di
::: pintu masuk pelabuhan Tanjung Langsat / pantai Pasir Layar di sana. Sarang Buaya terletak
::: bersebelahan dgn pelabuhan & pantai ini.

::: Waktu melawat Isnin-Jumaat: 8am-6pm & hari minggu/cuti: 9am-7pm.
::: Tiket masuk bagi Dewasa: RM8, Remaja: RM6 & Kanak2: RM4
::: [oleh kerana masih dlm pembinaan, semua harga tiket telah dikurangkan]
::: Maklumat lanjut lawat lamanweb ini: klik mppg.gov.my atau klik sarangbuaya.com.my
::: Fotoblog lain: klik Pelabuhan Tanjung Langsat / Pantai Pasir Layar
~

9 comments:

  1. wahhhh banyaknye sang buaya tuh...
    ganas x...

    ReplyDelete
  2. tanjung langsat..........
    best tpt ni........
    masa blaja dulu slalu gak g jenjalan kat situ ngan kawan2..............
    sarang buaya ni baru lagi....patutla zaman sy blaja dulu x pernah dengar pon...

    slmt th baru bro.....smoga th ni lebih bermakna

    ReplyDelete
  3. 1) salam perkenalan & salam maal hijrah
    2) rupa nyer kat P/gudang ader ldg buaya yek
    3) naper mu suka tutup muka ???
    4) nak join naik gunung boley???
    5) koleksi gambar dan coretan yg menarik

    ReplyDelete
  4. ni kalau tergelincir masuk ... mak aihhh ... meremang! hehe

    salam maal hijrah bro! ;)

    ReplyDelete
  5. RE: maksud u lagu nih ker...
    http://www.youtube.com/watch?v=YWUjrKqHHb8

    (masa tuh i kecik lagik rasanyer)...huhuhuu

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. RE: layannnn....
    http://www.youtube.com/watch?v=uH80XdOWI_4

    ReplyDelete
  7. asalamulaikum.....
    lama benar tak ke Johor.... sejak kahwin dan tukar kerja ke KL , seremban dan terus menetap kat seremban.... masa anak dara dulu lama gak duduk Johor Bahru.... Jalan Dato' Dalam depan Hotel Rasa Sayang...kalau shopping kita orang ke S'pore je... paling tidakpun kat Woodlands... seronok... air terjun Kota Tinggi... rasanya sebulan sekali mesti pegi... naik bas berebut... ada yang naik ikut tingkap... apa taknya... kalau tak dapat naik tak baliklah.. bas bukan banyak pun..takut kalau-kalau kena tidur kat lombong tu... seram....sekarang ni air terjun dah ada chalet, masuk dah kena bayar... terasa ingin gak nak ke sana... tak tau bila.........

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!