Saturday, October 3, 2009

UFO Sighting in Plentong & Kulai, Johor on October 2, 2009

::: Terlebih dahulu aku minta maaf sbb tajuk post aku kali nih mcm terkeluar dari tema yg nak
::: aku paparkan di blog.. gambar pon takde, hanya illustrasi yg dibuat oleh aku bagi menunjuk
::: kan apa yg aku nampak pada malam semalam.. mungkin kerana benda nih mcm kes nampak
::: hantu, zaman moden nih ramai yg kurang mempercayainya lagi.. [huhuhu] orang boleh gelak
::: & buat lawak bila kita bercerita kisah2 seperti ini. Aku pon, kalo aku dengar [hehe] cuma
::: peristiwa malam semalam membuatkan aku tertanya2, balik rumah aku bukak internet cari
::: maklumat & mmg apa yg diberitahu & ditunjukkan dlm youtube, sama seperti aku nampak..
UFO sighting in Plentong
::: Kisah ini berlaku pada 2 Oktober 2009, jam 8.50 pm semasa aku dalam kereta nak ke
::: Jusco Tebrau, JB melalui Pasir Gudang Highway berdekatan dgn Giant Plentong aku nampak
::: 3 objek bulat bujur besar bercahaya, warna oren di udara sebaris. Kemudian bergerak
::: perlahan menjadi bentuk 3 segi setiap satu di setiap bucu. Tetiba muncul lagi 2 objek sama
::: dari jauh mendekati. Semua ini disaksikan oleh aku & parents aku yg datang bercuti di rumah
::: aku di sini.. Aku try rakam guna camera h/p tapi tak berjaya.. lagipun aku macam 50-50 dgn
::: apa yang aku lihat walaupun dlm hati & mata masih mempercayai bahawa objek tersebut
::: UFO [hehe] Aku telefon sahabat aku, dia pun ada penah nampak 2 objek yg sama di area
::: Sri Alam, JB pada waktu malam tak lama dulu.. beliau mengatakan juga objek ini muncul bila
::: berlaku fenomena alam contohnya mcm gempa bumi yg kebetulan berlaku di Indonesia..


UFO Loughborough August 2009: sama yg aku nampak tapi aku nampak lebih besar & dekat.

::: Berita tv tak kecoh pasal nih, ntahlah maybe taknak orang ramai panik & buat keje2 tak
::: berfaedah [takde keje laa tuh huhu] tapi peristiwa di UFO di JB nih dah pon berlaku semasa
::: penampakannya di area Larkin, tak jauh dari area Plentong tempat aku nampak.. Mulai hari
::: ni aku dah prepare utk rakam dgn videocam.. kot2 ada kat area rumah aku ker? [hehehe]
::: Maybe flying chinese lantern, tapi pelik UFO yg aku lihat bergerak sgt selari & boleh buat
::: formasi. Bagi yg tinggal di Johor pandang2laa ke langit waktu malam di sekitar Larkin &
::: Plentong.. Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri [hehehe].. Apa2pon sempat gak aku
::: tengok wayang citer "Where Got Ghost?" bersama parents aku semalam [huhuhu]..
UFO Sighting in Kulai
::: Terkini [5/10/2009] akhirnya dpt gak citer drpd officemate aku yg kebetulan berada di
::: kampungnya di Kulai yg menyaksikan kejadian yg hampir serupa pada malam 2/10/2009.
::: Aku rasakan ini merupakan rentetan sebelum kejadian di Plentong. Beliau memberitahu
::: bahawa sekitar slps waktu maghrib, beliau & adiknya telah melihat objek berbentuk kotak
::: 4 segi berwarna hitam terapung di udara dan mengeluarkan objek bulat bujur berwarna
::: oren terang di bawahnya. Objek hitam itu bergerak menurun ke bawah secara perlahan
::: sehingga tidak kelihatan lagi. Menurut beliau, beberapa penduduk sekitar rumahnya juga
::: menyaksikan kejadian tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.. scary gak bila
::: dengar citer kawan ni.. pelik ler..
UFO sighting map
::: read more about this black square object in the UFO Sighting Report [USA 2006] click here
::: reports in the National UFO Reporting Center for Craft Shape RECTANGLE click here

::: Terkini lagi [7/10/2009] jam 7.50pm, sahabat aku telah melihat sebuah UFO oren
::: terbang melintas ruang udara di area Pasir Gudang iaitu antara dari Tmn Cahaya Masai,
::: Politeknik JB, Tmn Scientex dan hilang di Sri Alam apabila sebuah helikopter dipercayai
::: mengejarnya atau mungkin hilang kerana ada helikopter di situ atau mungkin juga kapal
::: terbang komersil yg biasa melalui kawasan ini. Tapi aku nampak spt heli berdasarkan lampu
::: kelip di badan & ekornya.. Aku terus bergegas driving ke tempat kejadian dgn videocam tapi
::: sayangnya tak dapat apa2.. Aku hanya nampak heli berlegar2 selama 30 minit lamanya..
UFO sighting map II
~ Wallahualam.. Allahuakbar..

::: For those who can't read malay language, please use the translator at the sidebar or you can ask me here.
::: Thank you. More info, open the youtube website and type: orange UFO at the searchbox.

16 comments:

  1. wah..sgt bertuah dpt jmpa saat cmnih..

    mungkin ada kene mengena ngn gempa di sumatera kot~

    salam syawal~ masih dalam mode raya nihh

    ReplyDelete
  2. slame ni memandang ke langit mlm2, xpnh nampak...
    bharap nk tgk tek bintang pun xdpt..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. takper.. kalo rajin tgok langit selalu.. maybe leh nampak.. dah tgok ur illustration.. tak penah plak nampak UFO bentuk kotak itam.. menarik nih.

    ReplyDelete
  4. ما شاء الله, ما شاء الله, ما شاء الله
    سبحان الله, سبحان الله, سبحان الله
    الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر

    Apalagi yang kita boleh katakan tentang قضاء dan قدر daripada الله سبحانه وتعالى ini melainkan, pengakuan kita sebagai hamba-Nya atas kekuasaan mutlak الله سبحانه وتعالى bagi setiap ciptaan-Nya. Apakah ini ‘petanda ‘bagi mereka yang beriman dan bertaqwa serta berfikir?. Sama-samalah kita merenung (pesan untuk diri sendiri jugak) setiap amal dan perbuatan yang telah kita perbuat selama ini samada diterima atau tidak untuk dibawa ke Mahkamah Agung ربّال عزتا untuk diganjari? Ampuni segala dosa-dosa kami ya الله ampunkanlah.

    استغفارالله ربي واتوب اليه
    استغفارالله ربي واتوب اليه
    استغفارالله ربي واتوب اليه
    “Aku meminta ampun dari Allah, Tuhanku dan bertaubat kepada-Nya”
    “Aku meminta ampun dari Allah, Tuhanku dan bertaubat kepada-Nya”
    “Aku meminta ampun dari Allah, Tuhanku dan bertaubat kepada-Nya”

    ReplyDelete
  5. perghhh... sonok tu bro zul dapat tgk dgn mata snirik UFO ni.. tak payah nak tgk citer2 omputih dah! mmmm.. lepas ni nak kena tengok2 gak la ke langit.. kot ada rezeki bleh nampak ciptaan tuhan yang unik ni...
    entry bro zul mmg penuh dgn info.. cayalah!

    ReplyDelete
  6. me dulu hingat pun ufo ghiteww.. tapi biler me buat kajian, rupa-rupanyer kapal perisik dari singapura.. believe it or not..

    ReplyDelete
  7. sama ada ufo atau tidak , bro telah menyaksikan peristiwa yg bukan semua orang nampak!!


    Entryku kali ini

    Bahu membahu bantu membantu
    Kerja berpakat rumpun bak serai
    Syawal disambut semangat bersatu
    Ni’mat disyukuri kegembiraan dirai

    ReplyDelete
  8. dulu zaman university .. .saya suka tgk benda2 mcm ni ... ada la rujukan ... pinjam kat library ... saja tambah info ... boleh percaya kewujudannya tapi jgn la terlalu taksub ... bertuah dapat shoot pic tu ... moment berharga ;)

    ReplyDelete
  9. Satu pengalaman yang unik tu bro. Lepas ni boleh jadi UFO hunter.

    ReplyDelete
  10. waaaaaa... besh..besh.. lepas ni nmpk gayanya Red jln mendongak je la.. hehe..

    masa kecik2 dulu pon Red penah nmpk UFO tp kt kg di Tg Malim..

    salam kenal ye tuan punya blog.. :)

    ReplyDelete
  11. wah..the truth is out there...memang suka bab2 uFo nie..best..seronok n kadang2 seram...

    ReplyDelete
  12. peehhhhh... dasat tuh bro!! jarang orang leh tengok fenomena nih. bukan calang2 orang.. best gilo kalau dapat peluang nengok bende2 pelik nih kan? pengalaman yg cukup berharga.

    ReplyDelete
  13. wah..
    byk bukti lagi psl UFO di selatan Johor ni
    masa saya sekolah di SMKPG1, cekgu saya pun ada cerita pada kami yg dia nampak UFO terbang rendah berhampiran kubur kristian Kota Masai.
    masa tu 1995, PoliJB pun x de lg. UFO tu lonjong leper, keluar spotlight bergerak2 menyuluh (mcm yg semua org gambarkan)
    kalu dah byk bukti, x kan x percaya kan?
    kalu En. Zul dpt capture gambar, lg dpt prove kan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Ada sapa2 tak nampak benda terapung berkilau disinari cahaya matahari (UFO kot) pada pagi Ahad 25/07/2010 sekitar jam 7.20 pagi di JB?
    Aku dari taman perling naik motor.. nak ke bandar.. pagi tu matahari dah memancarkan cahayanya.. so pabila aku sampai lepas selekoh sebelah Petronas dan KFC aku ternampak macam benda berkilau berwarna emas pudar2 sedikit(tapi berkilau) terapung/statik dilangit... tapi sayang motor aku berada dilorong tengah tak boleh nak berhentikan motor.. dalam 5 saaat aku memandang objek tersebut nak comfirm kapal terbang ke benda apa.. tapi mmg tak menyerupai kapal terbang langsung.. aku nampak macam sekeping papan(logam) yang berkilau dibias cahaya matahari..akan tetapi memandangkan aku nak ke JB so aku terpaksa memandang ke depan untuk ambik selekoh fly over taman perling..apabila aku masuk flyover aku memperlahankan motor aku.. lepas tu aku tgk takde apa2 kat langit... objek tersebut dah takde.. so aku sampai sekarang masih terbayang2 objek tersebut.. UFO ke? kapal terbang/helicopter mmg jauh sekali bukan... harap kawan2 ada melihatnya... aku skrg klu naik motor mmg pandang atas sekali sekala... harap2 jumpa lagi... kali nie.. aku mmg dah bersedia dgn camera.. :)

    ReplyDelete
  15. ::: info yg menarik. terima kasih mie. saya dpti antara bulan 5-10 mmg byk fenomena ufo sightings nih. maybe ufo dah datang balik dah kat JB nih [huhu].. saya akan lebih berhati2 lagi & membawa kamera digital [lebih terang berbanding kamera h/p] utk sebarang rakaman dlm tempoh musim ini.. good luck to you too!

    ReplyDelete
  16. I saw the same thing juga semalam ( january 25 2013) around Kulai area,me and my friends were inside the car kat atas highway and around 8pm + , we saw 3 colorful figures in a triangular arrangement. Semua warna dan pattern cahaya dorang lain2..yang peliknya opposite object2 tu adalah bulan yang dikelilingi awan2 yang mengakibatkan bentuk "ALL SEEING EYE" .. i got the pics on my blog here so u can check it out. We took videos too tapi seperti yg dijangka, camera phones and normal pocket camera tak begitu jelas tak seperti apa yg dilihat dengan mata kasar. Kapal terbang yg lalu pun terlalu rendah so impossible it is anything earthly. I've always believed wujudnya mereka. And well, It's cool to know that they exist..though now I'm more eager to know why they are always around that area..could it be a power source? Because they were stagnant for almost an hour..there were 3 and then 1 light disappeared. The other was moving far away..all that's left is th red and blue light that turns to green ..we left it there..

    LINK tothe pics I took : http://amillionlilpieces.tumblr.com/post/41499366585/we-saw-this-phenomenon-on-the-way-back-to-kl-it

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!