Wednesday, November 25, 2009

Kaabah, Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah مكة المكرمة

Kaabah Masjidil Haram Mekah

::: Alhamdulillah Aidiladha 1430 Hijrah kembali lagi, bagi mereka yang mengerjakan
::: ibadah suci haji & umrah di tanah suci pada tahun ini adalah satu pengorbanan yg
::: mulia di sisi Allah swt dengan pelbagai dugaan perlu ditempuhi.. Tak perlulah aku
::: sebutkan di sini kerana semua sedia maklum apa yg berlaku sepanjang tahun ini
::: cabaran demi cabaran bagi umat Islam & dunia secara global.. Begitulah juga yg
::: dpt aku rasakan ketika aku mengerjakan ibadah umrah pada April 2009 yg lalu..
::: Tapi setelah kaki menjejak kaki tanah suci Mekah (& Madinah) ini mmg membuat
::: kan hati tersentuh air mata bergenang tak sangka mendpt jemputan sbg tetamu
::: rumah Allah swt Maha Suci.. semua cabaran secara tak langsung terus hilang krn
::: perasaan bersyukur & gembira mengatasi segalanya..

Kaabah

::: Gambar di atas ketika aku mula sampai di Mekah dlm keadaan yang agak lapang,
::: sehinggalah di penghujung minggunya ribuan orang ramai mula membanjiri ruang
::: tawaf di sekeliling Kabaah spt gambar no.3 bawah ini. سبحان الله macam musim haji
::: pula.. Begitu juga dgn keadaan ketika ibadah sa'i.. Daripada pengalaman umrah yg
::: aku lalui dahulu byk mengajar aku erti keperluan sihat fizikal kerana setiap rukun
::: itu memerlukan kekuatan fizikal & mental. Kerana itulah ketika kita sihat walaafiat
::: inilah amat digalakkan mengerjakan haji & umrah. Insya-Allah kita semua akan ke
::: sana mengerjakan ibadah haji & umrah.. amin..

Kaabah Masjidil Haram Mekah 1

::: Mmg seronok tinggal di tanah suci ini antaranya kita akan sentiasa ingat kpd Allah
::: swt; selain pahalanya, seronoknya kita selalu bersolat wajib & sunat, membaca al-
::: Quran, menjaga adab & tutur kata, confirm tak merokok [huhu], & semua orang
::: muslim berada di sana berasa selamat sentiasa.. Dlm masa yg sama, aku bersyukur
::: juga tinggal di bumi Malaysia & menjadi orang Malaysia.. Pegawai2 Arab di sana
::: lebih suka dgn org Malaysia terbukti apabila mereka melebihkan org Malaysia dlm
::: byk perkara. Bukan pilih kasih tapi tatatertib kita dlm menurut rukun haji/umrah
::: dgn sempurna serta sopannya org Malaysia.. sampaikan polis kat sana boleh suka-
::: rela ambik gambar aku pula masa kat Mekah [hehe] takut jugak bila dia offer nak
::: tolong ambik gambar.. cuak abis.. Ada gak aku bertemu dgn org Arab Saudi yg agak
::: peramah memuji2 Malaysia & org muslim Malaysia ketika aku berjalan menuju ke
::: masjid.. & byk menawarkan minuman teh Arab kpd aku semasa aku tgh duduk
::: menunggu solat Isya'.. apa2pun jgn takbur, alhamdulillah syukur.. terima kasih..

Masjidil Haram view from hotel

::: Byk gak incident yg menarik perhatian aku di sana spt cuacanya yg panas kering,
::: kalo sidai baju mmg kering mcm biskut.. ada gak aku bagi burung merpati makan
::: roti di luar tingkap hotel kami, esoknya roti yg tak abis tuh jadi keras mcm batu..
::: [hehe] kelakar pulak.. lotion mmg kena pakai sbb kulit muka, kaki & tangan mmg
::: cepat kering & mengelupas.. pakai ler waktu nak tido [huhu] Jgn risau bila memijak
::: ruang tawaf dlm Masjidil Haram sbb lantainya tidak panas spt kita memijak di bhgn
::: luar, itu mmg panas kenalah pakai selipar/kasut. Makanan org Arab mmg sedap spt
::: kebab & roti mcm roti prata [huhu] sedap betul jika dicicah dgn marjerin.. Tapi kita
::: org Malaysia kalo boleh nak gak sambal ye tak? [huhu].. KFC & Baskin Robins pun
::: ada kat Mekah & Madinah.. beratur kena ikut muhrim; lelaki lain perempuan lain..
::: very interesting [huhu].. Sama ada di Madinah atau Mekah, mmg setiap selepas
::: waktu solat fardu, akan disusuli dgn solat jenazah.. Di Mekah jenazah akan diusung
::: keluar dari Masjidil Haram ke ambulans.. ramai jemaah yg tolong mengangkatnya..
::: Selain itu keselamatan hendaklah diutamakan juga krn bagi org asing spt kita, jgn
::: mudah utk percaya sesiapapun.. ada org asing mengambil peluang atas kelemahan
::: kita, hati-hati ya..

Mekah 1
Mekah 2
Mekah 3

::: Sebagai org muslim kita tahu ada byk mazhab yg membezakan kita org Malaysia
::: & negara2 lain. Apapun perbezaan mazhab, kita masih bersaudara dlm Islam..
::: Kadang2 bila berlainan mazhab nih mmg satu perkara yg pelik buat mereka yg
::: 1st time melihatnya mcm aku gak ler [huhuhu] bagi org Turki mereka gemar
::: berjalan satu kumpulan dgn bendera kumpulan sama ada dipegang atau dilekat
::: kan di pakaian mereka. Bila time sa'i mereka berjalan berpegang tangan sederet
::: beramai2.. 1st time juga di sana aku lihat org Iran berpakaian tradisional spt yg
::: kita lihat dlm tv; berjubah & berserban besar.. begitu juga dgn org Afrika yg
::: boleh dicam dgn pakaian mereka berwarna-warni.. Bagi org Indonesia, mereka
::: byk memakai baju melayu bersulam2 di kolar & leher dgn butang dari atas ke
::: bawah.. Tapi kalangan muslim lelaki byk memakai jubah putih yg dibeli di sana.
::: Org Malaysia pula byk menggantungkan beg kecil di leher dgn Jalur Gemilang
::: kecil [huhu].. Org putih mmg susah nak nampak; berjambang panjang warna
::: blonde, mata biru & boleh didetect bila mereka bertutur dlm bhs Inggeris..
::: Org Cina pun ada 2-3 org aku jumpa [huhu].. Kebykan jemaah lelaki yg aku
::: jumpa semuanya baik2 belaka & bantu-membantu antara muslim.. very2 nice..

Saf jemaah

::: Suasana di kota Mekah [2009] skrg aku rasa masih dlm proses construction
::: menaiktaraf kemudahan tetamu Allah yg menjalani ibadah khususnya haji &
::: umrah. Byk bangunan di keliling Masjidil Haram diruntuhkan utk pembinaan
::: pelebaran ruang luar Masjidil Haram & utk pembinaan bangunan penginapan
::: yg baru & selesa.. Ada gak bangunan skyscrapper yg tingginya mcm menara
::: berkembar KLCC plak, betul2 di hadapan Masjidil Haram.. mmg kontroversi
::: tapi dah pun hampir siap.. Semua construction ini dijangka siap sepenuhnya
::: pada tahun 2031.. [correct me if I'm wrong] Utk maklumat lanjut bolehlah klik
::: ke laman web ini: Millenia Muslim & Flickr by SG-SSC. Dengar khabar LRT
::: pun akan dibina menghubungkan kompleks Jamrah, Arafah & Masjidil Haram.
::: Antara arkitek yg terpilih membuat presentation adalah org Malaysia [UIAM].
::: Jadi mereka yg alah pada debu, eloklah membawa sekali topeng mulut & hidung
::: spt topeng cegah H1N1.. Apa yg pasti, projek pembesaran Mekah menggunakan
::: teknologi tinggi ini adalah bagi menaiktaraf infrastruktur yg ada ke tahap lebih
::: baik dlm memberi keselesaan kpd jemaah haji & umrah generasi akan dtg..

Mekah - Aidiladha 1430H
~ Selamat Hari Raya Aidiladha semua.. maaf zahir batin..

::: [p/s]: all pictures were taken by ReActivateZul

Sunday, November 8, 2009

Beraya di kampung Melaka

superman kampung
lompat raya

::: Salam buat semua, as usual hujung2 tahun nih mmg aku agak busy skit dgn tugas2 di opis &
::: mesyuarat.. Jadi tergendala plak perjalanan blog aku utk tatapan semua [huhu] minta maaf
::: byk2 juga kpd mereka yg bertanya ttg perkembangan terbaru blog ini. Terima kasih semua..
::: Begitu juga kpd kawan2 yg baru yg diperolehi.. Entry kali nih adalah sorotan drpd cuti beraya
::: aidilfitri aku [hehe] tapi di kampung Melaka. Seronok gak balik kampung nih sebab kat sana
::: kehidupannya lebih santai & tenang berbanding di bandar. Mungkin suasana 'raya' & 'cuti' tuh
::: yg membuatkan hari-hari di kampung lebih menyeronokkan [huhuhu] sampai syok plak
::: bereksperimen dgn shutter.. aku beraya di kampung 3 hari ajer, then balik ke KL utk beraya
::: lagi [hehe]. Nothing much boleh aku ceritakan ttg raya di kampung.. Masih moody lagi ler..
::: Cuma byk perubahan setiap kali aku balik & setiap kali itu jugalah aku bereksplorasi dengan
::: kamera.. Di samping ketenangan & seronok, setiap detik beraya bersama keluarga sama ada
::: di Melaka mahupun di KL, sangatlah berharga buat aku yg bekerja jauh di perantauan..

kolaj beraya di Melaka
~ priceless..