Sunday, February 21, 2010

Senibong

Senibong - Beach

::: Di pinggir bandaraya Johor Bahru, Kampung Senibong adalah salah satu destinasi makanan laut yang
::: terkenal di kalangan masyarakat setempat dan Singapura. Daripada aku mula-mula bekerja di Johor ini,
::: sehinggalah sekarang Senibong sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung terutama sekali pada waktu
::: malam hingga dinihari. Dahulu Senibong pada pandangan aku, agak kurang bersih, tapi pada hari ini pihak
::: jawatankuasa kampung telah memainkan langkah yang positif menjaga kebersihan malah tempat meletak
::: kenderaan juga telah diurus dengan baik. Pengunjung yang ingin ke sini, perlulah membayar RM2.00 untuk
::: parkir kenderaan. Restoran 'terapung' di Senibong juga bertambah cantik dengan dekorasi bumbung yang
::: yang menarik, lampu berwarna-warni dan ruang makan yang luas menghadap Selat Tebrau.

Senibong - Dock

::: Dahulu, restoran yang terkenal, Restoran Makan Indah Selalu Nasi Lemak terletak agak ketengah ke
::: laut [huhu] teringat pula aku cerita P. Ramlee 'Pendekar Bujang Lapok' begitulah bentuk restoran tersebut.
::: Tapi kini, semua restoran telah disusun serata dan restoran yang mula-mula pengunjung nampak selepas
::: tempat parkir ialah Restoran Selera Senibong Seafood diikuti dengan deretan restoran makanan laut yang
::: lain hingga ke penghujung jambatan kayu, satu-satunya yang menghubungkan kampung ke seberang.
::: Selain itu, terdapat juga restoran yang agak privasi untuk pengunjung seperti Senibong Seafood Village.
::: Seperti di Kong Kong Laut dan Pasir Putih, pemandangan Senibong sangat cantik ketika waktu malam
::: iaitu cahaya lampu dari Singapura, bandaraya JB, kapal kecil, bot dan rumah kelong 'fish farms'.

Senibong - Collage
~

Monday, February 15, 2010

Kong Kong Laut & Pasir Putih

::: Sempena cuti umum ini, aku luangkan masa jalan-jalan lagi untuk mengambil gambar sekitar kampung
::: nelayan di bandar perindustrian Pasir Gudang. Siapa sangka dalam bandar yang moden seperti ini masih
::: lagi mempunyai kampung nelayan yang aku rasa terpelihara sepertimana kali pertama aku menjejak kaki
::: di tempat tersebut pada tahun 2002. Kerap kali aku singgah 'makan angin' di sini kerana udaranya yang
::: sepoi-sepoi bahasa, pemandangan laut, hutan bakau, jeti yang kadangkala sibuk, warung kopi & bot-bot
::: nelayan malah kapal dagang yang besar yang kabur-kabur kelihatan, memang menenangkan. Ada juga
::: deruan jet ski memecah hening suasana tapi seronok juga lihat aksi-aksi sukan lasak di tempat-tempat
::: sebegini. Memang tak sangka. Kebanyakan pengunjung adalah dari Johor Bahru, Singapura & penduduk
::: tempatan yang biasanya datang untuk memancing, bersukan air & makan makanan laut.

Kong Kong Laut

::: Menurut cerita, nama 'Kong Kong' diperolehi daripada kisah seekor harimau besar yang mengganas di
::: kampung nelayan di situ. Tak pasti pula Kong Kong itu adalah daripada perkataan orang Melayu, orang
::: Cina atau orang Asli yang juga menetap sekitar kawasan tersebut. Selain itu, ada juga pendapat, nama
::: tempat ini berasal dari perkataan 'Jerongkong'. Memang agak unik nama-nama tempat di Pasir Gudang ini
::: [huhu]. Kong Kong Laut adalah sebuah tempat persinggahan untuk pemancing & peminat-peminat sukan
::: laut dengan kelengkapan bot & jet ski yang boleh disewa. Di sini juga terkenal dengan makanan lautnya
::: iaitu Kong Kong Tai Son Seafood Resort yang turut menyediakan tempat untuk penginapan.
Pasir Putih

::: Satu lagi tempat yang menarik di Pasir Gudang ialah Kampung Pasir Putih terletak berhampiran dengan
::: Tanjung Puteri Golf Resort dan Pelabuhan Johor. Pasir Putih sangat terkenal dengan restoran makanan
::: lautnya yang mudah diperolehi. Jika hendakkan pemandangan menghadap laut, pilihlah restoran di hujung
::: kampung ini yang terletak di atas pinggir pantai & laut iaitu Pasir Putih Seafood & Kedai Makan Rahmat
::: Pemandangan di waktu malam memang cantik sebab lampu-lampu dari kapal, bot & kawasan pelabuhan
::: memang jelas kelihatan. Kadangkala bila bot lalu, kita boleh dengar bunyi ombak memecah pantai.. very
::: nice.. oh ya, makan pon sodap! [huhuhu]..
~ Selamat bercuti-cuti Malaysia!

Saturday, February 6, 2010

Sabak Bernam

Serenity Sabak Bernam
~ Sungai Bernam, Sabak Bernam, Selangor

::: Minggu lepas, aku jalan-jalan ke daerah Selangor iaitu Sabak Bernam untuk berjumpa dgn sabahat lama
::: yang berkerja di sana.. Sebelum ini sahabat aku ada bercerita tentang betapa tenangnya Sabak Bernam
::: dengan suasana desa yang aman damai.. Betul ker? Persoalan di fikiran aku akhirnya terjawab setibanya
::: aku di daerah ini.. ahhh memang tenang sungguh.. Best jugak Sabak Bernam nih ya.. [huhu] kehidupan
::: di sana seakan dalam masa yang diperlahankan yang membuatkan aku tersedar selama ini kebanyakan
::: manusia mengejar duniawi semata-mata untuk pangkat & wang.. tetapi di daerah tersebut, yang penting
::: adalah hati & jiwa yang tenang.. Rasa nak tinggal lebih lama di sana bersama-sama sahabat aku, sayang-
::: nya, ada urusan perkahwinan saudara yang perlu ada hadiri di KL.. emmm balik semula di kota.. kini aku
::: berada di JB, dan tatkala melihat foto di Sabak Bernam, jiwa ini tersentuh lagi.. [huhu] bersastera aku..

::: Mengikut sumber lisan, asal usul nama Sabak Bernam berasal dari perkataan Sebab Berenam yang
::: mengisahkan tentang 6 sahabat dalam perjalanan menyusuri sungai tetapi dihalangi sebatang kayu yang
::: merentangi sungai tersebut. Dengan ikhtiar 6 sahabat tersebut akhirnya kayu itu dapat dialihkan. Disebab
::: kan peristiwa tersebut tempat terbabit akhirnya dinamakan sbg 'Sebab Berenam' & akhirnya berubah
::: menjadi Sabak Bernam. Penduduk awal daerah Sabak Bernam ini asalnya terdiri daripada orang-orang
::: 'Bajau Laut' namun pada hari ini telah berkembang pesat & dihuni oleh masyarakat yang terdiri daripada
::: berbilang kaum. Sejak abad ke-17 Sabak Bernam telah dikenali sbg sebuah jajahan di negeri Selangor.
::: Interesting story about friendships & great place to have a pleasant serenity of life..
~

Friday, January 1, 2010

20:09 Past

Tahun Baru 2010

::: Hi Everybody, Life keeps getting better and better Alhamdulillah... And that is thanks to
::: all of your support throughout all these years. You guys have kept me strong & because
::: of you, I am still here. Don't worry, I'll do my best to keep you guys updated through this
::: blogspot account of mine. I am also currently busy with my job in JB [biasalaa aku hehe]..
::: My bestfriend has been transferred to Selangor, sedih tul ler, my buddy in same university,
::: roommates, same workplace plak tuh, hiking pon sama2, boring jer when my bestfriend will
::: not around this year. Anyway, we still meet no matter how coz' our parents' house in KL are
::: nearby [hehe] He told me he has a house near the paddy field, for sure I will visit him & take
::: some great pictures there, ofcourse.. Yeah life must goes on brother.. All in all, 2010 is set
::: to be an amazing year.. Insya Allah & lets rock this year guys!

~ You guys are amazing!

Tuesday, December 22, 2009

Life is full of love

love_is_wonderful

::: It takes a crane to build a crane, it takes two floors to make a storey
::: It takes an egg to make a hen, it takes a hen to make an egg
::: There is no end to what I'm saying

::: It takes a thought to make a word, and it takes some words to make an action
::: And it takes some work to make it work, it takes some good to make it hurt
::: It takes some bad for satisfaction

::: It takes a night to make it dawn, and it takes a day to make you yawn brother
::: And it takes some old to make you young, it takes some cold to know the sun
::: It takes the one to have the other

::: And it takes no time to fall in love, but it takes you years to know what love is
::: And it takes some fears to make you trust, it takes those tears to make it rust
::: It takes the dust to have it polished

::: It takes some silence to make sound, and it takes a lost before you found it
::: And it takes a road to go nowhere, it takes a toll to make you care
::: It takes a whole to make a mountain

::: Life is wonderful, life goes full circle, life is meaningful..
~ life is so full of love