Sunday, October 21, 2012

Pulau Sibu

::: Setelah beberapa kali ke Pulau Sibu, barulah sekarang aku uploadkan gambar dan info dalam blog
::: aku ini [huhu].. sorrylah, dahlah lama menyepi, cerita pun lama. Apapun gambar kali ni aktiviti
::: recently aku lakukan bersama-sama teman seperjuanganku yang turut meminati aktiviti sebegini
::: untuk tatapan kawan-kawan blogger dan pengunjung blog ini, terima kasih ya!

Beautiful white sandy beach
Calm and quite island

::: Pulau Sibu also known as Sibu Island sebenarnya adalah segugusan pulau kecil yang terletak di
::: perairan negeri Johor di Laut China Selatan. Antara pulau-pulau itu ialah Sibu Besar (pulau utama
::: dan mempunyai penduduk), Sibu Tengah, Sibu Kukus (atau Cocos) dan Sibu Hujung. Untuk ke
::: sini, Jeti Tanjung Leman, Kota Tinggi merupakan jeti yang paling hampir. Dari jeti ini, kita dah
::: boleh nampak Pulau Sibu dan Pulau Tinggi jika cuaca baik. KFC pun ada di jeti ini. Di Sibu Besar,
::: aku menginap di chalet Sibu Beradik yang juga pernah dikunjungi dan diinap oleh DYMM Sultan
::: Johor sekarang. Pada ketika itu Baginda mengembara pulau ke pulau sempena Kembara Mahkota.
::: Chalet no.1 adalah pilihan Baginda. ;) Chalet ini kecil, ada 6 buah sahaja tetapi jangan risau,
::: Kampung Duku Pulau Sibu ada kedai runcit dan kedai makan terletak bersebelahan dengan chalet
::: Sibu Beradik.

Sunset on the west
~ Enjoy the sunset while kayaking..
Kayak-king and kong!

::: Di Sibu Beradik, ada pakej untuk kayak dan snorkelling. So memang setiap kali ke sana, aku akan
::: berkayak dari Sibu Beradik hinggalah ke Twin Beach Resort (antara resort yang comel dan cantik
::: serta mempunyai 2 pantai di kiri dan kanan resort). Taklah jauh kalau jalan kaki, 10 minit dah
::: sampai. Pulau Sibu pun kecil ajer jadi berkayak mengelilingi pulau bukanlah mustahil. Tapi perlu
::: diingat laut timurnya lebih berombak kuat berbanding sebelah barat seperti di Sibu Beradik yang
::: agak tenang sepanjang masa. Resort-resort lain di Pulau Sibu seperti SibCoconut Village,
::: Junansa Villa, Rimba Island, Sea Gypsy Village (terdapat coral reef cantik), Cabanas,
::: Kambau Bay (aku pernah menginap di sini long time ago, nice price!) dan Sibu IslanResort
::: (satu-satunya resort di Sibu Tengah, quite exclusive actually). Untuk maklumat penginapan di
::: Pulau Sibu bolehlah layari website ini: myoutdoor.com/sibu/

Coral reef @ Cocos Island, Sibu
~ Snorkelling is fun! :p
Posing while snorkelling

::: Tak lengkaplah kalau ke pulau tapi tak snorkelling (ye ker? Langkawi tuu?) [hehe]. Jika cuaca
::: baik, kita bolehlah lawati Sibu Kukus / Cocos. Coralnya memang cantik walaupun taklah secantik
::: Pulau Tioman yang berwarna-warni tetapi masih lagi terpelihara. Selain coral reef yang amat
::: cantik, Cocos juga mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu pantainya yang senantiasa
::: berubah mengikut arus laut. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, tengah, sisi [huhu] susah nak cakap
::: timbunan pasir pantainya sangatlah banyak! Kadang-kadang ada sebahagian coral reef tertimbus
::: dengan fenomena pasir bergerak ini. Tapi nature, kan.. Ada tempat pantainya landai, ada pula yang
::: curam gilerr menjunam terus ke dasar yang berbatu karang. Ikan-ikan kecil mendominasi di
::: pergigian air, yang berwarna dan berbelang di tengah-tengah dan ada yang 'nakal' sampai gigit jari
::: tatkala kita memberi roti sebagai makanan. Masa ternampak ikan besar, kepala otak dah fikir
::: bukan-bukan [hehe] sebab tulah tak berani nak snorkelling ke tengah laut..

~ Best snorkelling @ Pulau Sibu! ...and thank you Olympus!