Friday, September 10, 2010
Aidilfitri 1431 Hijrah
~ 1 Syawal 1431H
::: Alhamdulillah.. raya sudah kita ya, 1 Syawal 2010 rasanya agak berbeza daripada raya-raya tahun lepas..
::: Bezanya, aku rasa lebih seronok dan lebih meriah suasananya walaupun kunjungan sanak saudara di rumah
::: tempat kami berkumpul setiap pagi Syawal semakin berkurangan [huhu] biasalah, semakin dewasa anak-
::: anak buah semakin susah ler nak berkumpul satu famili melainkan dah berpakat dalam FB masing-masing
::: kena berkumpul satu tempat sama-sama [hehe]. Yang penting aku dapat jumpa keluarga aku, mak-mak
::: saudara aku & sepupu-sepupu aku. Yang tak best-lah, aku terlupa ler nak bagi duit raya kat anak-anak
::: buah aku pagi tadi [hahaha] sepatutnya best ya tak? Rasa bersalah plak bila tengok muka kesian anak-
::: anak buah aku tuh.. Takper biar adik lelaki aku ganti aku bagi duit raya, sebab dia baru kahwin [hehehe]..
::: Masa dia bujang tak pernah pun bagi duit raya, sempoiii jer [hehe].. Tak kisahlah, nanti aku akan bagi juga
::: apabila mereka beraya di rumah aku pula, insya-Allah malam nih kot.. Esok maybe aku balik kampung
::: Melaka.. Anyway, gambar atas nih, anak-anak patung tuh, anak buah aku punya ye [hehe] mak aku
::: yang letak kat kerusi tuh.. Terpaksa tukar posisi tahun nih, sebab lampu utama main hall dah ditukar jadi
::: kipas plak [hehehe] payah nak cari angle yang ada cahaya banyak.. ok guys, enjoy the holidays! chow!
~ 5 Syawal 1431H
::: Dah masuk 5 Syawal. Raya ke-2 aku balik kampung.. bestnyer lama tul tak balik Melaka. Saudara-mara
::: dari KL pun ikut beraya di rumah aku di Melaka. As usual malam tuh buat BBQ kat perkarangan rumah
::: kambing, ayam, hotdog, burger ayam & ikan keli [huhu] itu jer yang ada, sebab pasar & kedai banyak
::: tutup. Kat Melaka nih luas sikit kalau nak buat BBQ. Aku lepak kat Melaka sampai Raya-4, sempat lerr
::: singgah Jusco baru Bandaraya Melaka sebelah Tesco dan juga Jonker Walk [huhuhu] best lerr! Sekarang
::: nih kat KL dah.. malam nanti nak bawa parents aku tengok Resident Evil 3D di panggung berdekatan
::: dengan rumah. Baru jer tadi beli tiket, mahal lerr RM20. Oh ya, duit raya tuh aku dah bagi kat anak-anak
::: buah aku [huhu] kecuali aku tertidur masa diorang datang beraya.. Ok, roger n' out!
~ Salam Aidilfitri semua & maaf zahir batin..
Labels:
aidilfitri,
self-portrait
Tuesday, September 7, 2010
Balik Kampung & Bandaraya Kuala Lumpur
~ Gambar dirakam pada 22 September 2009. Gambar lama tapi 1st time disiarkan [huhu]..
::: Selamat balik kampung dan bandaraya Kuala Lumpur semua [hehehe]. Jika rakan-rakan blogger sedang
::: membaca entry ini, mungkin aku tengah bersiap-siap untuk balik KL, sedang memandu atau mungkin aku
::: dah tiba di KL [huhuhu].. As usual ler, aku beraya di rumah aku di KL dan juga di kampung di Melaka..
::: Lepas raya aku 'mungkin' terus menghadiri bengkel / mesyuarat di KL, so aku stay di KL lebih kurang
::: selama 3 minggu. Memang raya sakan ler aku [huhu]. Akupun nak juga survey cawangan tempat kerja
::: baru di area rumah aku di KL, kalau nampak ok, aku mungkin akan berpindah. Tapi banyak perkara nak
::: kena fikirkan sebelum aku buat keputusan. Dah banyak aku berkorban untuk kehidupan di JB ini. Apa-
::: apapun, di KL, semestinya aku lebih dekat dengan keluarga, priceless..
~ Selamat Balik Kampung hati-hati memandu..
Labels:
KL
Subscribe to:
Posts (Atom)