Sunday, December 12, 2010

Jalan-jalan (사랑해)

Jalan-jalan @ Melaka

::: Actually ada beberapa tarikan pelancong yang belum aku visit di Melaka antaranya ialah River Cruise..
::: Boring jer dengar orang lain bercerita tentang cruise di Melaka River nih, so aku nekad nak naik jugak
::: walau apa pun.. lagipun ada geng yang teman [hehehe] Planned nak naik waktu malam sebab dengar cerita
::: lebih happening dengan lampu. Hmm hujan plak waktu malam, maklumlah musim.. So naik waktu siang..
::: well my 1st impression, not too bad.. very nice actually, kalau photographers naik nih, mesti banyak benda
::: boleh dirakam melalui lensa.. Ada yang kita tak perasan, hanya bila menaiki cruise kita akan nampak..

::: Hujan taklah lama, so malam tuh kami makan ikan bakar di Crystal Bay seterusnya jalan-jalan di Jonker
::: Walk. Ahhh memang masyuk tul layan jalan-jalan di sini, sebabnya barang di Jonker ter-sangatlah murah-
::: murah giler berbanding dengan pasar uptown di tempat lain. Shopping heaven [huhu] orang perempuan
::: yang 1st time ke sini, kalau tak beli, boleh teringat-ingat sampai ke rumah [hehehe].. jangan marah.. Tapi
::: paling aku suka ialah bangunan lama yang dijadikan kedai barangan / restoran - awesomely beautiful!
::: super-duper kool interior designnyer.. kalau boleh ambil gambar, dah lama aku shoot sana-sini.. Teringat
::: plak kopitiam di Jonker yang comel penuh dengan barangan antik.. very nice.

Jalan-jalan @ Sunway Lagoon

::: Maybe dah century aku tak ke Sunway, atlast baru-baru nih berpeluang gak.. macam suasana di pantai
::: memang ramai pengunjung; bermacam-macam 'rupa & bentuk' [hehehe] antara reason tempat ini
::: sentiasa packed apatah lagi waktu musim sekolah.. Sekarang nih tiket gelang kertas dah ditukar kepada
::: gelang berbentuk jam, very nice.. kalau jam betul lagi ok! Tak banyak yang berubah, cuma di bahagian
::: zoo-nyer rasanya lebih best than the national zoo itself [huhu] kawasannya lebih kemas & lebih cantik..

::: The best thing here ialah naik gelongsor air [huhu] giler-giler best! Sampai ada tuh 2x naik [haha] maybe
::: gelongsor tuh agak tersorok dari laluan orang ramai, jadi beratur tak panjang malah cepat. Gelongsor tuh
::: kena letak papan span di dada, maknanya kita bergelongsor secara meniarap.. nampak macam tak ada
::: apa-apa, but once dah slide, terpekik-pekik! [hahaha] sliding macam nak tercampak keluar sebab bila
::: di bahagian lekuk menjunam tuh, memang melayang badan [huhu] best siot!!! tuh yang naik 2x tuh.. Ada
::: photographers from the park amik gambar kita masa melunncur tuh, kalo nak, bayar RM25 [hehe]..
::: oklah tuh.. untuk kenangan.. Anyway lunch kat restoren 'nasi lemak' memang sodap!

Jalan-jalan @ Zoo Negara

::: Last October aku ke Zoo Melaka. Dengar cerita, Zoo Melaka is better than National Zoo.. Betul ker?
::: Tak percaya, comparelah sendiri [huhu] Well masing-masing ada kekuatannya, for me National Zoo is
::: more bigger & more animals than others eventho kawasannya agak terhad. Terbaru pihak zoo telah
::: memperkenalkan tiket gelang kertas macam Sunway masa dahulu.. for me, it is something new. Maybe
::: pihak zoo ada perancangan untuk membahagikan kawasan kerana tak semua tempat dapat dikunjungi
::: 100% dalam masa 1 hari.. Jadi ada pilihan bayaran tiket..

::: Aku perasan juga promo banner di National Zoo nampak menarik sungguh.. Kreatif. Begitu juga dengan
::: logo berupa 'kancil'.. Untuk ke zoo, kena ingat datanglah awal-awal pagi kerana waktu pagi kebanyakan
::: haiwan lebih bertenaga. Kalau datang tengahari, banyak yang tidur kekenyangan [huhu].. Lagi yang terbaru
::: ialah 'kereta tram' untuk pengunjung naiki & boleh berhenti untuk menurunkan & mengambil penumpang di
::: beberapa rest stop.. niceee.. lebih cantik & besar.. Atau aku sorang jer baru tahu pasal nih? [hehehe]..
::: Animal show masih dikendali oleh brader yang sama sebab dia pernah support-acting dalam 'Gitu-Gitu
::: Apek' siri awal [hehehe] but still entertaining to watch.. hopefully next time ada dolphine plak..

Jalan-jalan @ Ikea & Desaru

~  jalan-jalan memang best!

Saturday, November 20, 2010

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Institut Biodiversiti Bukit Rengit

::: Salam semua.. dah lama aku tak update [huhu] banyak perkara yang tidak dapat aku elakkan sejak
::: beberapa bulan yang lepas antaranya kerja di ofis, kerja di luar ofis & juga bertenet [hehehe] Sekarang
::: barulah aku ada kelapangan masa untuk update.. Minggu depan pun aku outstation lagi di Shah Alam.
::: Di entry yang lalu, ada aku sebut tentang Pahang, so entry kali ini, aku updatekan cerita di Pahang iaitu
::: di Kuala Gandah. Aku ke sana pada [4-6/10/2010] & menginap di Institut Biodiversiti [IBD] Jabatan
::: Perhilitan, Bukit Rengit, Lanchang. Tujuan penubuhan IBD ini adalah bagi memberi latihan kepada warga
::: jabatan, kesedaran awam & penyelidikan terhadap sumber-sumber biodiversiti negara. Ada pelbagai jenis
::: penginapan yang boleh kita tempah seperti bilik berhawa dingin untuk 2 orang, bilik asrama / dorm untuk 4
::: orang atau lebih & tapak perkhemahan. Untuk makan minum - kantin disediakan & boleh dibayar sekali
::: dengan penginapan.

Pusat Konservasi Gajah
Pusat Konservasi Gajah - elephant introduction

::: Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang terletak berhampiran dengan IBD, telah ditubuhkan oleh
::: Jabatan Perhilitan pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah
::: yang telah wujud sejak tahun 1974. Selain melatih warga jabatan, pusat ini juga melatih beberapa ekor
::: gajah jinak untuk membantu dalam proses pemindahan gajah-gajah liar ke kawasan yang sepatutnya.
::: Pusat ini juga merawat gajah liar yang sakit / cedera & memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan
::: oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Tiada bayaran
::: masuk dikenakan tetapi pelawat digalakkan memberi sumbangan bagi membiayai kos operasi pusat ini.

::: Sebenarnya, bukan aku tak pernah melihat gajah tapi kebanyakan gajah di sini kategori 'giant' ler [huhu]
::: Macam gambar di atas, gajah tersebut berumur lebih 80 tahun, memang patut ler besar! Terpegun aku
::: melihat gajah sebesar ini berjalan-jalan di luar kandang. Scary pun ada! [huhu].. Gajah-gajah ini dibawa
::: ke kawasan lapang untuk sesi pengenalan kepada pelawat. Aktiviti ini memang menarik kerana semua
::: pelawat berpeluang mendekati gajah-gajah ini dengan memberi makan & bergambar secara dekat. Seluar
::: biru tuh aku ler bergambar dengan gajah berumur 80 tahun. Nampak kecik, tapi in reality tersangatlah
::: besar!!! [huhu] takut nak dekat.. Kot kena hempap ke.. [hehe].. Ada gak gajah kecik berumur beberapa
::: bulan & 1 tahun lebih. Mereka ini lebih suka bermain-main.. Kalau kena kurung & nampak gajah-gajah
::: dewasa lain buat aktiviti di luar kandang, gajah kecik nih menjerit-jerit nak keluar dari kandang [hehehe]
::: kelakar plak!

Pusat Konservasi Gajah - elephant riding
Pusat Konservasi Gajah - elephant bathing

::: Selepas sesi pengenalan, pelawat berpeluang untuk menunggang gajah-gajah ini di 2 platform. Masa tuh
::: kenalah beratur panjang dengan pelawat-pelawat lain tapi tak lama sebab gajah-gajah ini hanya berjalan
::: secara 1 pusingan yang mengambil masa 5 minit sahaja. Mula-mula aku ingatkan kita menunggang gajah
::: masuk dalam hutan, masuk air ke apa.. [hehe] kenalah ingat tujuan utama pusat ini ditubuhkan, gajah pun
::: penat nak layan kita.. jadi mereka memerlukan pusingan yang pendek & rehat yang secukupnya.. Ada
::: gak keluhan tidak puas hati di kalangan pelawat, emm nampaknya mereka tak faham fungsi pusat ini..

::: Oleh kerana gajah pun kena berehat, sesi mandi bersama-sama gajah dibuat pada waktu petang pada
::: pukul 3pm. Hanya seekor gajah sahaja digunakan untuk aktiviti ini, maka beratur panjang lah sekali lagi
::: tapi kali ini lebih panjang kerana seekor gajah sahaja. Sebenarnya bukanlah aktiviti mandi bersama tapi
::: lebih kepada 'jatuh dalam air bersama gajah' [hehehe] Niat dalam hati nak join tapi kami memberi laluan
::: kepada pelawat luar negara untuk merasai pengalaman tersebut. Sekali lagi ada keluhan diutarakan:
::: kenapa seekor gajah sahaja? jawapannya gajah mempunyai deria yang sensitif apatah lagi jika di dalam
::: air kerana apabila pelatih gajah memberi arahan di dalam air, gajah perlu mendengar satu arahan sahaja
::: di luar air & di dalam air [seperti getaran suara]. Jadi kalau banyak gajah & banyak arahan pelatih yang
::: berbeza dalam air, gajah boleh pening daa.. [huhuhu].. kena faham tuh..

Orang Asli Che Wong
Deerland Bukit Rengit

::: Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ini dalam proses penambahbaikan; banyak pembinaan dibina
::: antaranya bangunan pentadbiran & pusat interpretasi yang baru, tempat letak kenderaan yang sempurna
::: & tempat aktiviti gajah yang lebih luas [ketika lawatan aku itu]. Tidak jauh daripada pusat ini, jangan lupa
::: untuk singgah ke perkampungan Orang Asli Che Wong. Aku dapati perkampungan mereka ini tidak
::: disedari oleh pelawat-pelawat Pusat Konvervasi walaupun terletak di hadapan pintu masuk utama.
::: Mungkin tidak ada promosi yang kuat daripada mana-mana pihak. Uniknya Orang Asli Che Wong ini,
::: walaupun ada sedikit kemodenan tapi kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Melayu. Bahasa mereka
::: mirip bahasa Siam. Antara perkataan yang aku belajar ialah 'salam terengge' bermaksud 'selamat pagi'.
::: Mereka juga agak pemalu dengan orang luar. Usaha daripada pihak Kerajaan, telah membawa masuk
::: 'cikgu' untuk mengajar mereka Bahasa Melayu & cara-cara mencari sumber rezeki dengan penjualan
::: barangan kraf hasil buatan mereka. Gambar di atas dirakam di Pusat Kraf Orang Asli Che Wong yang
::: diusahakan oleh cikgu mereka. Murni tul usaha cikgu tuh..

::: Di antara Pusat Konservasi & IBD, terdapat destinasi pelancongan milik persendirian, iaitu Deerland di
::: Bukit Rengit. Seperti namanya, tarikan utamanya ialah rusa-rusa jinak yang boleh dihampiri, dipegang &
::: diberi makan seperti di gambar atas. Cara unik untuk memberi makan ialah dengan mengangkat tangan
::: yang ada makanan tinggi-tinggi & rusa akan berdiri 2 kaki untuk mengambil makanan tersebut. 1st time
::: aku bagi makan kat rusa & 1st time aku dikelilingi dengan rusa yang banyak.. Semuanya kerumun nak
::: makan roti [huhuhu].. Best lerr.. Selain itu, di Deerland juga ada beruang [sun bear] yang jinak, ular,
::: burung, tikus belanda, monyet & kemudahan-kemudahan lain seperti pakej perkhemahan yang menarik.

:::  for more information, please click at words in green.

~  pengalaman yang best !

Sunday, October 3, 2010

Raya @ Sis' | Workshop @ Ampang | Tasty Food @ Home

Eid Gathering at My Sis House
~ 9 Syawal 1431H

::: Beraya di rumah kakak di Shah Alam, seronok sebab bukan selalu dapat pi rumah kakak.. lagipun rumah
::: dia cantik sungguh.. sebelum dia pindah di rumah baru nih pun, ada gak aku suggest deko dalaman rumah
::: termasuklah soal cat & sebagainya.. Sempatlah aku rakam beberapa gambar melalui handphone termasuk
::: lah gambar aku sendiri [hehehe].. Isnin selepas itu aku hadiri bengkel atas urusan kerja tapi masih di KL,
::: so kerap kali jugaklah aku berulang alik ke rumah walaupun penginapan disediakan. Mak aku tanya jugak
::: kat aku, kenapa tak tidur di hotel? Jawapan aku, tidur di rumah sendiri lagi best [huhu] lagipun aku nih
::: jarang balik, lebih baik aku abiskan masa lebih di rumah mak ayah aku.. Tapi bab makan di hotel, aku pi..
::: Cuma boring jer laa jammed kat MRR2 setiap pagi aku nak ke hotel. Anyway sempat breakfast di hotel.
::: [hehe] Sorry dalam gambar, bilik hotel aku bersepah sikit [huhu] kemaruk self-portrait melalui handphone
::: dah aku sekarang.. pemandangan waktu malam tuh, diambil dari bilik hotel..

Workshop at Ampang City
~ 13 Syawal 1431H

::: Just now someone gave me a basket of hand fruit [huhu] banyaknyeee.. Terima kasih banyak-banyak..
::: Sorry, kena buat direct translation in english.. cover sikit.. Anyway memang banyak betul! Ye laa, dalam
::: bulan Syawal nih, masih ramai lagi buat open house. Banyak gak aku dah pi, memang best! [huhu] faham-
::: faham ler.. For today, emm.. ada orang tuh, buat open house, makanan pun ada lebih.. sebab aku tak pi
::: open housenya, dapat special delivery ler [huhu] thank u yee.. Bertambah 'sihat' ler kalo dapat makanan
::: macam nih tiap-tiap hari.. [hehe] Katanya makan sampai ke malam [haha] jangan risau, bagi orang bujang
::: macam aku confirm habis licin. Dah abis makan, kena fikir 2-3 kali gak nak jogging ke tak petang nih?
::: [hehe] macam liat plak.. cuaca pun mendung baeeekk jer.. [huhu] Esok nak pi Pahang, stamina kena jaga,
::: tengoklah macam mana yek.. U bagi buah tangan, so I kena balas dengan buah gak ke dear?? :P [hehe]
::: Apa-apapun kita makan dulu! yummy! alhamdulillah.. ~ million-million of thanks from me..

Buah tangan Buah hati
~ 24 Syawal 1431H

~ 4 Oktober 2010 - aku di Pahang. Can't wait!

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri 1431 Hijrah


~ 1 Syawal 1431H

::: Alhamdulillah.. raya sudah kita ya, 1 Syawal 2010 rasanya agak berbeza daripada raya-raya tahun lepas..
::: Bezanya, aku rasa lebih seronok dan lebih meriah suasananya walaupun kunjungan sanak saudara di rumah
::: tempat kami berkumpul setiap pagi Syawal semakin berkurangan [huhu] biasalah, semakin dewasa anak-
::: anak buah semakin susah ler nak berkumpul satu famili melainkan dah berpakat dalam FB masing-masing
::: kena berkumpul satu tempat sama-sama [hehe]. Yang penting aku dapat jumpa keluarga aku, mak-mak
::: saudara aku & sepupu-sepupu aku. Yang tak best-lah, aku terlupa ler nak bagi duit raya kat anak-anak
::: buah aku pagi tadi [hahaha] sepatutnya best ya tak? Rasa bersalah plak bila tengok muka kesian anak-
::: anak buah aku tuh.. Takper biar adik lelaki aku ganti aku bagi duit raya, sebab dia baru kahwin [hehehe]..
::: Masa dia bujang tak pernah pun bagi duit raya, sempoiii jer [hehe].. Tak kisahlah, nanti aku akan bagi juga
::: apabila mereka beraya di rumah aku pula, insya-Allah malam nih kot.. Esok maybe aku balik kampung
::: Melaka.. Anyway, gambar atas nih, anak-anak patung tuh, anak buah aku punya ye [hehe] mak aku
::: yang letak kat kerusi tuh.. Terpaksa tukar posisi tahun nih, sebab lampu utama main hall dah ditukar jadi
::: kipas plak [hehehe] payah nak cari angle yang ada cahaya banyak.. ok guys, enjoy the holidays! chow!

1 - 4 Syawal 1431 Hijrah
~ 5 Syawal 1431H

::: Dah masuk 5 Syawal. Raya ke-2 aku balik kampung.. bestnyer lama tul tak balik Melaka. Saudara-mara
::: dari KL pun ikut beraya di rumah aku di Melaka. As usual malam tuh buat BBQ kat perkarangan rumah
::: kambing, ayam, hotdog, burger ayam & ikan keli [huhu] itu jer yang ada, sebab pasar & kedai banyak
::: tutup. Kat Melaka nih luas sikit kalau nak buat BBQ. Aku lepak kat Melaka sampai Raya-4, sempat lerr
::: singgah Jusco baru Bandaraya Melaka sebelah Tesco dan juga Jonker Walk [huhuhu] best lerr! Sekarang
::: nih kat KL dah.. malam nanti nak bawa parents aku tengok Resident Evil 3D di panggung berdekatan
::: dengan rumah. Baru jer tadi beli tiket, mahal lerr RM20. Oh ya, duit raya tuh aku dah bagi kat anak-anak
::: buah aku [huhu] kecuali aku tertidur masa diorang datang beraya.. Ok, roger n' out!

~  Salam Aidilfitri semua & maaf zahir batin..

Tuesday, September 7, 2010

Balik Kampung & Bandaraya Kuala Lumpur

Selamat Balik Kampung & Bandaraya Kuala Lumpur
~ Gambar dirakam pada 22 September 2009. Gambar lama tapi 1st time disiarkan [huhu]..

::: Selamat balik kampung dan bandaraya Kuala Lumpur semua [hehehe]. Jika rakan-rakan blogger sedang
::: membaca entry ini, mungkin aku tengah bersiap-siap untuk balik KL, sedang memandu atau mungkin aku
::: dah tiba di KL [huhuhu].. As usual ler, aku beraya di rumah aku di KL dan juga di kampung di Melaka..
::: Lepas raya aku 'mungkin' terus menghadiri bengkel / mesyuarat di KL, so aku stay di KL lebih kurang
::: selama 3 minggu. Memang raya sakan ler aku [huhu]. Akupun nak juga survey cawangan tempat kerja
::: baru di area rumah aku di KL, kalau nampak ok, aku mungkin akan berpindah. Tapi banyak perkara nak
::: kena fikirkan sebelum aku buat keputusan. Dah banyak aku berkorban untuk kehidupan di JB ini. Apa-
::: apapun, di KL, semestinya aku lebih dekat dengan keluarga, priceless..

~ Selamat Balik Kampung hati-hati memandu..

Tuesday, August 31, 2010

Malaysia 53

Merdeka 53 - Menara Aqabah

::: Salam Kemerdekaan Malaysia ke-53.. Kali nih lambat pula aku upload entry kemerdekaan [huhuhu] aku
::: guna alasan yang sama: busy lerr.. [hehe] aku dilantik untuk mengemaskini laman sesawang jabatan aku..
::: pening juga nak membiasakan diri dengan software opis aku dan alhamdulillah semuanya dah ok, cuma
::: sekarang aku perlu sentiasa up-to-date apa yang perlu. Lega, bolehlah aku rasa merdeka sikit [huhu]..

::: Bagaimanalah agaknya sambutan merdeka tahun nih? Semalam tunggu juga detik 12 tengah malam, tapi
::: tak ada apa-apa pun di tv, hanya konsert Faizal Tahir di 8tv yang aku tengok. Itupun separuh ajer, sebab
::: aku sibuk melayan editing gambar-gambar aktiviti jabatan. Walaupun begitu, aku sentiasa berasa bertuah
::: menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa menghargai sejarah kemerdekaannya. Tak kiralah apa yang berlaku,
::: suasana persekitaran yang aman harmoni serta kemeriahan keluarga, rakan taulan dan keunikan masakan
::: di negara ini, antara perkara-perkara yang sukar ditinggalkan atau dilupakan begitu sahaja. Walau di mana
::: kita berada, Malaysia tetap di hati..

::: Baru-baru nih, aku telah ditag oleh Eryne. So, aku sertakan sekali untuk entry kali ini. Berikut adalah
::: soalan dan jawapan tag tersebut:

::: Soalan 1: Adakah anda rasa HOT? [hehe] mengancam soalan nih! Setiap manusia perlukan self-esteem
::: tertentu, antaranya ialah menghargai ciptaan Illahi dengan kurniaanNya terhadap diri sendiri. Sesekali
::: apabila melihat cermin, aku akan berkata, wahhh hensemnyer aku! [hahaha] tapi yang banyak kalinya,
::: aku akan berkata bukannya hensem sangat pun! [hehehe].. Apa-apapun, aku suka aku! [huhu]..

::: Soalan 2: Upload wallpaper PC / laptop yg anda gunakan sekarang? Seperti di bawah..

Merdeka 53 - Tag

::: Soalan 3: Kisah di sebalik gambar ini? Sempena hari kemerdekaan, aku jadikan hasil karya editing Jalur
::: Gemilang yang pernah aku bina sewaktu dahulu di FotoPages dan diuploadkan juga di blog ini untuk entry
::: bulan kemerdekaan negara pada tahun 2007. [ link ]

::: Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA? Tak ingat ler, maybe awal tahun agaknya.. aku suka beli pizza saiz
::: medium. Biasanya aku beli 2 [hehe] sebab kalau 1 jenis rasa, nanti cepat muak pula dan aku habis makan
::: selama 2 hari [huhu]..

::: Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar? The Script - The Man Who Can't Be Moved [Airto Cover] [ link ]

::: Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih? Dengar lagu daripada blog aku sendiri [hehehe] so
::: lagu The Script tuh yang paling terkini aku dengar.. sambil-sambil itu aku minum air kosong [huhu] kenalah
::: minum air banyak-banyak, esok taklah kering bibir atau terkena ulser mulut.. err..

::: Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? Encik Zul [hehehe] jangan marah..

::: Soalan 8: 5 rakan bloggers anda secara random: (1) Fareast (2) Azah (3) Bro Jeff (4) Eryne (5) Knizam.

::: Soalan 9: Siapa orang no. 1? Kawan lama di sini. Minat kami sama terutama dalam seni fotografi ini..
::: Aku banyak belajar daripada Fareast dan kami saling mengikuti perkembangan blog masing-masing walau
::: pun sekadar intai-intai celah tingkap ajer.. [hehehe]..

::: Soalan 10: Katakan sesuatu kepada orang no. 5? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Pengalaman bertugas di luar negara membuatkan blog Knizam seperti membaca majalah National
::: Geography. Ikutkan blog beliau, rasanya rumah kami di KL macam dekat-dekat [huhu]..

::: Soalan 11: No. 3 ada hubungan apa dengan siapa? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Beliau adalah orang paling rajin memberi komen di setiap entry aku pada masa dahulu.. Cepat pula tuh
::: beri komen, asal ada entry baru jer, mesti Bro Jeff antara orang paling awal singgah [hehehe]. Lately nih
::: busy kot..

::: Soalan 12: Bagaimana pula dengan no. 2? Kawan lama di sini sejak di FP. Azah nih rajin tul lukis 'doodle'
::: iaitu kartun-kartun yang dilukis secara terus. Memang hebat, aku pun suka gak buat benda-benda macam
::: tuh, cuma aku malas ajer [haha]. Sekarang nih Azah semakin hebat bermain gitar.. Boleh kalah Yuna ni..

::: Soalan 13: Kata-kata cinta dengan orang no. 4? Ngakk boleh, Eryne udah punya suami [hehehe]. Eryne
::: pun kawan lama sejak di FP. Ada banyak blog, tapi blog Precious Moment tuh yang aku suka baca sebab
::: kisah kehidupan hari-hari beliau tuh kadang-kadang sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan aku
::: [hehe].. Thanks Eryne for tagging me..

::: Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu tentang rakan bloggers yang anda pilih. (1) Kawan lama (2)
::: Kawan FP (3) Kawan blog (4) Selalu singgah (5) Hobi / minat yang sama [hehe] jawapan selamat ker?

~ 1Malaysia Menjana Transformasi Selamat Hari Merdeka!

Friday, August 13, 2010

Breaking Fast @ Home

::: Alhamdulillah selamat berbuka semua.. Hari Rabu the 1st day of Ramadan, tak rasa macam letih sangat sebab di Johor cuti
::: umum. Hujan dari pagi sampai malam, jadi banyak berlingkar atas katil sajalah [huhu]. Lagi pun sahur & berbuka masak sendiri,
::: wah.. rajinnya aku [hehe] alaa masak nasi & sardin sahaja.. 2nd day baru terasa sebab dah mula bekerja, dah rutin setiap pagi,
::: hari biasa sarapan dengan member, siang itu sudah terasa lapar.. Pergilah bazaar Ramadan, konon-kononnya nak rasa suasana
::: meriah berbuka puasa. Apabila berbuka, tak sedap pula makanan yang aku beli. Doki [apam balik mini] intinya tiada langsung,
::: apa raa.. Bagaimanamanapun aku bersangka baik, ramai peniaga bazaar bukan tukang masak harian, dibukanya gerai pada
::: bulan Ramadan semata-mata, aku faham. Jadi hari ini, aku pergi pula ke restoran biasanya aku pergi & bungkus apa yang aku
::: biasa makan setiap hari.. Selepas itu, aku jogging di taman rekreasi, wah.. macam hebat pula [hehe]. Ada yang tegur, jangan
::: over, nanti pengsan pula. Terpaksa jogging, sebab sehari sebelum bulan puasa, aku dah tibai 2 bungkus KFC, so teori aku, kalau
::: dah makan banyak, kenalah exercise, mesti diseimbangkan. Sebab itulah aku tak suka makan banyak, nanti aku kena exercise,
::: malas betul. Sampai di taman rekreasi, eh ramai pula yang jogging.. perempuan bertudung pun jogging. Ini yang membuatkan
::: aku bertambah bersemangat [huhu]. Lagi pun aku jogging satu pusingan tasik, dah memadai, asalkan exercise. Okay lah itu..

Breaking Fast @ Home

::: Balik rumah aku siap-siap makanan untuk berbuka. Sambil-sambil itu teringat balik discussion aku dengan officemate wanita
::: sebelum itu. Menurut survey aku, semua wanita bergelar isteri ini, gemar memasak berbanding beli di bazaar.. beruntungnya
::: dapat isteri macam itu. Mulalah aku berangan ada orang tolong masakkan untuk aku, tak pun awek hantar makanan di depan
::: rumah, best pula ya [hehehe].. Tiba-tiba ada orang bagi salam, siapalah gerangan ini ketika orang sibuk hampir berbuka. Rupa-
::: rupanya jiran belakang hantar makanan: sup daging beserta nasi panas lagi! [hahaha] nampak sangat orang lain kasihan tengok
::: orang bujang macam aku ini, makan atau tak [hehe]. Biasalah adat orang bujang, balas balik dengan tupperwear kosong dah
::: berbasuh sahaja [huhuhu].. Tak sempatlah nak beli. Insya-Allah esok-esok aku beli KFC bucket, aku beri kepada jiran aku yang
::: baik hati itu. Belum azan lagi, aku dah rasa excited pula nak merasa makanan, aku pun tuang air dalam mug, selamba sahaja
::: aku terus minum [hahaha] terminum! Rezeki aku, alhamdulillah [hehehe].. Itulah cerita aku pada hari ini. Sekian.

~ Sweeeet!  Selamat berbuka! [huhu]..