::: Terlebih dahulu aku minta maaf sbb tajuk post aku kali nih mcm terkeluar dari tema yg nak
::: aku paparkan di blog.. gambar pon takde, hanya illustrasi yg dibuat oleh aku bagi menunjuk
::: kan apa yg aku nampak pada malam semalam.. mungkin kerana benda nih mcm kes nampak
::: hantu, zaman moden nih ramai yg kurang mempercayainya lagi.. [huhuhu] orang boleh gelak
::: & buat lawak bila kita bercerita kisah2 seperti ini. Aku pon, kalo aku dengar [hehe] cuma
::: peristiwa malam semalam membuatkan aku tertanya2, balik rumah aku bukak internet cari
::: maklumat & mmg apa yg diberitahu & ditunjukkan dlm youtube, sama seperti aku nampak..
::: Kisah ini berlaku pada 2 Oktober 2009, jam 8.50 pm semasa aku dalam kereta nak ke
::: Jusco Tebrau, JB melalui Pasir Gudang Highway berdekatan dgn Giant Plentong aku nampak
::: 3 objek bulat bujur besar bercahaya, warna oren di udara sebaris. Kemudian bergerak
::: perlahan menjadi bentuk 3 segi setiap satu di setiap bucu. Tetiba muncul lagi 2 objek sama
::: dari jauh mendekati. Semua ini disaksikan oleh aku & parents aku yg datang bercuti di rumah
::: aku di sini.. Aku try rakam guna camera h/p tapi tak berjaya.. lagipun aku macam 50-50 dgn
::: apa yang aku lihat walaupun dlm hati & mata masih mempercayai bahawa objek tersebut
::: UFO [hehe] Aku telefon sahabat aku, dia pun ada penah nampak 2 objek yg sama di area
::: Sri Alam, JB pada waktu malam tak lama dulu.. beliau mengatakan juga objek ini muncul bila
::: berlaku fenomena alam contohnya mcm gempa bumi yg kebetulan berlaku di Indonesia..
UFO Loughborough August 2009: sama yg aku nampak tapi aku nampak lebih besar & dekat.
::: Berita tv tak kecoh pasal nih, ntahlah maybe taknak orang ramai panik & buat keje2 tak
::: berfaedah [takde keje laa tuh huhu] tapi peristiwa di UFO di JB nih dah pon berlaku semasa
::: penampakannya di area Larkin, tak jauh dari area Plentong tempat aku nampak.. Mulai hari
::: ni aku dah prepare utk rakam dgn videocam.. kot2 ada kat area rumah aku ker? [hehehe]
::: Maybe flying chinese lantern, tapi pelik UFO yg aku lihat bergerak sgt selari & boleh buat
::: formasi. Bagi yg tinggal di Johor pandang2laa ke langit waktu malam di sekitar Larkin &
::: Plentong.. Jangan biarkan diri anda diselebungi misteri [hehehe].. Apa2pon sempat gak aku
::: tengok wayang citer "Where Got Ghost?" bersama parents aku semalam [huhuhu]..
::: Terkini [5/10/2009] akhirnya dpt gak citer drpd officemate aku yg kebetulan berada di
::: kampungnya di Kulai yg menyaksikan kejadian yg hampir serupa pada malam 2/10/2009.
::: Aku rasakan ini merupakan rentetan sebelum kejadian di Plentong. Beliau memberitahu
::: bahawa sekitar slps waktu maghrib, beliau & adiknya telah melihat objek berbentuk kotak
::: 4 segi berwarna hitam terapung di udara dan mengeluarkan objek bulat bujur berwarna
::: oren terang di bawahnya. Objek hitam itu bergerak menurun ke bawah secara perlahan
::: sehingga tidak kelihatan lagi. Menurut beliau, beberapa penduduk sekitar rumahnya juga
::: menyaksikan kejadian tersebut sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.. scary gak bila
::: dengar citer kawan ni.. pelik ler..
::: read more about this black square object in the UFO Sighting Report [USA 2006] click here
::: reports in the National UFO Reporting Center for Craft Shape RECTANGLE click here
::: Terkini lagi [7/10/2009] jam 7.50pm, sahabat aku telah melihat sebuah UFO oren
::: terbang melintas ruang udara di area Pasir Gudang iaitu antara dari Tmn Cahaya Masai,
::: Politeknik JB, Tmn Scientex dan hilang di Sri Alam apabila sebuah helikopter dipercayai
::: mengejarnya atau mungkin hilang kerana ada helikopter di situ atau mungkin juga kapal
::: terbang komersil yg biasa melalui kawasan ini. Tapi aku nampak spt heli berdasarkan lampu
::: kelip di badan & ekornya.. Aku terus bergegas driving ke tempat kejadian dgn videocam tapi
::: sayangnya tak dapat apa2.. Aku hanya nampak heli berlegar2 selama 30 minit lamanya..
~ Wallahualam.. Allahuakbar..
::: For those who can't read malay language, please use the translator at the sidebar or you can ask me here.
::: Thank you. More info, open the youtube website and type: orange UFO at the searchbox.