Friday, July 10, 2015

Jalan-Jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Jalan TAR
::: Jalan Tuanku Abdul Rahman (atau Jalan TAR) adalah sebuah jalan sehala yang legend di Kuala Lumpur menghubungi area Chow Kit dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Jalan ini diberi nama sempena Yang di-Pertuan Agong pertama, DYMM Tuanku Abdul Rahman, Yamtuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu. La ni, tahun 2015 ni, mak aiii trafficjam mak bapak adoii ai ai hehe (teringat Johan cakap cina). Rasanya tahun lepas tak macam ni, entah ler.. mungkin sama. Tapi tahun ni siap ada polis trafik berkawal di jalan-jalan yang menghubungi Jalan TAR ni. Asal memang nak ke sini pagi-pagi tapi famili plak nak ke Matrade ada Vendeur Festival 5.0 - blogger dan artis terkenal jual produk mereka, ofcourse ler antaranya tudung huhuhu.. End up sana pun jem, tukar ke Jalan TAR pun sama, then tukar lagi sekali tapi ke KLCC.. fuhh lapang..

::: So esoknya ke Jalan TAR as we'd planned this entire holier month hehe, al-maklumlah special untuk si kecil comey.. Sebelum ni ada meeting area situ, so checklist dah lulus, masa tu weekdays, shopping takde orang. Disebabkan ada tak muat, new mission ler jadinya campur jugak tudung+++ baju kurung kot berkenan gitew. Parking memang mencabar walaupun bertolak jam 9.00 pagi.. My sister nasihat pi parking kat Capsquare, tapi dah terlajak dalam jem, so teruskan niat nak parking kat Sogo yang sungguh mencabar tuh. Akhirnya dapat jugak walaupun di paras 3 basement paling bawah sekali. Oklah.. Tapi tahu-tahulah berjalan di bulan puasa tak sama macam hari yang boleh kita minum air.. Ramai sangat orang, lorong-lorong kecil Jalan Masjid India memang tak muat masuk. Nasib baik tak pakai stroller.. Carrier pun murah punya kannn, sakit jugaklah bahu abang ni hahaha.. Atlast dapat jugak apa hendak digantikan.. tapi biasalah singgah-singgah kedai, ada jugak yang melekat bawak balik terus. Kat Sogo lagilah hectic, dah macam pasar sebab orang dah start duduk bersimpuh kat setiap paras, terutama kat tepi-tepi escalator. Memang kaya Sogo ni.. Cadang nak beli something tapi cancelled sebab kat cashier, queue panjang giler. Dan kami balik dengan bayaran parking lebih RM10.00 hehe.. sampai rumah terus tidur, bangun beli lauk kat bazaar, lepas buka puasa terus balik drive ke destinasi tempat kami bekerja.. The next day, is Monday! hehehe.. malasnyeeee..

selamat ber-shopping.. ber-shopping lah secara berhemah..

Sunday, June 28, 2015

Kaherah, Mesir | Cairo, Egypt |القاهرة مصر

Mesir - City of a Thousand Minarets
::: Kaherah (القاهر) adalah ibu negara Republik Arab Mesir dan merupakan bandar kedua terbesar dan padat di benua Afrika. Kaherah juga dikenali sebagai 'The City that never sleeps' dan 'The City of a thousand Minarets'. Kehadiran kami berdua di bumi Kaherah ini adalah sebahagian rentetan jadual perjalanan kami bagi menunaikan umrah. Alhamdulillah dapat juga kami menjejak kaki di bumi para anbiya ini yang kaya dengan sejarah dan tamadun yang boleh kita pelajari. Kalau nak tahu beberapa minggu sebelum itu, rusuhan rakyat besar-besaran telah tercetus. Sekali lagi alhamdulillah Kaherah berada keadaan aman ketika kami sampai. Gambar di atas adalah sebahagian pemandangan Kaherah, semua bangunannya berwarna tanah dan kelabu.

Mesir - Life in Cairo
Mesir - Cairo-styled Market

:::  Kami tiba di Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (Cairo International Airport), udara sejuk menyambut kami semua warga rombongan ziarah. Yer..lah bulan Januari memang sejuuuukkk sangat dan disokong dengan kedudukan hemisferanya tinggi utara di muka bumi. Perjalanan kami menyelurusi jalanrayanya yang sesak dengan kenderaan, boleh dikatakan tiada lampu isyarat di sana, kerana bas kami asyik buat u-turn ajer sedangkan destinasi kami seberang jalan hehehe.. Itu belum cerita kalau yang accident, bertikam lidah kat tengah-tengah jalan, datang polis, berbincang, terus bersurai. Itu yang saya nampaklah.. Untuk pengetahuan semua, bangunan-bangunannya yang tinggi dan cat warna setona ini, banyak macam tak siap (dan macam dalam cerita peperangan). Rupa-rupanya menurut tour guide kami, yang itu adalah bangunan setinggan, makin lama makin tinggi ke atas, berbeza di Malaysia yang mengembang secara mendatar. Jadi kalau nak duduk situ, bolehlah buat rumah sendiri di bahagian atasnya.. Hampir setiap bangunan tinggi ini mempunyai kedai runcit di paras tanah, very nice. Lagi yang nice, orang Mesir kat sana, kalau orang lelakinya banyak berbaju kemeja dan kot. Memang nampak segak. Atau waktu tu musim sejuk? Berada di luar rumah adalah satu kebiasaan, berborak-borak sambil memegang secawan kopi. Kebanyakan penduduk Kaherah sungguh baik hati dan suka membantu, mungkin sudah biasa dengan kehadiran pelancong. Buktinya macam pakcik (dalam gambar) yang jual kaki unta dan daging tu, siap angkat tangan kat bas kami. Bercakap pasal pasarnya, hmmm buah-buahan dan sayur-sayurannya masya-Allah macam segar ajer tengok. Pisang pun ada huhuhu, negara yang subur dek lembah Sungai Nil.

Mesir - Place where Sadat was killed
Mesir - The Unknown Soldier Memorial
Mesir - Me @The Memorial
~ Nak posing jugak.. itu bukan skirt, tapi baju kurta yang labuh ok hehe..

::: Apabila kami turun dari bas pelancongan, tetiba udara karbon dioksida melampau menusuk lubang hidung. Perrgghh macam bau pagi-pagi orang muda start enjin motor siap press-press lagi minyak, asap banyak keluar, memang sukar untuk bernafas. Lama-kelamaan kami sudah beradaptasi dan meneruskan lawatan pertama di Memorial Tentera Tanpa Nama (Unknown Soldier Memorial). Pada mulanya kami ingatkan ada kena mengena dengan piramid kerana rekabentuk arkiteknya. Memorial ini dibina pada tahun 1974 bersempena dengan mangsa korban peperangan antara Arab Mesir dan Israel yang berebut Lembah Sinai dan Terusan Suez. Kemudian pada tahun 1981, Presiden Anwar Sadat telah disemadikan di memorial tersebut setelah dibunuh semasa perarakan tentera betul-betul di sebarang jalan hadapan memorial ini. Beliau dibunuh kerana tindakan beliau mengadakan perjanjian damai bersama Israel dan kekejaman yang lain yang pernah dilakukan. Rujukan: wikipedia. Pekerja yang berpakaian tentera warna merah tuh, masa kami tengah turun bas, kelam kelabut mereka salin baju daripada biasa kepada pakaian tentera, dan terus berdiri tegak pegang pedang hehehe.. kelakar.

Mesir - Rowing in Nile
Mesir - Bfast & Lunch @Nile Cruise
Mesir - Nile Cruise

::: Dah lama atas kapal terbang, kami dibawa berehat dan refresh: sarapan dan makan tengah hari dan juga mandi di atas kapal cruise di Sungai Nil (Nile River). Sekali lagi alhamdulillah kami dapat juga berada di atas sungai terpanjang di dunia ini. Sarapan pagi kami di dalam kapal dan makan tengah hari kami di atas kapal (rooftop). Bercakap pasal makanan pula, mereka lebihkan tomato berbanding dengan cili. Biasalah orang Malaysia, tak biasa, nak juga sambal hehehe.. tapi memang takde pon. Sarapan pagi banyak roti, capati, kuah dal, tomato. Manakala makan tengah hari lebih sedap, nasi beriyani, kambing panggang, fresh veggy, buah-buahan dll. Di rooftop, pemandangan Sungai Nil, masya-Allah cantiknya ya Allah.. Walaupun udaranya diselaputi jerebu, keindahan dan perasaan 'best' tu mengatasi segalanya. Kebetulan, ada pulak rowing boat macam kat Oxford, U.K. tu, sempatlah saya mengambil gambar dengan cahaya matahari yang baru nak meninggi. Kat Mesir memang aktif aktiviti rowing ini despite ketidakstabilan negara mereka. Cuba tengok tour guide kami (yang botak tu) dalam gambar atas, cuaca memang panas terik, dia dan kawan dia selamba jer lepak kat tempat yang takde bumbung. Yang orang Malaysia berebut-rebut berteduh bawah bumbung.. hehehe..

Mesir - Saladin Citadel

::: Perjalanan ke Kaherah ini membawa kami melalui hadapan Benteng Salahuddin al-Ayyubi (Cairo Citadel) dan Masjid Muhammad Ali. Benteng ini telah dibina pada tahun 1176 hingga 1183 bagi menahan serangan tentera Salib (Crusaders). Sayang tak dapat masuk sebab waktu perjalanan kami yang terhad. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang ingin kami lawati di Kaherah tetapi tak dapat. Antaranya Universiti Al-Azhar, perpustakaannya, makam-makam para anbiya jikalau ada yang berhampiran, Muzium Kaherah dan tinggalan-tinggalan tamadun Mesir yang sangat terkenal itu.Tak mengapalah.. | Tour guide kami seorang  yang fasih berbahasa Melayu walaupun ada pelat Arabnya seperti Maher Zain tu, berkahwin dengan wanita Melayu Malaysia. Senang cerita, beliau yang botak tu. | Apa-apapun pengalaman ini sungguh berharga. Banyak perkara kami pelajari dan boleh dijadikan teladan. Kehidupan penduduk Kaherah jauh lebih susah berbanding di Malaysia. Mereka acapkali memuji dan cara pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga membawa kemakmuran kepada rakyat jelata. Bersyukur kita adalah rakyat Malaysia. Doa kami kepada seluruh masyarakat Islam di mana jua mereka berada (terutama di Tanah Arab) agar dalam keadaan yang gembira dan selamat senantiasa. Amin..

KLIA - Lonely Planet
~ Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan Selamat Berpuasa..

Friday, June 12, 2015

The Tangled Web(log)

Tangled the Web


::: Assalam dunia.. finally after thousands of finally, I've managed to type and upload a story (not really a story lerr) and a picture which is a glimpse of my life after one become two and two become more++, insya-Allah.. Standard ahh gambar saya (aku? saya? kekok ler) sentiasa diblur same with my beloved wife, err some of the pic, yes.

::: Trivia, kenapa lama menyepi? biasalah selepas berkahwin everything is changed and life were not the same as it was. I'm happy and still remain happy. But recently I looked back at the blog, I can see that I had left something that I think, some of the stories have been a source to be shared with others especially for those who are seeking infos about some places that I've visited - eventho I'm not the 'around the world' type of traveler (I wish), tak layak pon, mostly domestik jer.. hehe..

::: The funny part is, sebab dah lama, semuanya bersawang, nak edit gambar guna PC lama ni pun dah terkial-kial jadinya. Hehehe gelak sorang-sorang. Entah-entah yang baca entry ni saya sorang-sorang jugalah hahaha.. Hopefully this is not the last entry, there are more I would like to share. Jika tiada sesiapa pun yang baca, atleast my story will be my precious memory. Salam perkenalan sekali lagi and hello to all my long time blogger friends + my silent readers wherever you guys are.. Miss you guys and wish me rajin-rajinkan diri in here okay. :)

untangling the tangle..