Tuesday, May 25, 2010

Go Green: Tanjung Piai Mangrove Clean Up

Go Green - Tanjung Piai

::: Pada 17 April 2010, aku joined program Go Green: Tanjung Piai Mangrove Clean-up di Taman Negara
::: Tanjung Piai, Pontian, Johor. Program ini telah dianjurkan oleh sebuah IPT bertujuan memberi kesedaran
::: betapa pentingnya hutan paya bakau dalam kehidupan di samping mengekalkan ekosistem serta menjaga
::: kebersihan hutan dan pesisiran pantai di Malaysia. Seramai 60 volunteers terlibat, dari pelbagai peringkat
::: umur tiba di perkarangan Pusat Interpretasi Taman Negara Tanjung Piai diberi penerangan oleh pegawai
::: tentang hutan paya bakau Tanjung Piai dan hidupan liarnya. Untuk melihat gambar-gambar sekitar Taman
::: Negara Tanjung Piai ini, bolehlah lawati entry aku yang lepas: klik sini Tanjung Piai dan Pulau Kukup
::: dan Homestay Tanjung Piai. Pada mulanya program ini dibuat untuk penanaman benih pokok bakau
::: tetapi telah ditukar setelah mendapati penanaman benih sudah terlalu banyak dilakukan oleh para aktivis
::: sehinggakan tiada tempat lagi untuk ditanam. Pegawai di sana menyarankan program pembersihan hutan
::: paya bakau lebih bagus dilakukan memandangkan banyak sampah-sarap terkumpul di pesisir pantai hutan
::: paya ini. Lagipun fungsi hutan paya bakau memang bertujuan sebagai penyekat sampah selain penghalang
::: hakisan serta tempat tinggal anak-anak ikan.

Go Green - Mangrove Clean-Up
Go Green - Sekitar Tanjung Piai

::: Memang penat memungut sampah [huhu] walaupun aku jalan di belakang sekali [orang depan dah habis
::: pungut huhu]. Dengan cuaca panas melampau dan perjalanan kaki yang jauh memang mencabar fizikal
::: dan mental tapi hasilnya amat membanggakan kami semua setelah hutan paya bakau ini kelihatan lebih
::: bersih berbanding sebelumnya. Setelah makan tengah hari, kami ke Tanjung Piai Honey Bee Farm yang
::: terletak tidak jauh dari Taman Negara. Cikgu Aziz Samad, presiden pengusaha Homestay Tanjung Piai
::: membawa kami serta diberi penerangan serba ringkas oleh pengusaha-pengusaha Honey Bee Farm.
::: Menariknya, demostrasi memegang papan sarang lebah memukau perhatian semua, malah kami juga
::: diberi peluang untuk mencuba. Kemudian kami berpeluang mencuba merasa madu lebah 'fresh' yang baru
::: dikeluarkan dari rumah lebah. Sedap betul! Cuma bahagian dinding sarang lebah itu tidak perlu ditelan
::: kerana sifatnya seperti chewing gum yang kenyal. Lama jugaklah aku kunyah sebelum aku diberitahu
::: benda tuh tak payah telan [huhuhu]..

Go Green - Honey Bee Farm

::: Aku telah ditag oleh Eryne baru-baru ini. Berikut ialah soalan dan jawapannya: (1) Apa yang anda akan
::: buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda? sedih dan marah (2) 6 orang di hati anda? ibu,
::: bapa, kakak, adik, sahabat dan kawan aku (3) Anda rasa anda comel? kadang-kadang [huhu] (4) Single
::: or taken? single (5) Blog yang anda suka? photography blog (6) Adakah bilik anda kemas setiap hari? ya
::: setiap hari (7) Lagu terakhir yang anda dengar? Akim AF7 - Inilah Cinta (8) Last text message? 'cuci huhu'
::: [texting with my buddy about Astro Ria] (9) Last phone call? 7.20 am - from my dad (10) Hari terakhir
::: anda menangis? tak ingat tapi adalah hari tu masa tengok filem kartun Astro Boy [hehe] sedih ler cerita tuh
::: (11) List lima color favorite anda? kuning, oren, biru, hijau, coklat.. (12) Orang terakhir anda ber-YM?
::: dah lama tak online, tak ingat tapi kawan2 opis jer laa (13) Game paling anda suka? PC: command &
::: conquer; PS2: defjam NY street fight; real-life: dah pupus (14) Adakah anda peminat MCR? tak faham..
::: (15) Apa perasaan anda jawab tag ni? alamak! [hehe] (16) Anda rasa tag ini best? ok. Semua soalan tag
::: ini boleh rujuk di blog Eryne, klik sini. Terima kasih Eryne, ingat juga kepada saya.. anyway minta maaf
::: banyak-banyak sekiranya jawapan saya tak seberapa.. sekarang ini saya kurang sihat sebab demam baru
::: nak kebah.. alhamdulillah hari ni dah ok sikit..

~

13 comments:

  1. kebetulan saye pon baru g pontian 5-10mei lps..
    tp sy hanya pergi ke kg sri bunian dan dangabay,
    xt'perasan pula tj piai..cantek :)

    smoge cepat sembuh reactive,
    sy on baru saja sehat dr saket..

    ReplyDelete
  2. Suka tgk blog ni sbb gmbr cantik ;-)

    ReplyDelete
  3. isk... x sihat ke?
    mudah-mudahan cepat sembuh ye...
    takpe, tag telah dijawap dgn padat dan ringkas... hehehe..

    anyway, get well soon okay...

    * lupe pulak nak mention, tg piai... org kate tu benua paling hujung kat dunia... entah la x sure pulak, penah pegi dulu zaman2 masih sekolah... chalet atas air tu sgt cantik... :)

    ReplyDelete
  4. Menyimpan angan2 nak ke Tanjung Piai. Tak tau bila nak sampai hehe. Kelakar pulak bila org tu cakap tak yah telan sarang lebah tu :)

    Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. sangat best la ada activity outdoor mcmnih..

    skng nih busy sgt nk keje la even weekend pon berlalu camtuh jer.. paling kurang pon tgk wyg kt JJ tebrau..

    hmmm...

    ReplyDelete
  6. bila nak jejak kaki kat sana ni?
    dah lama simpan hajat dalam hati.
    huhu

    ReplyDelete
  7. dah lama nak ke sini ... tapi tak kesampaian

    ReplyDelete
  8. ohh ini penghujung kan.. if kat sabah nie.. tip of borneo kat simpang menggayau kudat.. best gak.. kat sana best tak? ehhee cantek tak...byk angin tak?ehhe aLL the best bro...

    ReplyDelete
  9. semua dak Poli ni ..ceriaa je aku tgk
    kalu dah ramai2 gotong royong bersihkan alam
    last2, rasa penat tak rasa...kan!
    syabas anda semua, juga Bro Zul!

    ReplyDelete
  10. ::: eryne & iza: alhamdulillah dah sihat waalafiat.. TQ :)

    ::: en.sani: selain angin, tg.piai unik kerana ada taman negara hutan paya bakau. tidak jauh dari situ ada lagi satu taman negara di pulau kukup. saya penah pi sabah, ofcourse sabah best lagi [hehe] sbb pesisir lautnya byk terumbu karang.. di selat melaka kurang, lagipon tanjung piai terletak berhampiran dgn pelabuhan & 2nd link singapore. kapal2 dagang besar byk kelihatan.

    ReplyDelete
  11. ::: berikut ialah post entry saya yg lain berkenaan tanjung piai & pulau kukup, pontian, johor:

    1) http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/03/taman-negara-johor-pulau-kukup-tanjung.html
    2) http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/03/homestay-tanjung-piai-kampung-serkat.html

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!