Sunday, June 6, 2010

Penang II

Komtar Pulau Pinang
::: Bulan April yang lalu, aku jalan-jalan makan angin di Pulau Pinang bersama-sama rakan ofis. Sepanjang
::: aku bekerja, inilah kali ke-2 aku ke Pulau Pinang. Dahulu zaman belajar banyak kali lerr.. Kali ini aku
::: dapati Pulau Pinang semakin membangun & semakin bersih! Destinasi utama aku ialah Teluk Bahang &
::: Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin peminat Amazing Race: Season 16 tahu Teluk Bahang antara
::: destinasi program tersebut. Kebetulan aku menginap di Hotbay Motel berdekatan dengan lokasi tersebut
::: [huhu] Lokasinya kecil sahaja. Dalam tv nampak macam besar pulak. Ramai yang tidak tahu, Teluk
::: Bahang mempunyai pantai yang sangat cantik & bersih. Tapi aku tak berani mandi sebab banyak obor-
::: obor.. scary! [hehehe] walaupun aku nih pantang nampak air laut, terpaksalah tahan.. Di sini terdapat
::: banyak barangan kraftangan dijual & dibuat, antaranya ialah pembuatan batik di Kampung Teluk Awak
::: [hehehe] funny name! Homestay pun ada.. Di hujung Teluk Bahang, terdapat sebuah jeti untuk nelayan..
::: cantik giler tempat ni.. Oleh kerana lokasi Teluk Bahang agak terpencil, tak ramai pelancong lepak di situ.
::: Mungkin pantai Batu Ferringhi yang terletak tidak jauh dari Teluk Bahang lebih dikenali oleh pelancong..
::: Mungkin juga tak ada hotel besar & banyak perkampungan orang Melayu di Teluk Bahang.

Teluk Bahang

::: Bersebelah jeti nelayan Teluk Bahang, adalah pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Siapa
::: sangka Pulau Pinang yang kecil nih ada Taman Negara [huhu] akupun tak tahu sebelum ini.. Diwartakan
::: pada tahun 2003 & merupakan Taman Negara terkecil di Malaysia! Selain itu, uniknya Taman Negara
::: ini ialah Tasik Meromiktik yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang & Australia sahaja. Tasik di
::: Pantai Kerachut ini mengandungi 2 lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut
::: masin di lapisan bawah. Ketumpatan & suhu juga berbeza, masin panas di bawah, tawar sejuk di atas..
::: Masa aku pergi, fenomena tersebut belum berlaku lagi kerana berlaku hanya sekali setahun sahaja..
::: Ada cerita daripada tour guide, katanya masa fenomena ini berlaku, orang lelaki tak boleh mandi dalam
::: tasik tersebut [hehehe] lawak lerr.. Taman Negara ini mempunyai Pusat Interpretasi yang superb, laluan
::: & kemudahan OKU, kawasan perkhemahan, jambatan gantung & tempat penyu bertelur. Dalam kawasan
::: yang sama, terdapat pusat penyelidikan marin USM & Rumah Api Muka Head. Oleh sebab lama tak
::: bersukan, mengah jugaklah mendaki tangga ke rumah api tuh [huhu] ketinggiannya 242m, terletak di Pantai
::: Teluk Duyung atau lebih kenali sebagai Monkey Beach di kalangan pelancong asing kerana tabiat monyet
::: di situ yang suka mencuri baju [huhuhu] menurut cerita tour guide lerr..

Taman Negara Pulau Pinang & Muka Head

::: Di sebelah malam di Batu Ferringhi ada pasar malam seperti uptown.. lokasinya di sepanjang bahu jalan
::: berhadapan dengan hotel-hotel besar yang ternama.. Untung pelancong yang menginap di situ sebab
::: keluar hotel jer ada night market yang dibuka setiap malam hingga jam 1 pagi.. Aku tengok kawasan Batu
::: Ferringhi nih dah macam tempat lain plak; banyak sungguh kedai urut kaki, urut guna ikan, restoran Arab
::: & restoran mewah berbentuk kapal & macam-macam lagilah.. waktu malam memang 'meriah' lerr..
::: Banyak jugaklah shopping itu ini termasuklah di Hard Rock Hotel [huhu] alang-alang dah sampai di Batu
::: Ferringhi. Cantik giler hotel.. Tak berani ler masuk, setakat ambik gambar di luar & di kedainya sahaja..
::: Bandaraya Georgetown pun dah semakin cantik, sempat jugaklah jalan-jalan di Fort Cornwallis atau
::: lebih dikenali sebagai Padang Kota Lama.. Kalau dah sampai Pulau Pinang, tak sah kalau tak beli buah
::: pala [huhu] jadi aku singgah ler jugak kedai jeruk untuk buah tangan officemate di JB.. aku tak makan
::: sangat jeruk ni, jadi aku beli buah macam halia ada gula tuh.. sini juga popular dengan Nasi Kayu Kandar
::: & cendol pulut.. nak lebih banyak kedai-kedai makan, singgahlah Gurney Drive. Aku lihat pembangunan
::: Georgetown menakjubkan, aku suka lihat kondominium yang tinggi-tinggi nih, teringat plak kampung
::: halaman aku iaitu KL [hehehe] berbeza dengan JB sebab JB nih luas kawasannya.. oleh sebab Pulau
::: Pinang nih kecik, jadi pembangunannya memang jelas kelihatan. Dari bandarayanya boleh nampak kapal
::: cruise StarCruises macam kat negeri omputeh plak.. tak sempat ambik gambar [hehe] masa tuh on the
::: way balik..

Georgetown & Batu Ferringhi
~ Penang is a very very nice place to visit.. 

13 comments:

  1. Salam reactive zul.
    April lps pon sy ke penang,
    xjumpe lak kite...hehehe

    obor2 scary? sy cume terpkir obor2 spongebob je
    comel :D wah, banyak jerukkkkk....

    next week sy akan ke penang,
    akn sy bawak balik jeruk2 c2..hehehe

    ReplyDelete
  2. saya dah lama giler tak ke penang ;-). berhajat nak ke penang dari thn lepas tak tercapai. this yr kena jugak pegi nih ;-)

    ReplyDelete
  3. saya ada sorang adik angkat yg sgt baik hati di penang... tp sampai skrg x penah ketemu lagi, kenal kat forum je.. entah bila saya nak jejak kaki ke penang...

    re: thanx for the visit & comment...
    saya x suka balik kg sbb selalu x de air kat sane... huhuhu... camane nak handle kalu anak2 saya nak membuang, x ke payah tu...
    for 2nd entry tu, time kaseh byk2 atas nasihatnya... saya sedang bersabar dan berdoa byk2 agar hati saya tidak sampai membenci org tersebut...

    ReplyDelete
  4. RE:salam kembali & alhamdulillah baik2 jer... 0oooo skrg nih persediaan utk pergi haji 1431H -insyaallah penerbangan Okt/Nov2010
    last ke Tanah Suci tahun 2008.

    well, Penang tempat kay lepak dolu2 nih... so dah biasa since kay org utara.
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. alamak ... ada pasang niat nak ke hard rock penang tu ... insyallah one day ... lama x kesana ni ;)

    ReplyDelete
  6. alamak.. bikin jeles aja.. huhu
    bila la mau ke Penang lg.. lama dah ngidam
    boleh buat xtvt tiru dari entry Bro Zul ni! :P

    ReplyDelete
  7. perggh...teringat dia punya jeruk buah.... before naek ferry mesti beli punya...hihi

    nice kan penang~

    ReplyDelete
  8. whoa ! penang mmg food heaven la kan hehe :)

    ReplyDelete
  9. eh pergi muka head naik bot ke jungle trekking?

    ReplyDelete
  10. ::: Faisal: saya pi ke muka head - trekking, bila balik baru naik bot dari monkey beach ke jeti teluk bahang. :)

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!