Saturday, May 8, 2010

Sungai Kampar White Water-Rafting, Gopeng, Perak

Sungai Kampar, Gopeng, Perak

::: Keesokan harinya, 4/4/2010 kami melakukan aktiviti white water-rafting di Sungai Kampar, Gopeng,
::: Perak diselia oleh Traverse Tours atau lebih dikenali RiverBug sebagai instructor / rafter-pro. Untuk
::: pengetahuan, aliran Sungai Kampar juga merupakan sebahagian aliran sungai Gua Tempurung. Kami
::: bertolak ke checkpoint permulaan dengan menaiki lori [hehehe] memang seronok! Belum lagi rafting, tapi
::: dah rasa 'adventure'nya apabila lori memasuki kawasan kampung & bukit yg berbonggol-bonggol jalan-
::: nya. Setelah hampir 20 minit perjalanan kami tiba & terus diberi penerangan oleh Max tentang prosedur
::: keselamatan & cara-cara yang betul mengemudi rafting boat. Sebelum itu semua peserta dikehendaki utk
::: mengisi borang jaminan keselamatan. Kemudian kami diminta memilih topi keledar & jaket pelampung
::: keselamatan yang sesuai & mengangkat rafting boat yang berat itu ke tebing Sungai Kampar. Rafter-pro
::: kami bernama Ari menjadi anchor pengemudian boat kami.

Penerangan oleh Max & perjalanan menaiki lori ke Sungai Kampar
Cabaran di permulaan rafting. Rafter-pro: Den, Max & Ikram

::: Di permulaan rafting, kami dilepaskan satu-satu bagi mengelakkan boat kami berlanggar satu sama lain.
::: Seperti gambar di atas, itulah permulaan kami ketika rafting [huhu] memang adventure! 3 gambar di atas
::: diketuai oleh rafter-pro Den, Max & Ikram. Berhempas pulas jugaklah kita orang handle boat untuk
::: ke kanan, kiri & ke belakang [hehehe] penat tapi nasib baik ada rafter-pro yang mengawal keseluruhan
::: pengemudian. Mereka jugalah yang akan memberitahu di mana tempat-tempat yang perlu kami berhati-
::: hati dengan memasukkan kedua kaki kami di celah boat untuk mengukuhkan kedudukan kami di atas
::: boat ketika berdayung. Jika tidak, kami boleh tercampak ke dalam sungai yang deras. Kalo anda perasan
::: di dinding luar boat ada tali panjang yang diklip untuk dipegang sekiranya boat melalui kawasan bahaya.
::: Apabila tiba di kawasan bahaya, rafter-pro akan menjerit 'boom boom!!!' secepat kilat kami mengalih
::: kedudukan dari atas bahu boat ke lantai boat sambil memegang tali yang diklip di tepi. Manakala dayung
::: kami di halakan lurus ke sisi boat. 4 gambar di bawah adalah keadaan 'boom boom' rafting kami [huhu]
::: scary!!! Satu boat masuk dalam air [hahaha] best giler! Peringatan: topi keledar keselamatan perlu dipakai
::: selalu & jangan dibuka sehingga tamat aktiviti.

Ketika di cabaran sukar, 'boom boom' digunakan bermaksud 'take cover'. Rafter-pro: Ari
Di check-point tertentu, kami berehat & mengambil peluang bergambar bersama

::: Di checkpoint tertentu kami berehat & minum seketika sambil ambil gambar. Di sini juga kami disuruh
::: mengapungkan diri dalam air sungai, membiarkan air sungai membawa tubuh kami. Di hujung nanti, ada tali
::: perangkap untuk menahan kami. Oh ya, pasal gambar, gambar-gambar yang ditulis 'RiverBug' itu diambil
::: oleh jurufoto RiverBug di atas batu di tepi sungai. Semua gambar yang diambil oleh RiverBug dijual kpd
::: peserta [dibayar secara pakej] & dimasukkan ke dalam CD di akhir aktiviti. Satu CD berharga RM200.
::: Gambar-gambar yang lain daripada kamera aku sendiri [hehehe] diambil oleh aku, Ari & rakan-rakan.
::: Masa inilah bergunanya kamera kecik, tahan lasak & kalis air. Jangan risau kerana setiap boat ada
::: menyediakan beg kalis air untuk meletak barang-barang seperti kamera dll. Oleh kerana boat kami paling
::: akhir sekali bergerak, maka Ari buatkan aktiviti khas untuk kami iaitu 'banana ride'. Kami disuruh duduk
::: di bahu boat dengan satu kaki di dalam, satu kaki di luar. Semua daripada kami duduk di sebelah kiri.
::: Kemudian entah macam mana, tiba-tiba Ari terbalikkan boat!!! [hehehe] Semua orang tenggelam & ada
::: yang berada di bawah boat, [termasuklah aku] panik siot! Tapi memang seronok! [huhu] Peringatan,
::: 'banana ride' ini hanya boleh dilakukan semasa di kawasan air sungai yang tenang sahaja yaa.. & pakai
::: seluar khas yang tidak mengelembung bila masuk air atau yang susah terlucut bila kita cuba memanjat
::: masuk ke dalam boat bila kita dari dalam air [hehehe].. Anyway, pengalaman di Gopeng, Perak memang
::: best & sukar dilupakan!!!

White Water-Rafting @ Sungai Kampar. Rafter-pro: Ari

::: Sungai Kampar White Water-Rafting berskala Gred 1-3 untuk tahap kesukaran. Paling mencabar di
::: Malaysia ialah Sungai Selangor: Fraser Hills Gred 2-5; Sungai Telom: Cameron Highlands Gred 5; &
::: Sungai Singgoh: Temenggor Gred 5. Manakala Sungai Padas: Sabah Gred 3-4. More info about white
::: water-rafting in Malaysia click here [.pdf]

~  more info about the Sungai Kampar white water-rafting package click here atau di perkataan berwarna.

19 comments:

  1. sumpah best!!!!

    going to organize it lah... huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhh...seronoknyer!!
    terkesima kay menatap gambar2 tuh...
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. ~ Waahh, sudah lama x join aktiviti luar..
    Gila rindu, moment & shot yg menarik time nk boom bomm tu.. Nice share..

    (,") Merci..

    ReplyDelete
  4. Wah akyiviti yang sangat menarik, tapi Iza blom pernah sertai apa-apa outing yang macam ni. Erm tak tahu lah berani ker tidak hehe. Cantik2 lah gambar (macam biasa hehe). Laju aliran air dia yer, mesti ada part2 tu rasa macam nak tercabut jantung :D.

    p/s: Iza bukan wedding photoG. Masa tu saja-saja menyibuk ambil gambar di majlis saudar. Sambil belajar2 cara nak ambil dengan betul ;)

    ReplyDelete
  5. dah lama merancang aktiviti mcm ni ;)

    ReplyDelete
  6. saya sendiri tak pernah lagi mencuba aktiviti ini. pastinya lebih adventure dan fun berbanding main roller coaster.



    Entryku kali ini

    Budak-budak pakat bersunat
    Bersunat dengan Tok Mudim Botak
    Berehat seminggu menghilang penat
    Penat badan dan kepala otak

    ReplyDelete
  7. >> menarik ni...
    >> rasanya tak banyak tempat di malaysia yang boleh buat white water rafting ni...
    >> lagipun sukan lasak ni masih belum sepopular di us...

    ReplyDelete
  8. wat an xtvt! you should try the taman negara endau rompin. terbaik! nice collection!

    ReplyDelete
  9. waaaa... zul..
    gambar sgt cantek hokayyy...
    x macam gune kamera digital biasa pun...

    tp pelik la, zul ni asal amek gambo diri sendiri je mesti nak tutup muka...
    cuba tayang sket muka tu, so kalu terjumpa kat mane2 bole la tegur2... heheheh...

    motif??? sila perkenalkan diri anda... :)

    ReplyDelete
  10. hohoho ... thanks for the info ... mmg sukan ni saya nak buat dari dulu lagi ... cuma member2 ramai x join ... kena set btol2 next time ;) pic menarik ... mmg extreme!

    ReplyDelete
  11. Dear All,
    Do Email me if you guys intrested on this activities...As im in travel agent and i can get a better rate for all activities with Riverbug..

    my email: tini@brmtours.my

    cheers

    ReplyDelete
  12. hye bro, juz discover ur blog..gempak seyh..
    hehehehe

    nk tnya sket,
    brpa kos program caving & rafting yg u all buat..
    nk organize for my club..
    tq~

    ReplyDelete
  13. ::: Salam mcIDy@ketot, untuk Gua Tempurung kami memilih pakej daripada APT Consortium iaitu Pakej No.4 bernilai RM22 untuk seorang dewasa: teroka gua selama 3 jam ++ dibantu guide mereka. Kami berkhemah di Gua Tempurung dengan menyewa tapak daripada APT Consortium. Harganya saya lupa tapi berpatutan. Saudara juga boleh meminta pihak APT untuk menyediakan makan minum secara pakej.

    ::: Selain itu, saudara boleh juga memilih pakej daripada TraverseTours / Riverbug bernilai RM55 untuk seorang dewasa: topi keselamatan disediakan & dibantu oleh guide mereka.

    ::: Bagi rafting di Sungai Kampar kami memilih pakej daripada TraverseTours / RiverBug bernilai RM155 untuk seorang dewasa: kelengkapan disediakan, penerangan keselamatan, & setiap bot rafting dibantu oleh guide / rafter mereka yang professional.

    ::: Saudara bolehlah layari entry di blog saya & klik pada perkataan berwarna. Atau layari websites penyedia pakej iaitu APT Consortium [caving]: http://www.guatempurung.com/main.php dan TraverseTours [caving/rafting]: http://www.traversetours.com untuk sebarang pertanyaan. No. tel. ada di situ.

    ~ Terima kasih & enjoy!

    ReplyDelete
  14. info yg sangat complete..
    thank you so0o0 muchh...
    by d way, enjoy reading ur blog(^^,)
    besh2~ hehe...

    ReplyDelete
  15. memang best arr wat xtvt water rafting kat gopeng tu...even 1st time wat..tp mmg best gilerrr....ase nak g ag..

    ReplyDelete
  16. pena gak wat xtvt rafting ni kat gopeng ritu(trip claz recration in tourism)..seriously,mula2 tu cam takut gak...tp awl2 lg dah kena pesan,kena trust & friendly ngan guide (ikut arahan & bg kerjasama)time rafting ni..mmg grenti 0k..even kte org sume 1st time wat xtvt tp terasa nk wat ag..mcm x puas..hahaha..(padle forward,back forward,harder forward/back forward, boom2 n jump2....itu je yg sllu guide kte ckp)..mmg terbaek la water rafting ni..hehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnyer... Nak ajak membe try ah nanti

    ReplyDelete
  18. tq for sharing, minat giler aktiviti lasak mcm ni

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!