::: Pada 17 April 2010, aku joined program Go Green: Tanjung Piai Mangrove Clean-up di Taman Negara
::: Tanjung Piai, Pontian, Johor. Program ini telah dianjurkan oleh sebuah IPT bertujuan memberi kesedaran
::: betapa pentingnya hutan paya bakau dalam kehidupan di samping mengekalkan ekosistem serta menjaga
::: kebersihan hutan dan pesisiran pantai di Malaysia. Seramai 60 volunteers terlibat, dari pelbagai peringkat
::: umur tiba di perkarangan Pusat Interpretasi Taman Negara Tanjung Piai diberi penerangan oleh pegawai
::: tentang hutan paya bakau Tanjung Piai dan hidupan liarnya. Untuk melihat gambar-gambar sekitar Taman
::: Negara Tanjung Piai ini, bolehlah lawati entry aku yang lepas: klik sini Tanjung Piai dan Pulau Kukup
::: dan Homestay Tanjung Piai. Pada mulanya program ini dibuat untuk penanaman benih pokok bakau
::: tetapi telah ditukar setelah mendapati penanaman benih sudah terlalu banyak dilakukan oleh para aktivis
::: sehinggakan tiada tempat lagi untuk ditanam. Pegawai di sana menyarankan program pembersihan hutan
::: paya bakau lebih bagus dilakukan memandangkan banyak sampah-sarap terkumpul di pesisir pantai hutan
::: paya ini. Lagipun fungsi hutan paya bakau memang bertujuan sebagai penyekat sampah selain penghalang
::: hakisan serta tempat tinggal anak-anak ikan.
::: Memang penat memungut sampah [huhu] walaupun aku jalan di belakang sekali [orang depan dah habis
::: pungut huhu]. Dengan cuaca panas melampau dan perjalanan kaki yang jauh memang mencabar fizikal
::: dan mental tapi hasilnya amat membanggakan kami semua setelah hutan paya bakau ini kelihatan lebih
::: bersih berbanding sebelumnya. Setelah makan tengah hari, kami ke Tanjung Piai Honey Bee Farm yang
::: terletak tidak jauh dari Taman Negara. Cikgu Aziz Samad, presiden pengusaha Homestay Tanjung Piai
::: membawa kami serta diberi penerangan serba ringkas oleh pengusaha-pengusaha Honey Bee Farm.
::: Menariknya, demostrasi memegang papan sarang lebah memukau perhatian semua, malah kami juga
::: diberi peluang untuk mencuba. Kemudian kami berpeluang mencuba merasa madu lebah 'fresh' yang baru
::: dikeluarkan dari rumah lebah. Sedap betul! Cuma bahagian dinding sarang lebah itu tidak perlu ditelan
::: kerana sifatnya seperti chewing gum yang kenyal. Lama jugaklah aku kunyah sebelum aku diberitahu
::: benda tuh tak payah telan [huhuhu]..
::: Aku telah ditag oleh Eryne baru-baru ini. Berikut ialah soalan dan jawapannya: (1) Apa yang anda akan
::: buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda? sedih dan marah (2) 6 orang di hati anda? ibu,
::: bapa, kakak, adik, sahabat dan kawan aku (3) Anda rasa anda comel? kadang-kadang [huhu] (4) Single
::: or taken? single (5) Blog yang anda suka? photography blog (6) Adakah bilik anda kemas setiap hari? ya
::: setiap hari (7) Lagu terakhir yang anda dengar? Akim AF7 - Inilah Cinta (8) Last text message? 'cuci huhu'
::: [texting with my buddy about Astro Ria] (9) Last phone call? 7.20 am - from my dad (10) Hari terakhir
::: anda menangis? tak ingat tapi adalah hari tu masa tengok filem kartun Astro Boy [hehe] sedih ler cerita tuh
::: (11) List lima color favorite anda? kuning, oren, biru, hijau, coklat.. (12) Orang terakhir anda ber-YM?
::: dah lama tak online, tak ingat tapi kawan2 opis jer laa (13) Game paling anda suka? PC: command &
::: conquer; PS2: defjam NY street fight; real-life: dah pupus (14) Adakah anda peminat MCR? tak faham..
::: (15) Apa perasaan anda jawab tag ni? alamak! [hehe] (16) Anda rasa tag ini best? ok. Semua soalan tag
::: ini boleh rujuk di blog Eryne, klik sini. Terima kasih Eryne, ingat juga kepada saya.. anyway minta maaf
::: banyak-banyak sekiranya jawapan saya tak seberapa.. sekarang ini saya kurang sihat sebab demam baru
::: nak kebah.. alhamdulillah hari ni dah ok sikit..
~