Saturday, February 27, 2010

Stulang Laut & Tambak Johor

Stulang Laut
::: 5 km dari bandaraya Johor Bahru, terdapat sebuah tempat yang menarik bagi aku iaitu Stulang Laut.
::: Asalnya sebuah perkampungan nelayan seperti Senibong tetapi telah dipindahkan ke Stulang Baru kerana
::: pembangunan yang pesat bandaraya JB. Stulang Laut terkenal dengan The Zon sebuah pusat membeli-
::: belah 'duty free zone' yang mana, kalau nak masuk ada laluan untuk pemeriksaan kastam. Tapi bagi aku
::: Stulang Laut ini mempunyai pesisir pantai yang sangat cantik! Pohon-pohon kelapa yang ditanam di tepian
::: pantai beserta dengan laluan pejalan kaki, sambil melihat pemandangan Selat Tebrau memang mengasyik-
::: kan [huhuhu] Bukan orang 'couple' jer yang selalu lepak di sini, malah keluarga pun ada juga terutama di
::: pantai berhadapan dengan Foon Yew High School. Ada yang berkelah dan ada juga yang mandi-manda!
::: Terpulanglah sesiapa yang nak mandi [huhu] Pada hari biasa, kita boleh lihat orang menjala di waktu air
::: surut. Restoran makanan laut pun banyak dan ada yang agak ekslusif seperti di Jalan Tanjung Puteri. Yang
::: best aku rasa Mee Rebus Stulang Laut dan ofcourse restoran yang menyediakan shisha / water smoke
::: pipe dengan pelbagai perasa [hehe].. Apa-apapun, pemandangan waktu malam di sini memang cantik!

Johor Causeway / CIQ
::: Tidak jauh dari Stulang Laut, kita boleh nampak Tambak Johor yang begitu famous [huhuhu] dengan
::: kontroversi mengenai isu jambatan bengkok. Menurut sejarah, Tambak Johor ini siap dibina untuk laluan
::: kenderaan bermotor pada tahun 1924 dan pernah dibom oleh pihak British pada Perang Dunia II bagi
::: menghalang kemasukan tentera Jepun ke Singapura. Selain itu, tambak ini juga sangat terkenal dengan
::: kesesakan lalulintas yang melampau [huhu] pada sewaktu ketika dahulu. Sekarang, Kompleks Kastam,
::: Imigresen dan Kuarantin (CIQ) siap dibina dan telah digunakan kini telah mengurangkan kesesakan di
::: Tambak Johor. Jika anda semua ke JB, terutama di Stesen Keretapi JB dan Plaza City Square, dah tak
::: sesak macam dulu. Kereta pun boleh parking berdekatan di tambak bagi mereka yang ingin mengambil
::: gambar macam dalam gambar di atas ini [huhu] Dari situ kita boleh lihat dengan lebih jelas lagi Woodlands
::: di Singapura. Bagi yang tak pernah ke Singapura, bangunan ada atap yang terkeluar-keluar itu [sebelah
::: bangunan flat] adalah kompleks kastam Singapura. Tapi CIQ Malaysia lagi cantik [hehehe].. Oh ya CIQ
::: ini bersambung dengan Stesen Keretapi JB serta ada skybridge untuk ke Plaza City Square. Very nice!
::: Gambar CIQ pada waktu malam di atas diambil ketika dalam pembinaan dari Hotel Naza JB.
~ all pictures taken by me troughout the years

13 comments:

  1. salam,
    really nice pictures! these really made me want to become a better photographer hehehe.
    fantastic, excellent, great observation! all in all, your pictures...really nice shots and i enjoyed them a lot. good luck!

    have a lovely day
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. kat johor memang bnyak pemandangan yg menarik kan

    ReplyDelete
  3. mmg cantik2 belaka.. paling suka gambar time senja tu.. gambar yang ambik dari depan rimbunan pokok bunga kertas tu pun unik gak!

    ReplyDelete
  4. waaaaa.. rindunyeeee kat jhorr!
    dlu tak silap kat stulang laut ade yoo tau foo yg power erkkk ye kee hhhhehe

    ReplyDelete
  5. aku nyer office kat wisma naha tu dulu la. selalu beli nasi campur kat area tepi laut tuh. pergi makan2 kat stulang. lepas kat pasir pantai putih tuh. kadang singgah ke gerai kat sek cina tuh. hehe :)

    ReplyDelete
  6. gambar senja yang cukup perghhhhh.

    tak pernah lagi menyusuri pantai di sini walaupun pernah beberapa kali ke the zon. the zon pun harga barang macam lebih kurang kat luar aje. beli kat pandan city ajelah!!

    ReplyDelete
  7. >> stulang laut biasa dengar...
    >> cuma tak pernah sampai lagi la...
    >> masih banyak sebenarnya tempat kat johor yg masih sampai...

    ReplyDelete
  8. mana pic seafoodnye..up satu kali...huhuhu

    ReplyDelete
  9. a ah ... setuju dgn bro ... susunan pokok dalam pic bro membuktikan apa bro katakan ... sgt cantik persisiran pantai ... sambil2 tu, info baru saya dapat mengenai stulang laut ;)

    ReplyDelete
  10. nt aku p johor leh tt ngn ko lak ea zul

    ReplyDelete
  11. whoah, dah lama tak lepak stulang laut.
    nanti aku gi sana ko bawak aku boleh bro?
    hahaha

    ReplyDelete
  12. ada story dr tioman ... rajin singgah ek ;)

    ReplyDelete
  13. stulang laut... tmpt yg best utk amek angin...
    especially waktu malam...

    tambak johor masih jam lagi la zul...
    lebih2 lagi time Public Holiday M'sia serentak ngan S'pore...

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!