Monday, August 9, 2010

Ramadan 1431 Hijrah

Ramadan 1431 Hijrah - Masjid Jamek Pasir Gudang
::: Gambar di atas diambil di tasik Pasir Gudang berhampiran Bukit Layang-Layang, tempat penganjuran
::: Festival Layang-Layang Antarabangsa. Pemandangan menghadap Masjid Jameknya memang cantik.
::: Masjid nih luaran jer nampak besar, tapi sebenarnya mempunyai luas dalaman yang kecil sahaja, ibarat
::: Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Paling best masjid ini aku rasa, tempat meletak kenderaan & tempat
::: berwuduk sangat dekat dengan pintu utama bangunan masjid. Dahulu Masjid Jamek Pasir Gudang ini
::: pada waktu malam dihiasi dengan lampu-lampu neon kecil berwarna kuning [ klik sini ], kini digantikan
::: dengan lampu suluh besar berwarna putih dari tanah. Tasik tersebut pula biasanya tempat aku berjogging
::: apabila ada kelapangan [hehehe].. Memang kawasan ini mempunyai pemandangan sangat cantik..

::: Alhamdulillah.. Ramadan kembali lagi, memang tertunggu-tunggu nikmat & keseronokan bulan Ramadan
::: ini. Semoga di bulan keberkatan ini, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah yang biasanya kita lalai.
::: Sabda Rasulullah saw: ‘3 doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi
::: & orang yang bermusafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

~  Salam Ramadan semua.. selamat berpuasa & berterawih..

Wednesday, July 28, 2010

Universal Studios Singapore

Universal Studios, Singapore

::: Salam semua, alhamdulillah aku okay, harap rakan-rakan bloggers dan pengunjung blog ini pun begitu..
::: Last entry macam 'emo' jer kan? [hehehe] aku bosan sangat kot.. lagipun aku tak ada idea nak upload
::: cerita yang sesuai dengan gambar kat laut tuh [huhu], jadi untuk menenangkan minda aku yang berserabut
::: nih, aku jalan-jalan ke Universal Studios Singapore pada [24/7/2010] memang best! Dapatlah juga aku
::: jejak kaki ke tempat sebegini canggih yang sebelum ini masa kecil-kecil selalu berangan nak ke taman
::: tema fantasi seperti Disneyland.. ini dah kira bertuahlah nih.. Macam biasalah kalau nak ke Singapura
::: melalui jalan darat, kenalah bertolak seawal yang mungkin, memandangkan trafik keluar masuk antara 2
::: negara ini memang sibuk. Beratur di CIQ Singapura sangatlah lama.. Nak cepat masuk, cuba di Second
::: Link. Aku tiba di CIQ Singapura jam 8.00 pagi dan tiba di Universal Studios jam 11.00 tengah hari!! 
::: 3 jam tuh kalau memandu kereta dari JB boleh sampai ke Seremban dah [huhu]..

Universal Studios - Entrance

::: Untuk pengetahuan, tiket masuk ke tempat ini pada hari Sabtu/Ahad berharga S$72 untuk orang dewasa
::: dan untuk hari Isnin-Jumaat berharga S$66. Aku beli tiket daripada Executive Travel & Tours Sdn Bhd,
::: dan mereka boleh dapatkan tiket berharga S$66 untuk hari Sabtu/Ahad. Kalau nilai ringgit Malaysia, lebih
::: kurang RM154. Dengan pembelian satu tiket tersebut, membolehkan kita menjelajah mana-mana jenis
::: permainan dan bangunan di Universal Studios: Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World,
::: Ancient Egypt, Sci-Fi City & New York [laluan arah jam]. Dengan tiket tersebut juga merangkumi baucer
::: makanan dan runcit [food & retail] bernilai S$5 setiap satu, ambil di kaunter sebelah kiri Universal Studios
::: Store di pintu masuk Universal Studios. Sesiapa yang beli tiket VIP Tour, pengunjung tidak perlu beratur
::: panjang untuk memasuki tempat-tempat tersebut. Harga tiket, aku tak pasti.. Apa-apapun bolehlah rujuk
::: di laman web ini: klik untuk [ tiket ] dan [ peta ].

Universal Studios - Hollywood 1
Universal Studios - Hollywood 2

::: Taman tema pertama yang mula-mula pengunjung akan jumpa ialah Hollywood diadaptasikan daripada
::: Hollywood Boulevard di California, USA. Deretan rumah kedai yang berwarna-warni dan watak-watak
::: kartun dari filem-filem animasi popular terbitan Universal Studios memang cantik dan mempesonakan. Aku
::: sempat jugalah ambil snapshot Woody Woodpecker dan Kungfu Panda. Ada lagi watak-watak lain tapi
::: diorang keluar sekejap jer, mungkin faktor cuaca di Asia Tenggara nih boleh tahan panas [huhu] orang
::: pakai costume tuh lagilah panas.. Ada sekali tuh aku ternampak Frankenstein lalu, tapi tak dapat nak ambil
::: gambar.. Semua kedai, gerai dan barang cenderahati di sini bertemakan Hollywood seperti replika kecil
::: Oscar, reel film dan lain-lain. Bagi orang perempuan, mesti suka watak Betty Boop, kedainya ada di sini.
::: Sebagai tempat permulaan dan pengakhiran, zon Hollywood nih, memang tempat kita akan menghabiskan
::: masa dengan mengambil gambar sahaja [huhuhu]..

Universal Studios - Madagascar
Universal Studios - Far Far Away

::: Diilhamkan dari filem Madagascar oleh DreamWorks, taman tema ini pun berwarna-warni seperti di
::: Hollywood, tapi sayang, belum beroperasi sepenuhnya. Dijangka akan beroperasi penuh pada hujung
::: tahun 2010. Ketika aku di sana, cuma ada satu jer permainan merry-go-round dibuka. Orang dewasa pun
::: boleh tunggang [hehe] antaranya watak-watak kartun seperti Alex [singa], Gloria [badak air], Marty [kuda
::: belang] dan Melman [zirafah]. Di sini ada sebuah pokok besar dan ada kapal terbang di atasnya.. Tak jauh
::: dari situ ada pula sebuah kapal besar gedabak [huhu] sama macam dalam filem.. Di Far Far Away pula,
::: mercu utamanya ialah istana Far Far Away tempat tinggal asal Princess Fiona dalam filem Shrek. Dalam
::: istana ini ada panggung wayang Shrek 4-D bermaksud selain gambarnya 3-D, pengunjung juga akan rasa
::: kesan khas dalam filem tersebut seperti kerusi akan bergerak-gerak bila Shrek naik kuda, air semburan
::: ketika Donkey bersin [hehehe], deruan angin, labah-labah merayap di betis kaki [huhu] memang best dan
::: kelakar! Di luar istana ada Enchanted Airways coaster ride berbentuk Dragon isteri Donkey. Scary!!!

Universal Studios - The Lost World
Universal Studios - Ancient Egypt

::: Di The Lost World, semuanya bertemakan daripada filem Jurassic Park. Kagum tengok design pintu
::: Jurassic Park yang besar tuh, sama macam dalam filem.. Aku check jugalah pintu tuh, boleh tutup atau
::: tak [hehehe] memang tak boleh tutup sebab diperbuat daripada batu konkrit. Yang menarik di sini ialah
::: Canopy Flyer coaster ride untuk 4 orang sahaja.. beratur punyalah panjang rasanya hampir 1 jam lamanya
::: naik coaster tuh tak sampai 3 minit kot [huhuhu].. tapi dah alang-alang sampai di Universal Studios, sabar
::: jerlah.. rugi kalau tak naik. Di sini juga ada Rapids Adventure macam di Sunway Lagoon tuh dengan
::: menaiki bot di air yang deras.. tapi once again ketika aku di sana, tutup pula! Sebab masalah teknikal.
::: Perasan tak aku posing semuanya dengan pose tengah nyonyot botol air kepala dinosaur tuh? [hehehe]..
::: Kalau nak beli, dapatkan di gerai menjual makanan di zon The Lost World. Harganya S$16 kot.. ada air
::: lemon tea dan coke. Di Ancient Egypt pula, filem The Mummy dijadikan sumber inspirasi taman tema ini.
::: Tempat nih cantik tul, macam di Sunway Pyramid pula! Selain replika patung, ada juga pekerja memakai
::: costume ala Firaun untuk kita bergambar. Dalam bangunan seperti temple tuh, ada Revenge of the Mummy
::: coaster ride.. perrghh memang scary! Sebab coaster dia dalam terowong gelap.. memang tak nampak apa
::: di hadapan.. dah laa aku duduk depan sekali [hehe].. menakutkan!!! Habis naik coaster, bolehlah kita lihat
::: gambar kita terpampang di luar bangunan [hehehe] pun menakutkan bila tengok muka masing-masing!
::: Entah bila laa diorang ambil gambar.. Kalau nak beli, sekeping gambar S$18. Hmmm.. pokai..

Universal Studios - Water World 1
Universal Studios - Water World 2

::: Mula-mula tak perasan Water World nih disebabkan banyak taman tema belum beroperasi sepenuhnya.
::: Terjumpa apabila kami mencari-cari lokasi Rapid Adventure, konon-kononnya untuk basahkan diri
::: sebelum balik [hehe].. Akhirnya jumpa Water World, nasib baik jumpa sebab di sini terdapat live show
::: diadaptasikan daripada filem Water World lakonan Kevin Costner. Ada jadual masa untuk live show,
::: mungkin untuk persediaan show mereka, memerlukan masa lebih untuk disiapkan. Pun juga kena beratur
::: panjang, tapi nasib baik menyebelahi kami, show bermula tidak lama selepas kami beratur. Pemandangan
::: di set Water World nih memang mengkagumkan! Again, sama macam dalam filem juga. Kami duduk di
::: bangku bertanda hijau yang tertulis "Wet Zone".. sesiapa duduk di bangku biru "Soak Zone" confirm akan
::: basah dengan air [huhu] sama ada daripada bot yang beraksi atau daripada pelakonnya yang sengaja
::: simbahkan air ke penonton sebelum show bermula.. Apabila show bermula memang banyak adengan
::: tembak menembak, bom mengebom, terbakar sana-sini [huhu] dan basah sana-sini.. Best part, adengan
::: letupan dan kapal terbang keluar dari set Water World tersebut.. awesome!!!

Universal Studios - Sci-Fi City
Universal Studios - New York

::: Di Sci-Fi City pun tak ada apa-apa yang menarik sebab banyak yang belum beroperasi, tapi masih ada
::: yang menarik untuk dilihat seperti landasan roller coaster yang panjang berselerat itu. Haii kalau dapat naik
::: nih mesti best.. Oleh sebab itu, aku naik laa Accelerator yang macam cawan besar berpusing-pusing tuh
::: [hehehe] cuma bentuknya nampak futuristik sikit.. Dengar khabar di zon ini terdapat 3 roller coaster yang
::: bertemakan sci-fi seperti Battlestar Galactica: Human, Battlestar Galactica: Cyclone dan Transformers: The
::: Ride, bunyi memang mengancam, tapi akan dibuka pada tahun 2011. Akhirnya aku dan rakan-rakan tiba
::: di zon terakhir di Universal Studios Singapore nih iaitu New York. Seperti juga di zon Hollywood, zon ini
::: mempunyai deretan rumah kedai yang berwarna-warni.. Dalam banyak-banyak kedai ini, ada terselit
::: sebuah studio daripada Steven Spielberg yang memaparkan teknik kesan khas dalam pembikinan filem
::: beliau. Sekali lagi aku kagum dengan setnya yang kecil tapi penuh dengan aksi. Di sini, pengunjung perlu
::: berdiri sepanjang show, melihat ribut taufan, laut bergelora, gempa bumi, letupan dan kapal laut besar lalu
::: di depan-depan mata [huhu] memang best.. aahhh semualah best! [hehehe]..

::: Bagi pengunjung muslim, di Universal Studios tidak ada surau untuk solat. Jadi solatlah di mana-mana
::: yang sesuai.. aku cadangkan di Romeo Drive terletak di zon Far Far Away, antara Fairy Godmother's
::: Potion Shop dan Goldilocks [rujuk peta] kerana di hujung kawasan itu agak sunyi sikit dan berdekatan
::: dengan tandas. Bawalah kompas untuk kiblat dan sejadah kecil. Walau bagaimanapun terdapat sebuah
::: bilik kecil di sebelah Lost & Found (di Guest Service) dijadikan tempat bersolat [lelaki + perempuan]
::: atau tanya sahaja pekerja di sana, di mana tempat Lost & Found tersebut. Kalau di Warner Borthers
::: Movie World Australia ada pula surau! [huhu]. Untuk makanan di sana, melalui pemerhatian aku, gerai
::: dan restorannya mempunyai menu daging 'pork'. Semestinya minyak atau tempat memasaknya digunakan
::: untuk semua jenis makanan. Jadi faham-faham jer laa.. Tapi menurut laman web mereka, ada tempat
::: yang menawarkan makanan halal, aku tak berapa pasti. Popcorn dan air ajer ler yang boleh kita beli.
::: Nak bawa bekal, simpanlah di dalam beg. Tapi pekerja Universal Studios boleh menghalang pengunjung
::: yang membawa bekalan makanan jika mereka menjumpainya kerana itu adalah peraturan mereka. Jadi
::: bawalah bekal yang simple-simple ajer.. Aku pula berlenggang kangkung ke Singapura, breakfast jer di
::: JB, balik ke Malaysia terus tapau KFC!!! [hehe] lapo gilerr.. terhuyung-hayang aku..

~  for more info, click at words in red.. enjoy!

Saturday, June 26, 2010

Escape

My buddy at the Batu Layar Beach

::: The sea's only gifts are harsh blows, & occasionally the chance to feel strong. Now I don't know much about the sea,
::: but I do know that that's the way it is here. & I also know how important it is in life not necessarily to be strong but to
::: feel strong. To measure yourself at least once. To find yourself at least once in the most ancient of human conditions.
::: Facing the blind death stone alone, with nothing to help you but your hands & your own head.

::: Recently, more than ever before, I have been feeling anxious about my life. I get feelings that everything is wrong & I
::: need to change everything; my job, my colleague relationship, where I live, everything.. I feel trapped in the society that
::: hardly to say 'no' of something that is so wrong; blinded by money & power; & unreluctant to share with others. We all
::: have a greed but we think we have to want more than we need.. until we have it all, we won't be free. & happiness only
::: real when shared! After all these, I have a kind of urge to escape. A lot of people who are troubled get fantasies or visions
::: of themselves disappearing & changing identity. These things tend to remain wishful dreams in most of us. I need to
::: escape [from this 'society'] to reset my life, to feel the freedom, again.

                                                                              .......................
::: The joy of life is not only comes principally from the joy of human relationships. God's place is all around us, it is in
::: everything & in anything we can experience. People just need to change the way they look at things..

~ peace

Tuesday, June 15, 2010

Sabak Bernam II

Sabak Bernam - Bagan Terap

::: Ini kali kedua aku jalan-jalan di Sabak Bernam, lepak dengan kawan-kawan lama memang seronok
::: sebab lama tak jumpa. Seorang tuh sahabat baik aku, kerja di Sabak Bernam. Seorang lagi tuh pula
::: bertahun-tahun tak jumpa, dia nih jenis yang suka berpindah-randah tempat kerja, memang susah nak
::: jumpa walaupun pada masa reunion setiap Ramadan. Kebetulan dia pun sedang outstation di situ & asal
::: pun di situ, dapatlah aku singgah di rumah ibubapanya di Bagan Terap. Best betul tempat tinggal dia
::: sebab menghadap sawah padi. Aku apa lagi posing ler kat sawah [hehe] siap kena ngorat lagi dengan
::: anak dara kampung [hehehe] sebab posing bermacam-macam position. Dalam gambar atas, ada burung
::: bangau putih di hujung sawah. Lawa pemandangan..
Sabak Bernam - Sungai Panjang

::: Kawan yang lagi satu pula, ada keluarga 'angkat' di Sungai Panjang, satu hala jalan Bagan Terap. Dia
::: memang planned dengan aku untuk tidur di rumah sahabat kami sambil singgah di rumah keluarga angkat.
::: Yang specialnya tempat tinggal mereka ada kandang kambing [hehe] di belakang rumah. Alang-alang
::: singgah, terus aku & kawan-kawan lain jenguk kandang kambing. 1st time ler katakan.. Bersih betul
::: kandang kambing dia, memang patut dapat pengikhtirafan daripada pihak berkuasa tempatan sebagai
::: kandang haiwan terbersih di daerah tersebut. Baka kambing pun memang mahal-mahal, jual seekor,
::: beribu-ribu ringgit. Ada yang dijual untuk tampung anak-anak belajar ke universiti. Bukan kambing ajer,
::: ayam, itik, angsa & kolam ikan pun ada..

Sabak Bernam - BNO

::: Kalau nak pekena mee bandung udang yang banyak udang, banyak kuah, singgah ler di pantai BNO,
::: atau nama betulnya, Bagan Nakhoda Omar. Memang sedap, murah pula tuh! Pemandangan pun cantik
::: sebab wakaf gerai-gerai seafood nih dibina di tepi laut. Gerai & rumah-rumah di situ dibina agak tinggi
::: dari paras tanah, jadi apabila air pasang besar, paras tersebut biasanya akan dinaiki air. Kebanyakan
::: rumah di situ dah macam rumah air di Sabah pula & diduduki oleh keluarga nelayan. Bot nelayan yang
::: besar-besar tuh pun boleh parking kat depan rumah jer. Kualanya nampak jer sempit, tapi memang muat
::: untuk bot keluar masuk [huhu].. Di Sabak Bernam popular dengan seafood siput buluh atau lebih dikenali
::: sebagai mentarang yang sedap dimasak dengan cili.. eemm yum yum.. lapar ler pulak!

~  best ler lepak kat Sabak Bernam..

Sunday, June 6, 2010

Penang II

Komtar Pulau Pinang
::: Bulan April yang lalu, aku jalan-jalan makan angin di Pulau Pinang bersama-sama rakan ofis. Sepanjang
::: aku bekerja, inilah kali ke-2 aku ke Pulau Pinang. Dahulu zaman belajar banyak kali lerr.. Kali ini aku
::: dapati Pulau Pinang semakin membangun & semakin bersih! Destinasi utama aku ialah Teluk Bahang &
::: Taman Negara Pulau Pinang. Mungkin peminat Amazing Race: Season 16 tahu Teluk Bahang antara
::: destinasi program tersebut. Kebetulan aku menginap di Hotbay Motel berdekatan dengan lokasi tersebut
::: [huhu] Lokasinya kecil sahaja. Dalam tv nampak macam besar pulak. Ramai yang tidak tahu, Teluk
::: Bahang mempunyai pantai yang sangat cantik & bersih. Tapi aku tak berani mandi sebab banyak obor-
::: obor.. scary! [hehehe] walaupun aku nih pantang nampak air laut, terpaksalah tahan.. Di sini terdapat
::: banyak barangan kraftangan dijual & dibuat, antaranya ialah pembuatan batik di Kampung Teluk Awak
::: [hehehe] funny name! Homestay pun ada.. Di hujung Teluk Bahang, terdapat sebuah jeti untuk nelayan..
::: cantik giler tempat ni.. Oleh kerana lokasi Teluk Bahang agak terpencil, tak ramai pelancong lepak di situ.
::: Mungkin pantai Batu Ferringhi yang terletak tidak jauh dari Teluk Bahang lebih dikenali oleh pelancong..
::: Mungkin juga tak ada hotel besar & banyak perkampungan orang Melayu di Teluk Bahang.

Teluk Bahang

::: Bersebelah jeti nelayan Teluk Bahang, adalah pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Siapa
::: sangka Pulau Pinang yang kecil nih ada Taman Negara [huhu] akupun tak tahu sebelum ini.. Diwartakan
::: pada tahun 2003 & merupakan Taman Negara terkecil di Malaysia! Selain itu, uniknya Taman Negara
::: ini ialah Tasik Meromiktik yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang & Australia sahaja. Tasik di
::: Pantai Kerachut ini mengandungi 2 lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut
::: masin di lapisan bawah. Ketumpatan & suhu juga berbeza, masin panas di bawah, tawar sejuk di atas..
::: Masa aku pergi, fenomena tersebut belum berlaku lagi kerana berlaku hanya sekali setahun sahaja..
::: Ada cerita daripada tour guide, katanya masa fenomena ini berlaku, orang lelaki tak boleh mandi dalam
::: tasik tersebut [hehehe] lawak lerr.. Taman Negara ini mempunyai Pusat Interpretasi yang superb, laluan
::: & kemudahan OKU, kawasan perkhemahan, jambatan gantung & tempat penyu bertelur. Dalam kawasan
::: yang sama, terdapat pusat penyelidikan marin USM & Rumah Api Muka Head. Oleh sebab lama tak
::: bersukan, mengah jugaklah mendaki tangga ke rumah api tuh [huhu] ketinggiannya 242m, terletak di Pantai
::: Teluk Duyung atau lebih kenali sebagai Monkey Beach di kalangan pelancong asing kerana tabiat monyet
::: di situ yang suka mencuri baju [huhuhu] menurut cerita tour guide lerr..

Taman Negara Pulau Pinang & Muka Head

::: Di sebelah malam di Batu Ferringhi ada pasar malam seperti uptown.. lokasinya di sepanjang bahu jalan
::: berhadapan dengan hotel-hotel besar yang ternama.. Untung pelancong yang menginap di situ sebab
::: keluar hotel jer ada night market yang dibuka setiap malam hingga jam 1 pagi.. Aku tengok kawasan Batu
::: Ferringhi nih dah macam tempat lain plak; banyak sungguh kedai urut kaki, urut guna ikan, restoran Arab
::: & restoran mewah berbentuk kapal & macam-macam lagilah.. waktu malam memang 'meriah' lerr..
::: Banyak jugaklah shopping itu ini termasuklah di Hard Rock Hotel [huhu] alang-alang dah sampai di Batu
::: Ferringhi. Cantik giler hotel.. Tak berani ler masuk, setakat ambik gambar di luar & di kedainya sahaja..
::: Bandaraya Georgetown pun dah semakin cantik, sempat jugaklah jalan-jalan di Fort Cornwallis atau
::: lebih dikenali sebagai Padang Kota Lama.. Kalau dah sampai Pulau Pinang, tak sah kalau tak beli buah
::: pala [huhu] jadi aku singgah ler jugak kedai jeruk untuk buah tangan officemate di JB.. aku tak makan
::: sangat jeruk ni, jadi aku beli buah macam halia ada gula tuh.. sini juga popular dengan Nasi Kayu Kandar
::: & cendol pulut.. nak lebih banyak kedai-kedai makan, singgahlah Gurney Drive. Aku lihat pembangunan
::: Georgetown menakjubkan, aku suka lihat kondominium yang tinggi-tinggi nih, teringat plak kampung
::: halaman aku iaitu KL [hehehe] berbeza dengan JB sebab JB nih luas kawasannya.. oleh sebab Pulau
::: Pinang nih kecik, jadi pembangunannya memang jelas kelihatan. Dari bandarayanya boleh nampak kapal
::: cruise StarCruises macam kat negeri omputeh plak.. tak sempat ambik gambar [hehe] masa tuh on the
::: way balik..

Georgetown & Batu Ferringhi
~ Penang is a very very nice place to visit..