Tuesday, June 15, 2010
Sabak Bernam II
::: Ini kali kedua aku jalan-jalan di Sabak Bernam, lepak dengan kawan-kawan lama memang seronok
::: sebab lama tak jumpa. Seorang tuh sahabat baik aku, kerja di Sabak Bernam. Seorang lagi tuh pula
::: bertahun-tahun tak jumpa, dia nih jenis yang suka berpindah-randah tempat kerja, memang susah nak
::: jumpa walaupun pada masa reunion setiap Ramadan. Kebetulan dia pun sedang outstation di situ & asal
::: pun di situ, dapatlah aku singgah di rumah ibubapanya di Bagan Terap. Best betul tempat tinggal dia
::: sebab menghadap sawah padi. Aku apa lagi posing ler kat sawah [hehe] siap kena ngorat lagi dengan
::: anak dara kampung [hehehe] sebab posing bermacam-macam position. Dalam gambar atas, ada burung
::: bangau putih di hujung sawah. Lawa pemandangan..
::: Kawan yang lagi satu pula, ada keluarga 'angkat' di Sungai Panjang, satu hala jalan Bagan Terap. Dia
::: memang planned dengan aku untuk tidur di rumah sahabat kami sambil singgah di rumah keluarga angkat.
::: Yang specialnya tempat tinggal mereka ada kandang kambing [hehe] di belakang rumah. Alang-alang
::: singgah, terus aku & kawan-kawan lain jenguk kandang kambing. 1st time ler katakan.. Bersih betul
::: kandang kambing dia, memang patut dapat pengikhtirafan daripada pihak berkuasa tempatan sebagai
::: kandang haiwan terbersih di daerah tersebut. Baka kambing pun memang mahal-mahal, jual seekor,
::: beribu-ribu ringgit. Ada yang dijual untuk tampung anak-anak belajar ke universiti. Bukan kambing ajer,
::: ayam, itik, angsa & kolam ikan pun ada..
::: Kalau nak pekena mee bandung udang yang banyak udang, banyak kuah, singgah ler di pantai BNO,
::: atau nama betulnya, Bagan Nakhoda Omar. Memang sedap, murah pula tuh! Pemandangan pun cantik
::: sebab wakaf gerai-gerai seafood nih dibina di tepi laut. Gerai & rumah-rumah di situ dibina agak tinggi
::: dari paras tanah, jadi apabila air pasang besar, paras tersebut biasanya akan dinaiki air. Kebanyakan
::: rumah di situ dah macam rumah air di Sabah pula & diduduki oleh keluarga nelayan. Bot nelayan yang
::: besar-besar tuh pun boleh parking kat depan rumah jer. Kualanya nampak jer sempit, tapi memang muat
::: untuk bot keluar masuk [huhu].. Di Sabak Bernam popular dengan seafood siput buluh atau lebih dikenali
::: sebagai mentarang yang sedap dimasak dengan cili.. eemm yum yum.. lapar ler pulak!
~ best ler lepak kat Sabak Bernam..
Labels:
selangor,
waterscape
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak seperti Sabak Bernam masih belum ternoda oleh pembangunan. Sejuk mata melihat keindahan alam semulajadi disana.
ReplyDeleteMee bandung? saya pon da terlapar ni :P
ReplyDeletetak pernah dpt berjalan ke sabak bernam,
walopun tmpt study saya dekat dgn situu...
terkezot tengok kepala kambeng tewww.. ekeke
ReplyDeleteeheh.. kambing n ayam..tingin nak makan mee bandung udang tu..nnt insya allah leh la p jalan2 cari makan:)
ReplyDeletepic lawa sangat! :)
ReplyDeletesuka yang di sawah bendang tu
>> nampak gayanya kena ke area sabak bernam dan kuala selangor ni...
ReplyDelete>> walaupun org selangor, saya dah berzaman tak ke sana...
>> mesti dah banyak arus pemodenan...
i've to put this place in my list then. awesome!
ReplyDeletekambeng ittew cute... hahaha...
ReplyDeletesaya mmg suka tgk gambo2 yg zul capture...
sgt "live" :D
Comelnya kambing tu. Sedapnya makan mi udang, salah satu feveret tu..nyam nyam nyam :)
ReplyDeletelama sungguh nn tak berkunjung ke sini...
ReplyDeletemasih cantik dan semakin cantik gambar-gambar
semakin menarik coretan
ingat nn lagi?
::: [huhu] saya ingat lagi pd noni.. kita kan kawan lama FP.. :) bila noni nak update blog?
ReplyDeletehehe..kampung den mmg best lagi menarik,byk lagi tpt bersejarah taw..lubuk pusing ade gi tak? moh le kemari..
ReplyDelete::: [hehehe] terima kasih Anonymous, mmg best Sabak Bernam.. nak relax2 Sabak Bernam ler tempatnya..
ReplyDelete