Saturday, January 15, 2011

Penyabong, Mersing

Pantai Penyabung
::: Pada 7-8 Januari 2011, aku menjalankan kajian kecil berkenaan pembangunan di Penyabong, Mersing &
::: kawasan sekitarnya. Aku menginap di Pantai Penyabong Resort yang memberikan kemudahan tempat
::: tinggal yang comel, makanan yang lazat & semestinya pemandangan hadapannya yang begitu cantik.
::: Hadapan resort ini terdapat beberapa buah pulau yang terletak berhampiran satu sama lain malah kelihatan
::: sangat hampir dengan pantai Penyabong. Paling hampir dengan jeti nelayan ialah Pulau Semut dalam
::: jajahan negeri Johor seperti di dalam gambar di atas. Tetapi ada juga sumber yang mengatakan pulau
::: tersebut juga dikenali sebagai Pulau Pelanduk. Tengah-tengahnya ialah Pulau Tengah & Pulau Acheh
::: dalam jajahan negeri Pahang. Di Pulau Acheh, terdapat sebuah resort di luar pesisir iaitu Kelong Acheh.
::: Di sinilah ramai kaki pancing menginap sambil memancing.

Pantai Penyabung
::: Penyabong, menurut cerita mendapat nama daripada mainan orang-orang dahulu kala iaitu menyabung
::: ayam & ada juga cerita yang mengisahkan lanun-lanun yang singgah di situ turut menyabung orang! [huhu]
::: Tak tahulah benar atau tidak, tapi memang ada tempat dinamakan Pantai Lanun tidak jauh dari pantai
::: Penyabong di Kampung Penyabong Pantai ini. Pantai Lanun pula mendapat nama daripada singgahan
::: lanun di situ & dipercayai menyimpan hasil rompakan dengan menanamnya di kawasan pantai. Pantai
::: Penyabong biasanya tidak dijadikan tempat bermandi-manda, hanya Pantai Lanun sahaja yang dibolehkan.
::: Tetapi sebelum itu, pastikan keadaan tempat & ombak membenarkan kita melakukan aktiviti di situ. Pada
::: waktu aku ke sana, musim tengkujuh, jadi air lautnya agak keruh & sedikit bergelora.

Penyabung & Teriang Besar
::: Perkampungan di Penyabong iaitu Penyabong Pantai & Penyabong suasananya aman tenteram. Kalau
::: naik motor/basikal memang best. Tidak ramai pelancong pada musim hujan ini, kebanyakannya Penyabong
::: hanyalah tempat laluan untuk ke Pulau Acheh semata-mata. Tetapi penduduk kampung di sini sangatlah
::: peramah & mesra dengan orang luar. Mereka juga berusaha meningkatkan hasil ekonomi terutama dalam
::: sektor pertanian selain bekerja sebagai nelayan & pengusaha keropok lekor. Antaranya seperti ladang
::: penanaman rumput rampia untuk ternakan lembu. Begitu juga di Teriang Besar seperti ladang kelapa
::: sawit diusaha secara berkelompok antara penduduk kampung. Terdapat juga aktiviti berbentuk sukan
::: rakyat yang diadakan setiap tahun di Sungai Teriang Besar seperti acara berakit dari hulu ke muara yang
::: secara tidak langsung menggamit kedatangan pelancong tempatan di kalangan pelajar IPT Malaysia.
::: Bantuan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) & DiGi
::: seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) [ website ] juga dibina bertujuan memberi pendedahan
::: komputer & internet kepada penduduk di situ.

Mersing
::: Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang
::: berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum
::: ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan
::: tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing. Cerita lain ialah dari peristiwa
::: seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana
::: Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya. Untuk
::: memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan
::: kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang
::: menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk
::: di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya
::: dalam lagu Seri Mersing.

Masjid Mersing, METIC & Air Papan
::: Mersing juga sebuah bandar yang tenteram. Menjadi tumpuan pelancong yang ingin mengunjungi Pulau
::: Tioman & pulau-pulau yang berdekatan. Mersing kini telah mengorak langkah dalam usaha memajukan
::: pembangunan ekonominya & mengubah statusnya sebagai tempat laluan ke Pulau Tioman kepada tempat
::: tumpuan utama pelancong. Antaranya mengindahkan pantai Mersing dengan binaan Dataran Pulau, tempat
::: rekreasi & riadah, dataran di sepanjang Sungai Mersing & muaranya. Di sini juga terdapat Kem Iskandar
::: (kem tentera), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sek. Men. Sains Sultan Iskandar, Kem PLKN &
::: Politeknik Mersing yang bakal menambah nilai ekonomi setempat & menambahkan kepadatan penduduk
::: seterusnya memangkinkan lagi kedatangan pelancong dalam menggunakan kemudahan yang dirancang oleh
::: pihak Majlis Daerah Mersing [ website ]. Di kunjungan aku di Mersing sempat aku bersolat Jumaat di
::: Masjid Besar/Jamek Mersing di atas puncak bukit & mempunyai panorama bandar, muara, laut &
::: pulau-pulau yang sungguh indah..

~  another beautiful places in Johor!

13 comments:

  1. Terimakasih diatas perkongsian maklumat berkenaan Mersing dan sekitarnya. melihat keindahan pantai dan kedamaian kampung dipesisirnya menggamit rindu kampung halaman. Awang pun dah lama tak balik kampung...

    ReplyDelete
  2. 3 tahun lepas pernah camping seminggu kat pantai penyabong tu.
    kat depan pantai penyabong resort tu.
    syiok buat BBQ kat sana. huhu

    ReplyDelete
  3. cik zul tipu laaaa...
    bau taik lembu la at cni ...
    mne2 je ade taik lembu...
    haha ...
    dun deny it .. ;)

    ReplyDelete
  4. lama dah tak pi memana pulau. kalau dapat berehat sari dua di pulau oh alangkah.......

    ReplyDelete
  5. i shud put it in my next list then. btw, CBC tue one of my sis project.

    ReplyDelete
  6. At least entry ni menggambarkan saya camane keadaan di mersing, saya jaranggggg sekali ke sana. Dulu time kecik2 ada jugak pergi pantai Air Papan, tp skrg ni dah x pergi lagi.

    ReplyDelete
  7. salam reactive. lame tak snggah sini.
    selalu juga sy singgah tapi encik reactive nampak busy sejak akhir tahun lepas...heheheh ;)

    mersing, cantik gak. sy belum pernah pergi. wah, jelesnya.. memang reactive kalo pergi mana2 tempat mesti ambil gambar dan mesti ade info2 yang best ^_^

    sabung orang tu macam mane? huhu

    ReplyDelete
  8. banyak juga tmpt menarik dkt mersing ye ... before this pergi, tak pernah tau pasal2 penyabong ni ... hehe

    ReplyDelete
  9. thanks bro singgah my blog ... bukan apa, lama sgt bro x update ... so nak tau juga how are u doing kan ... hope bz2, kesihatan dan keselamatan kena jaga ... nanti dah x bz, singgah my blog ...

    ReplyDelete
  10. chantekk sceneryy pics.. gudjobb bro

    ReplyDelete
  11. salam...sy shaqina...sy sedang membuat 1 research ttg 1 malysia..kawasan ini sgt cnti dan kwasan nelayan.bolehkah sy mendapatkan maklumat ttg penduduk kg @ ketua kg...sy mahuu mencari rspondent.pelbagai kaum.kalau anda kenal sesiapa boleh la rekemen kn kpd sy...kerjasama anda amat sy hargai.my email shaqinaasiqin@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Pantai Penyabong ni memang aman dan damai...suasana kampungnya yang seronok..bau taik lembu pun sedappp...ni taik lembu desa..tak mcm lembu kandang bandar...

    ReplyDelete

Although every comment is appreciated, due to time limitations I might not be able to respond to everyone. All spam comments will be deleted. Terima kasih!