::: Alhamdulillah selamat berbuka semua.. Hari Rabu the 1st day of Ramadan, tak rasa macam letih sangat sebab di Johor cuti
::: umum. Hujan dari pagi sampai malam, jadi banyak berlingkar atas katil sajalah [huhu]. Lagi pun sahur & berbuka masak sendiri,
::: wah.. rajinnya aku [hehe] alaa masak nasi & sardin sahaja.. 2nd day baru terasa sebab dah mula bekerja, dah rutin setiap pagi,
::: hari biasa sarapan dengan member, siang itu sudah terasa lapar.. Pergilah bazaar Ramadan, konon-kononnya nak rasa suasana
::: meriah berbuka puasa. Apabila berbuka, tak sedap pula makanan yang aku beli. Doki [apam balik mini] intinya tiada langsung,
::: apa raa.. Bagaimanamanapun aku bersangka baik, ramai peniaga bazaar bukan tukang masak harian, dibukanya gerai pada
::: bulan Ramadan semata-mata, aku faham. Jadi hari ini, aku pergi pula ke restoran biasanya aku pergi & bungkus apa yang aku
::: biasa makan setiap hari.. Selepas itu, aku jogging di taman rekreasi, wah.. macam hebat pula [hehe]. Ada yang tegur, jangan
::: over, nanti pengsan pula. Terpaksa jogging, sebab sehari sebelum bulan puasa, aku dah tibai 2 bungkus KFC, so teori aku, kalau
::: dah makan banyak, kenalah exercise, mesti diseimbangkan. Sebab itulah aku tak suka makan banyak, nanti aku kena exercise,
::: malas betul. Sampai di taman rekreasi, eh ramai pula yang jogging.. perempuan bertudung pun jogging. Ini yang membuatkan
::: aku bertambah bersemangat [huhu]. Lagi pun aku jogging satu pusingan tasik, dah memadai, asalkan exercise. Okay lah itu..
::: Balik rumah aku siap-siap makanan untuk berbuka. Sambil-sambil itu teringat balik discussion aku dengan officemate wanita
::: sebelum itu. Menurut survey aku, semua wanita bergelar isteri ini, gemar memasak berbanding beli di bazaar.. beruntungnya
::: dapat isteri macam itu. Mulalah aku berangan ada orang tolong masakkan untuk aku, tak pun awek hantar makanan di depan
::: rumah, best pula ya [hehehe].. Tiba-tiba ada orang bagi salam, siapalah gerangan ini ketika orang sibuk hampir berbuka. Rupa-
::: rupanya jiran belakang hantar makanan: sup daging beserta nasi panas lagi! [hahaha] nampak sangat orang lain kasihan tengok
::: orang bujang macam aku ini, makan atau tak [hehe]. Biasalah adat orang bujang, balas balik dengan tupperwear kosong dah
::: berbasuh sahaja [huhuhu].. Tak sempatlah nak beli. Insya-Allah esok-esok aku beli KFC bucket, aku beri kepada jiran aku yang
::: baik hati itu. Belum azan lagi, aku dah rasa excited pula nak merasa makanan, aku pun tuang air dalam mug, selamba sahaja
::: aku terus minum [hahaha] terminum! Rezeki aku, alhamdulillah [hehehe].. Itulah cerita aku pada hari ini. Sekian.
~ Sweeeet! Selamat berbuka! [huhu]..
salam & hai zul!
ReplyDeletehehehe.. nasib baik dpt jiran yg baik hati, tulah namenye rezeki org bujang :)
dulu, masa saya tinggal kat tmn rinting, boleh kata tetiap hari ada je jiran2 hantar juadah berbuka... mama saya balas esoknya la, masak lebih sket pastu hantar semula pinggan jiran tu... selalunya kitaorg la yg jadik tukang hantar... x ramai pun jiran yg selalu hantar, adalah dlm 3 rumah je..
tp sekarang sejak pindah pelangi indah nak masuk 9thn ni, ada sorang je jiran melayu.. tu pun rumahnya ke bawah sket, selang dlm 5 pintu bertentangan dgn rumah saya... dah xde la adat tukar2 juadah time berbuka..
tulah yg x bestnya kalu tinggal kat area yg x ramai org islam... time puasa ni x merasalah nak tukar2 hidangan...
tunggu la saya duduk umah sendiri nanti...
kompem ramai jiran saya yg beragama islam :)
btw, cantik dapur awak ye... x sangka pulak org bujang nya dapur camtu :)
sodapnyerr..
ReplyDeletesalamm ramadhan bro zul itteww..
stuju sgt dengan statement reactive,
ReplyDeletelg byk kite makan, lagi banyak kite kena bersenam..
sy pon mrajinkan diri bersenam,
saya bersenam mlm2...
wah, semangat reactive berjogging ea ade
perempuan bertudung berjog juga :D
1st of all selamat berpuasa ~ bulan Ramadhan kebiasaannyer kay akan gigih memasak sbb rasa puas sgt bila dpt hidangkan kpd keluarga masakan dari air tangan sendiri ~ weekend berbuka di luar.
ReplyDelete(soooo cute ade superman, badman and etc...)
(^_^)
Selamat berpuasa :)
ReplyDeleteComel gambar, setiap hidangan ada peneman superhero. Ok lah tu kira beretman jugak lah :)
Lepas ni boleh la berangan ada orang belikan baju raya. muhuhu
ReplyDeleteSalam Ramadhan to you too..
huhu..sgt jeles dengn zul..dpt berbuka kt rumah..saya sambut first day posa atas laut...skng pon dah kt jb...tak smpt nk cuti balik kg..
ReplyDeletesedap betol lah bile tgk gmbar2 kat atas...hihi
salama ramadhan~
teringat hari tu turun sahur lupa mak aku pegi outstation ... hahahah ... terus tak jadi sahur :p
ReplyDeleteha ha saya ada juga mainan tu tapi tak berjaga sbb anak2 main sekali pastu sepah tah kemana.
ReplyDeleteBatman makan gulai? reti ke dia. Superman tu gerenti tgh kecur air liur. Green Lantern makan sayok .... patut la dia 'green'. Flash? ...... sekali flash je dah tentu habis lauk kau!
ReplyDeleteps: i am back ...... for a while
is that your bujang house?
ReplyDeletegila kemas. salute ah!
dah masuk mgu kedua ni bro. pejam celik pejam celik dah nak raya.......
ReplyDeletetak sabar nak raya~! hehehe
ReplyDeleteslamat berposeee, slamat bsaoq, slamt berterawih n slamat slamat en zul!..
ReplyDelete* munkin jirana de anak dare yg terror masak wow!
Selamat berpuasa to u!
ReplyDelete