Saturday, November 20, 2010
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang
::: Salam semua.. dah lama aku tak update [huhu] banyak perkara yang tidak dapat aku elakkan sejak
::: beberapa bulan yang lepas antaranya kerja di ofis, kerja di luar ofis & juga bertenet [hehehe] Sekarang
::: barulah aku ada kelapangan masa untuk update.. Minggu depan pun aku outstation lagi di Shah Alam.
::: Di entry yang lalu, ada aku sebut tentang Pahang, so entry kali ini, aku updatekan cerita di Pahang iaitu
::: di Kuala Gandah. Aku ke sana pada [4-6/10/2010] & menginap di Institut Biodiversiti [IBD] Jabatan
::: Perhilitan, Bukit Rengit, Lanchang. Tujuan penubuhan IBD ini adalah bagi memberi latihan kepada warga
::: jabatan, kesedaran awam & penyelidikan terhadap sumber-sumber biodiversiti negara. Ada pelbagai jenis
::: penginapan yang boleh kita tempah seperti bilik berhawa dingin untuk 2 orang, bilik asrama / dorm untuk 4
::: orang atau lebih & tapak perkhemahan. Untuk makan minum - kantin disediakan & boleh dibayar sekali
::: dengan penginapan.
::: Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang terletak berhampiran dengan IBD, telah ditubuhkan oleh
::: Jabatan Perhilitan pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah
::: yang telah wujud sejak tahun 1974. Selain melatih warga jabatan, pusat ini juga melatih beberapa ekor
::: gajah jinak untuk membantu dalam proses pemindahan gajah-gajah liar ke kawasan yang sepatutnya.
::: Pusat ini juga merawat gajah liar yang sakit / cedera & memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan
::: oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Tiada bayaran
::: masuk dikenakan tetapi pelawat digalakkan memberi sumbangan bagi membiayai kos operasi pusat ini.
::: Sebenarnya, bukan aku tak pernah melihat gajah tapi kebanyakan gajah di sini kategori 'giant' ler [huhu]
::: Macam gambar di atas, gajah tersebut berumur lebih 80 tahun, memang patut ler besar! Terpegun aku
::: melihat gajah sebesar ini berjalan-jalan di luar kandang. Scary pun ada! [huhu].. Gajah-gajah ini dibawa
::: ke kawasan lapang untuk sesi pengenalan kepada pelawat. Aktiviti ini memang menarik kerana semua
::: pelawat berpeluang mendekati gajah-gajah ini dengan memberi makan & bergambar secara dekat. Seluar
::: biru tuh aku ler bergambar dengan gajah berumur 80 tahun. Nampak kecik, tapi in reality tersangatlah
::: besar!!! [huhu] takut nak dekat.. Kot kena hempap ke.. [hehe].. Ada gak gajah kecik berumur beberapa
::: bulan & 1 tahun lebih. Mereka ini lebih suka bermain-main.. Kalau kena kurung & nampak gajah-gajah
::: dewasa lain buat aktiviti di luar kandang, gajah kecik nih menjerit-jerit nak keluar dari kandang [hehehe]
::: kelakar plak!
::: Selepas sesi pengenalan, pelawat berpeluang untuk menunggang gajah-gajah ini di 2 platform. Masa tuh
::: kenalah beratur panjang dengan pelawat-pelawat lain tapi tak lama sebab gajah-gajah ini hanya berjalan
::: secara 1 pusingan yang mengambil masa 5 minit sahaja. Mula-mula aku ingatkan kita menunggang gajah
::: masuk dalam hutan, masuk air ke apa.. [hehe] kenalah ingat tujuan utama pusat ini ditubuhkan, gajah pun
::: penat nak layan kita.. jadi mereka memerlukan pusingan yang pendek & rehat yang secukupnya.. Ada
::: gak keluhan tidak puas hati di kalangan pelawat, emm nampaknya mereka tak faham fungsi pusat ini..
::: Oleh kerana gajah pun kena berehat, sesi mandi bersama-sama gajah dibuat pada waktu petang pada
::: pukul 3pm. Hanya seekor gajah sahaja digunakan untuk aktiviti ini, maka beratur panjang lah sekali lagi
::: tapi kali ini lebih panjang kerana seekor gajah sahaja. Sebenarnya bukanlah aktiviti mandi bersama tapi
::: lebih kepada 'jatuh dalam air bersama gajah' [hehehe] Niat dalam hati nak join tapi kami memberi laluan
::: kepada pelawat luar negara untuk merasai pengalaman tersebut. Sekali lagi ada keluhan diutarakan:
::: kenapa seekor gajah sahaja? jawapannya gajah mempunyai deria yang sensitif apatah lagi jika di dalam
::: air kerana apabila pelatih gajah memberi arahan di dalam air, gajah perlu mendengar satu arahan sahaja
::: di luar air & di dalam air [seperti getaran suara]. Jadi kalau banyak gajah & banyak arahan pelatih yang
::: berbeza dalam air, gajah boleh pening daa.. [huhuhu].. kena faham tuh..
::: Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ini dalam proses penambahbaikan; banyak pembinaan dibina
::: antaranya bangunan pentadbiran & pusat interpretasi yang baru, tempat letak kenderaan yang sempurna
::: & tempat aktiviti gajah yang lebih luas [ketika lawatan aku itu]. Tidak jauh daripada pusat ini, jangan lupa
::: untuk singgah ke perkampungan Orang Asli Che Wong. Aku dapati perkampungan mereka ini tidak
::: disedari oleh pelawat-pelawat Pusat Konvervasi walaupun terletak di hadapan pintu masuk utama.
::: Mungkin tidak ada promosi yang kuat daripada mana-mana pihak. Uniknya Orang Asli Che Wong ini,
::: walaupun ada sedikit kemodenan tapi kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Melayu. Bahasa mereka
::: mirip bahasa Siam. Antara perkataan yang aku belajar ialah 'salam terengge' bermaksud 'selamat pagi'.
::: Mereka juga agak pemalu dengan orang luar. Usaha daripada pihak Kerajaan, telah membawa masuk
::: 'cikgu' untuk mengajar mereka Bahasa Melayu & cara-cara mencari sumber rezeki dengan penjualan
::: barangan kraf hasil buatan mereka. Gambar di atas dirakam di Pusat Kraf Orang Asli Che Wong yang
::: diusahakan oleh cikgu mereka. Murni tul usaha cikgu tuh..
::: Di antara Pusat Konservasi & IBD, terdapat destinasi pelancongan milik persendirian, iaitu Deerland di
::: Bukit Rengit. Seperti namanya, tarikan utamanya ialah rusa-rusa jinak yang boleh dihampiri, dipegang &
::: diberi makan seperti di gambar atas. Cara unik untuk memberi makan ialah dengan mengangkat tangan
::: yang ada makanan tinggi-tinggi & rusa akan berdiri 2 kaki untuk mengambil makanan tersebut. 1st time
::: aku bagi makan kat rusa & 1st time aku dikelilingi dengan rusa yang banyak.. Semuanya kerumun nak
::: makan roti [huhuhu].. Best lerr.. Selain itu, di Deerland juga ada beruang [sun bear] yang jinak, ular,
::: burung, tikus belanda, monyet & kemudahan-kemudahan lain seperti pakej perkhemahan yang menarik.
::: for more information, please click at words in green.
~ pengalaman yang best !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah..besarnyeee gajah tuuuu :0
ReplyDeletepatot la bila sy selalu balik phg, ade byk lori angkut gajah. 1 lori, 1 gajah. kadang2 dlm pjalanan boleh bertemu 4-5ekor gjah. dah sy naik motor, belalai gajah tu leh melambai2, takot juga terkena 'lambaian' gajah...hehehe
penah gak nek gajah, tp xpenah plak dalam air. agak2 gajah tu sambil2 jalan dlm air bwk penumpang, dia nyembur x?
betul kata Reactive, mereka mungkin fikir pusat tu zoo @ taman rekreasi.. pusat tu terang2 utk memelihara gajah2 tu :)
terpokus kat beruang, besar dabak.. kalo dpt bear camtu kt rumah, wat tidor mst syok... hehehehe :D
org tu bagi beruang tu minum pe?
byk plak soalan sy..sronok la entry kali ni ^_^
nice photo n nice info..
ReplyDeletethanks... :)
kuala gandah tak macam dulu ... skang dah makin cantik kawasan tu ;)
ReplyDeletei was just about talking to one of my family members on this. nak plan for a short trip to kuala gandah as well. nice review and tips.
ReplyDeleteSalam...awk g Kuala Gandah...sy dh lame teringin nk g sane..lg2 tmpt gajah tu...msti best kan?
ReplyDeletenanti update lagi new entry ;)
ReplyDeleteDah lama aku nak ke sini ......... tak sampai lagi!
ReplyDeleteklau jauh...famili nak menginap mane ye?
ReplyDelete::: Salam Anonymous, semasa saya ke sana, belum ada penginapan hotel di situ. Kalo adapun di Institut Biodiversiti yg selalunya menerima tetamu spt penyelidik atau pelajar. Saya tak berapa pasti jika IB menerima tetamu famili. Yg paling dekat hotel maybe di Mentakab atau Bentong.. :) enjoy!
ReplyDeletesalam.. nak tanya.. penginapan 2 orang sebilik dan 4 org tu berapa ye? macam mana kalau saya nak tempah?
ReplyDelete::: Assalam, maaf lambat bebenor balas, cik/pn hamira boleh terus layari website institut biodiversiti tersebut. Boleh google utk addressnya. :)
ReplyDelete