:::
Keesokan harinya, 4/4/2010 kami melakukan aktiviti white water-rafting di
Sungai Kampar, Gopeng,
::: Perak diselia oleh
Traverse Tours atau lebih dikenali
RiverBug sebagai instructor / rafter-pro. Untuk
::: pengetahuan, aliran Sungai Kampar juga merupakan sebahagian aliran sungai Gua Tempurung. Kami
::: bertolak ke checkpoint permulaan dengan menaiki lori [hehehe] memang seronok! Belum lagi rafting, tapi
::: dah rasa 'adventure'nya apabila lori memasuki kawasan kampung & bukit yg berbonggol-bonggol jalan-
::: nya. Setelah hampir 20 minit perjalanan kami tiba & terus diberi penerangan oleh Max tentang prosedur
::: keselamatan & cara-cara yang betul mengemudi rafting boat. Sebelum itu semua peserta dikehendaki utk
::: mengisi borang jaminan keselamatan. Kemudian kami diminta memilih topi keledar & jaket pelampung
::: keselamatan yang sesuai & mengangkat rafting boat yang berat itu ke tebing Sungai Kampar. Rafter-pro
::: kami bernama Ari menjadi anchor pengemudian boat kami.
:::
Di permulaan rafting, kami dilepaskan satu-satu bagi mengelakkan boat kami berlanggar satu sama lain.
::: Seperti gambar di atas, itulah permulaan kami ketika rafting [huhu] memang adventure! 3 gambar di atas
::: diketuai oleh rafter-pro Den, Max & Ikram. Berhempas pulas jugaklah kita orang handle boat untuk
::: ke kanan, kiri & ke belakang [hehehe] penat tapi nasib baik ada rafter-pro yang mengawal keseluruhan
::: pengemudian. Mereka jugalah yang akan memberitahu di mana tempat-tempat yang perlu kami berhati-
::: hati dengan memasukkan kedua kaki kami di celah boat untuk mengukuhkan kedudukan kami di atas
::: boat ketika berdayung. Jika tidak, kami boleh tercampak ke dalam sungai yang deras. Kalo anda perasan
::: di dinding luar boat ada tali panjang yang diklip untuk dipegang sekiranya boat melalui kawasan bahaya.
::: Apabila tiba di kawasan bahaya, rafter-pro akan menjerit '
boom boom!!!' secepat kilat kami mengalih
::: kedudukan dari atas bahu boat ke lantai boat sambil memegang tali yang diklip di tepi. Manakala dayung
::: kami di halakan lurus ke sisi boat. 4 gambar di bawah adalah keadaan 'boom boom' rafting kami [huhu]
::: scary!!! Satu boat masuk dalam air [hahaha] best giler! Peringatan: topi keledar keselamatan perlu dipakai
::: selalu & jangan dibuka sehingga tamat aktiviti.
:::
Di checkpoint tertentu kami berehat & minum seketika sambil ambil gambar. Di sini juga kami disuruh
::: mengapungkan diri dalam air sungai, membiarkan air sungai membawa tubuh kami. Di hujung nanti, ada tali
::: perangkap untuk menahan kami. Oh ya, pasal gambar, gambar-gambar yang ditulis 'RiverBug' itu diambil
::: oleh jurufoto RiverBug di atas batu di tepi sungai. Semua gambar yang diambil oleh RiverBug dijual kpd
::: peserta [dibayar secara pakej] & dimasukkan ke dalam CD di akhir aktiviti. Satu CD berharga
RM200.
::: Gambar-gambar yang lain daripada kamera aku sendiri [hehehe] diambil oleh aku, Ari & rakan-rakan.
::: Masa inilah bergunanya kamera kecik, tahan lasak & kalis air. Jangan risau kerana setiap boat ada
::: menyediakan beg kalis air untuk meletak barang-barang seperti kamera dll. Oleh kerana boat kami paling
::: akhir sekali bergerak, maka Ari buatkan aktiviti khas untuk kami iaitu '
banana ride'. Kami disuruh duduk
::: di bahu boat dengan satu kaki di dalam, satu kaki di luar. Semua daripada kami duduk di sebelah kiri.
::: Kemudian entah macam mana, tiba-tiba Ari terbalikkan boat!!! [hehehe] Semua orang tenggelam & ada
::: yang berada di bawah boat, [termasuklah aku] panik siot! Tapi memang seronok! [huhu] Peringatan,
::: 'banana ride' ini hanya boleh dilakukan semasa di kawasan air sungai yang tenang sahaja yaa.. & pakai
::: seluar khas yang tidak mengelembung bila masuk air atau yang susah terlucut bila kita cuba memanjat
::: masuk ke dalam boat bila kita dari dalam air [hehehe].. Anyway, pengalaman di Gopeng, Perak memang
::: best & sukar dilupakan!!!
::: Sungai Kampar White Water-Rafting berskala Gred 1-3 untuk tahap kesukaran. Paling mencabar di
::: Malaysia ialah Sungai Selangor: Fraser Hills Gred 2-5; Sungai Telom: Cameron Highlands Gred 5; &
::: Sungai Singgoh: Temenggor Gred 5. Manakala Sungai Padas: Sabah Gred 3-4. More info about white
::: water-rafting in Malaysia click
here [.pdf]
~




more info about the Sungai Kampar white water-rafting package click here atau di perkataan berwarna.