::: Salam Kemerdekaan Malaysia ke-53.. Kali nih lambat pula aku upload entry kemerdekaan [huhuhu] aku
::: guna alasan yang sama: busy lerr.. [hehe] aku dilantik untuk mengemaskini laman sesawang jabatan aku..
::: pening juga nak membiasakan diri dengan software opis aku dan alhamdulillah semuanya dah ok, cuma
::: sekarang aku perlu sentiasa up-to-date apa yang perlu. Lega, bolehlah aku rasa merdeka sikit [huhu]..
::: Bagaimanalah agaknya sambutan merdeka tahun nih? Semalam tunggu juga detik 12 tengah malam, tapi
::: tak ada apa-apa pun di tv, hanya konsert Faizal Tahir di 8tv yang aku tengok. Itupun separuh ajer, sebab
::: aku sibuk melayan editing gambar-gambar aktiviti jabatan. Walaupun begitu, aku sentiasa berasa bertuah
::: menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa menghargai sejarah kemerdekaannya. Tak kiralah apa yang berlaku,
::: suasana persekitaran yang aman harmoni serta kemeriahan keluarga, rakan taulan dan keunikan masakan
::: di negara ini, antara perkara-perkara yang sukar ditinggalkan atau dilupakan begitu sahaja. Walau di mana
::: kita berada, Malaysia tetap di hati..
::: Baru-baru nih, aku telah ditag oleh Eryne. So, aku sertakan sekali untuk entry kali ini. Berikut adalah
::: soalan dan jawapan tag tersebut:
::: Soalan 1: Adakah anda rasa HOT? [hehe] mengancam soalan nih! Setiap manusia perlukan self-esteem
::: tertentu, antaranya ialah menghargai ciptaan Illahi dengan kurniaanNya terhadap diri sendiri. Sesekali
::: apabila melihat cermin, aku akan berkata, wahhh hensemnyer aku! [hahaha] tapi yang banyak kalinya,
::: aku akan berkata bukannya hensem sangat pun! [hehehe].. Apa-apapun, aku suka aku! [huhu]..
::: Soalan 2: Upload wallpaper PC / laptop yg anda gunakan sekarang? Seperti di bawah..
::: Soalan 3: Kisah di sebalik gambar ini? Sempena hari kemerdekaan, aku jadikan hasil karya editing Jalur
::: Gemilang yang pernah aku bina sewaktu dahulu di FotoPages dan diuploadkan juga di blog ini untuk entry
::: bulan kemerdekaan negara pada tahun 2007. [ link ]
::: Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA? Tak ingat ler, maybe awal tahun agaknya.. aku suka beli pizza saiz
::: medium. Biasanya aku beli 2 [hehe] sebab kalau 1 jenis rasa, nanti cepat muak pula dan aku habis makan
::: selama 2 hari [huhu]..
::: Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar? The Script - The Man Who Can't Be Moved [Airto Cover] [ link ]
::: Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih? Dengar lagu daripada blog aku sendiri [hehehe] so
::: lagu The Script tuh yang paling terkini aku dengar.. sambil-sambil itu aku minum air kosong [huhu] kenalah
::: minum air banyak-banyak, esok taklah kering bibir atau terkena ulser mulut.. err..
::: Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? Encik Zul [hehehe] jangan marah..
::: Soalan 8: 5 rakan bloggers anda secara random: (1) Fareast (2) Azah (3) Bro Jeff (4) Eryne (5) Knizam.
::: Soalan 9: Siapa orang no. 1? Kawan lama di sini. Minat kami sama terutama dalam seni fotografi ini..
::: Aku banyak belajar daripada Fareast dan kami saling mengikuti perkembangan blog masing-masing walau
::: pun sekadar intai-intai celah tingkap ajer.. [hehehe]..
::: Soalan 10: Katakan sesuatu kepada orang no. 5? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Pengalaman bertugas di luar negara membuatkan blog Knizam seperti membaca majalah National
::: Geography. Ikutkan blog beliau, rasanya rumah kami di KL macam dekat-dekat [huhu]..
::: Soalan 11: No. 3 ada hubungan apa dengan siapa? Kawan lama di sini sejak di FP pada tahun 2006.
::: Beliau adalah orang paling rajin memberi komen di setiap entry aku pada masa dahulu.. Cepat pula tuh
::: beri komen, asal ada entry baru jer, mesti Bro Jeff antara orang paling awal singgah [hehehe]. Lately nih
::: busy kot..
::: Soalan 12: Bagaimana pula dengan no. 2? Kawan lama di sini sejak di FP. Azah nih rajin tul lukis 'doodle'
::: iaitu kartun-kartun yang dilukis secara terus. Memang hebat, aku pun suka gak buat benda-benda macam
::: tuh, cuma aku malas ajer [haha]. Sekarang nih Azah semakin hebat bermain gitar.. Boleh kalah Yuna ni..
::: Soalan 13: Kata-kata cinta dengan orang no. 4? Ngakk boleh, Eryne udah punya suami [hehehe]. Eryne
::: pun kawan lama sejak di FP. Ada banyak blog, tapi blog Precious Moment tuh yang aku suka baca sebab
::: kisah kehidupan hari-hari beliau tuh kadang-kadang sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan aku
::: [hehe].. Thanks Eryne for tagging me..
::: Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu tentang rakan bloggers yang anda pilih. (1) Kawan lama (2)
::: Kawan FP (3) Kawan blog (4) Selalu singgah (5) Hobi / minat yang sama [hehe] jawapan selamat ker?
~ 1Malaysia Menjana Transformasi